Hari Ahad yang lepas, Pasukan Teknik-Fuji telah bertandang ke Dewan St Patrick untuk perlawanan badminton persahabatan dengan Pasukan PGA Tawau. Pasukan Teknik-Fuji diwakili oleh guru-guru yang biasanya bermain di Dewan Fuji Mart iaitu Shamsudin, Yahya, Shamsul, Aznan, Suhairi dan Nizam.

Bermula lebih kurang jam 9.00 pagi, Teknik menurunkan tiga bergu handalan iaitu Shamsudin-Yahya, Shamsul-Nizam dan Aznan-Suhairi. Oleh kerana saya datang lewat ke tempat perlawanan, jadi tidaklah dapat tengok 3 perlawanan sebelumnya. Yang sempat hanyalah set terakhir antara Shamsudin-Yahya dan PGA. Permainan nampak seimbang namun PGA mempunyai pemain yang lebih cergas dan bergu ini tewas pada set tersebut.


Menurut maklumat yang saya dapat, Pasukan Teknik-Fuji tewas dalam kesemua perlawanan. Apapun, pengalaman dan keseronokan dalam perlawanan persahabatan ini tidak akan dilupakan.


Saya sempat juga mengambil gambar pasukan PGA yang sedang berehat-rehat diluar dewan sambil meraikan kemenangan mereka...



CATATAN: Lain kali boleh balas...!!!