Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersalaman dengan pelajar lelaki semasa diiring masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah

Memang sungguh bertuah....

Atas ikhsan, YBhg. Brig. Jen. Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (yang hanya menghantar wakilnya kerana sibuk atas urusan kerja), Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha tiba di SM Teknik Tawau lebih kurang jam 1:30 petang.

Berita tentang kedatangan Angkasawan Pertama Negara ini hanya diberitahu semasa Majlis Perhimpunan Mingguan kelmarin. Persediaan rapi tetap dilakukan untuk menyambut ketibaan beliau. Guru-guru SM Teknik Tawau yang selama ini sering menerima dengan lawatan mengejut tetap akan memberikan yang terbaik kepada sesiapa pun yang datang ke sekolah ini.


Wakil Tan Sri Datuk Dr Liew Yuh Fah, Datuk Yung Chi Fui menyampaikan amanat dari Tan Sri...

Selepas menerima sambutan rasmi di Pejabat Am Sekolah oleh barisan pentadbir, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha terus bergerak ke Dewan Tun Ahmad Shah untuk meneruskan program Ceramah Motivasi. Walaupun saya tidak dapat bersama dalam slot Ceramah Motivasi beliau (hal peribadi), saya pasti semua pelajar telah mendapat ilham, kekuatan dan semangat untuk mencorak kehidupan mereka ke arah yang lebih baik pada masa yang akan datang....


Antara tetamu VIP yang hadir dala majlis ini...

Perjumpaan dengan pelajar pada petang itu diakhiri dengan Slot Bergambar mengikut kursus dan jamuan ringan untuk semua tetamu yang hadir. Para wartawan yang datang turut dijamu di Restoran Perdana SM Teknik Tawau di Bengkel Katering dibawah kendalian Bengkel Katering dan pelajarnya.


Mungkin peluang sekali seumur hidup... Pelajar Kursus ERT bergambar dengan Datuk Sheikh Muszaphar


Ada juga yang sempat meminta autograf...


Sesi Bergambar di depan Restoran Perdana SM Teknik Tawau


Sesi Jamuan Ringan di Restoran Perdana SM Teknik Tawau

INFO:
  • Sebelum ke SM Teknik Tawau, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha juga telah mengadakan sesi Ceramah Motivasi di SJK Sin Hwa, Tawau (Sumber: New Sabah Times, Rabu, 10/11/2010 m/s 2 Bahagian Bahasa Melayu)

Keratan Akhbar dari New Sabah Times

CATATAN: Terima kasih kepada Tan Sri Liew Yun Fah di atas sumbangan yang sangat berharga ini...