Papan tanda A One Academy Tuition Centre

A One Academy Tuisyen Centre adalah sebuah pusat tuisyen yang baru dibuka dan mula beroperasi sejak 01 April 2010. Pada masa ini pusat tuisyen A One hanya menawarkan 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Lukisan Kejuruteraan. Kelas Komunikasi untuk orang dewasa turut ditawarkan di pusat ini untuk dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Guru-guru yang mengajar di A One Academy terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sentiasa bersedia membantu pelajar yang lemah untuk mencapai keputusan yang lebih baik.


Pusat tuisyen yang terletak di Lot 48, Tingkat 2, Kabota Square, Tawau menyediakan sebanyak 10 bilik berhawa dingin yang mampu memuatkan antara 14 - 20 orang pelajar dalam setiap sesi.

Pengetua A One Academy, Encik Yahaya Ismail turut memaklumkan saya bahawa pada setiap hujung bulan bermula Mei 2010, Seminar Teknik Menjawab akan dibuat bagi beberapa matapelajaran yang ditawarkan. Seminar Teknik Menjawab yang bakal dikendalikan oleh para pemeriksa kertas SPM pastinya akan dapat membantu pelajar untuk mengesan kelemahan cara menjawab seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.


Banner promosi dan kelas yang berhawa dingin.

Bagi para pelajar atau ibubapa yang masih mencari pusat tuisyen yang sesuai, A One Academy pastinya mampu memuaskan hati anda. Pendaftaran sedang dibuka untuk semua pelajar dan keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kadar bayaran sebulan yang telah ditetapkan oleh A One Academy ialah:

1 matapelajaran/subjek = RM50.00
3 matapelajaran/subjek = RM120.00
4 matapelajaran/subjek = RM160.00
Kelas Dewasa = RM80.00

Kepada yang berminat, anda bolehlah menghubungi mereka pada talian 019-8433073 atau 0198696877.

CATATAN: Go... A One!!!