Begini kah??... Takut bah juga ni...

Aktiviti yang dirancang selepas Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau ini direalisasikan pada hari ini apabila 40 orang pelajar berkunjung ke Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau. Aktiviti yang diaturkan oleh Guru Penasihat Kadet Polis SM Teknik Tawau ini disertai oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga Kadet Bomba SM Teknik Tawau.


Watchmen... Encik Endran (kiri) dan Encik Jafferyson..


Salah masuk tali ka boss??... Nanti susah lagi ni...

Bersedia menunggu di Bala Bomba adalah Pegawai Bomba yang ditugaskan untuk Unit Latihan iaitu Encik Renno Walter.

Semasa perkhemahan hari itu, ramai juga yang tidak berkesempatan untuk membuat aktiviti ini.. Tapi kali ini, semua dapat buat... Termasuk cikgunya sekali... Memang puas hatii...


Pegang "break" .. Kalau mau turun buka ke tepi...


Peserta terbaik perempuan mengikut pegawai bomba yang bertugas...


Cikgu Zulaiqha pun turun sekali...


Peserta yang paling "bising"... Adeii...


Peserta paling relaks.. Ya ka Umi??


Gaya Spider oleh Pegawai Bomba, Encik Dusin...


Aikk.. Ini kiranya stunt bagus ni... Apa pun, terima kasih kepada Cikgu Mohammad Yamalang yang sudi datang untuk mengambil gambar dalam aktiviti ini... Add dalam Facebook, Ols Montul..

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat terutamanya, Encik Renno Walter dan Endik Rudy, Ketua Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau kerana telah menjayakan aktiviti ini. Mungkin flying fox atau naik tangga trak bomba dan lompat... Huhuuu... Memang mengancamm...


Cikgu Wan Shamsuhaimi menyampaikan pendant SM Teknik Tawau kepada Encik Rudy


Gambar kenangan rombongan SM Teknik Tawau untuk aktiviti kali ini...

Gambar lain semasa aktiviti boleh dilihat di sini: http://www.pahaikan.com/album-4.php#bn-photocenter-1-1-1438461692/59056/1/

CATATAN: Tahun depan kami datang lagii...