Duduk tinggi di menara pintu gerbang UMAS Scout... Tengok apa tu??

Kem 1 Pengakap 1 Malaysia yang telah berlangsung selama 5 hari 4 malam di Kem Kemahiran Pengakap, Tiku telah berakhir pada 02/08/2010 yang lalu. Saya difahamkan bahawa program perkhemahan ini turut meraikan Ulang Tahun ke-80, Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.


Banner Kem 1 Pengakap 1 Malaysia 2010


Papan tandatangan untuk Kem 1 Pengakap 1 Malaysia

Sebelum ini iaitu semasa saya mengikuti JamCab 2010 Nunukan, program perkhemahan ini masih lagi diperingkat perancangan. Dan semasa saya mengikuti majlis makan malam bersama pesuruhjaya negeri di Restoran Steamboat Daily Q bersama pesuruhjaya Tawau dan para penolong pesuruhjaya, beberapa program yang dibincangkan secara lisan menjadi kenyataan dalam perkhemahan ini.


Banner Kumpulan Pengakap Udara...

Antaranya ialah penubuhan Kumpulan Pengakap Udara yang Pertama di Sabah. Majlis Perasmian penubuhan Kumpulan Pengakap Udara ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah iaitu Datuk Haji Awang Zaini Bin Haji Suntim pada 31/07/2010. Saya tidak pasti pusatnya dimana tetapi besar kemungkinan di Daerah Tawau.

Saya turut dimaklumkan bahawa hampir 1000 orang menghadiri perkhemahan ini dibawah 28 kontinjen dari pelbagai daerah di Sabah dan juga dari Indonesia.


28 kontinjen yang tersenarai dalam papan kenyataan di tempat urusetia perkhemahan...


Pemandangan kawasan perkhemahan...


Kontinjen dari Daerah Tungku.... Rupanya ada 2 orang bekas pelajar SM Teknik Tawau (2007) dalam kontinjen ini...


Kontinjen dari SM Holy Trinity, Tawau


Kontinjen dari Daerah Kunak


Kontinjen dari SM Konven ST Ursula


Kontinjen Daerah Telupid


Kontinjen dari SMK Bugaya, Semporna


Kontinjen SMK Jambatan Putih


Kontinjen Nunukan


Kontinjen dari Pulau Sebatik

Apabila terlalu ramai yang datang biasanya akan ada masalah yang timbul... Bukan masalah jenayah tetapi masalah air dan tandas... Apa pun sungai di Kem Tiku ini banyak memainkan peranan dalam membantu tugas-tugas seharian mereka di sini.


Sungai yang banyak berbakti semasa perkhemahan ini berlangsung...


Bersukaria nampaknya budak-budak ni dalam air...

Dalam perkhemahan ini beberapa pertandingan telah diadakan. Kontinjen SM Teknik Tawau berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pintu Gerbang dan mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Mini Gadget dan Pertandingan Isyarat Alam.


Pintu Gerbang yang memenangi tempat pertama dalam perkhemahan ini...


Mini Gadget hasil tangan pelajar untuk pertandingan ini...


Penyertaan untuk Isyarat Alam (Sudah masuk tong sampah pula ni...)


Antara hadiah berupa hamper yang disediakan untuk para pemenang...

Antara pertandingan yang yang turut disertai oleh Kontinjen SM Teknik Tawau ialah melukis poster, ikatan, malam kebudayaan, bola sepak menggunakan kain, bola tampar dan Dart Tag... Namun semuanya tidak mendapat tempat...


Ahli kumpulan pengakap P-12 sedang melukis poster dihadapan khemah mereka...


Peserta dari SMK Kuhara sedang melukis poster dibawah jagaan guru pengiring mereka, Cikgu Irwan Sagap


Penyertaan untuk Pertandingan Ikatan...


Bermain bola dengan menggunakan kain


Permainan Dart Tag yang turut memeriahkan perkhemahan ini...

Walaupun saya tidak dapat melibatkan diri secara rasmi dalam program ini, saya turut teruja dengan program perkhemahan yang julung kali diadakan di Tawau. Semoga di lain masa, saya akan turut berpeluang bersama-sama memeriahkan program seperti ini.


CATATAN: Hujan kuat dua hari.... Pasir Putih banjir pula...