Posted by pahaikan on Monday, March 29, 2010,
In :
Teknik Tawau
Gambar kenangan barisan pentadbir bersama ASP Abdul Halim selepas tamat Majlis Perhimpunan Mingguan pada 28/03/2010
Majlis Perhimpunan Mingguan hari ini diserikan dengan kehadiran ASP Abdul Halim Hj Ahmad yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah bagi Peringkat IPD Tawau. Beliau yang berasal dari Semenanjung Malaysia (tidak ingat pula negeri mana..)
pernah bersama dalam majlis yang serupa pada tahun lepas.
Dalam majlis ini beliau mengumumkan perpindahan beliau ke Kota Kinabalu
untuk m... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, March 29, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pada 23 - 26 Mac 2010 yang lepas, sekumpulan pelajar telah dihantar untuk Bengkel dan Pertandingan Digital Story Telling Peringkat Daerah Tawau di Pusat Kegiatan Guru Tawau. Bengkel yang bertujuan untuk menghasilkan satu video atau filem pendek ini akhirnya menobatkan SM Teknik Tawau sebagai pemenang.
Sekalung tahniah kepada kumpulan pelajar ini yang terdiri daripada Rosmaini Roslin B. Mohd Salleh, Nurshahfika Hidayu Bt Mokhri dan Mohd Azizi dari Kursus Pengaturcaraan Komputer. Tidak lupa kepa... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, March 29, 2010,
In :
Family
Bradley & Brennen posing for the camera in front of Holy Trinity Tawau Church..
Palm Sunday is a Christian moveable feast that always falls on the Sunday before Easter Sunday. The feast commemorates an event mentioned by all four Canonical Gospels (Mark 11:1-11, Matthew 21:1-11, Luke 19:28-44, and John 12:12-19): the triumphant entry of Jesus into Jerusalem in the days before his Passion. It is also called Passion Sunday or Palm Sunday of the Lord's Passion.
Posted by pahaikan on Monday, March 29, 2010,
In :
Holy Trinity
WYD poster at the front of Holy Trinity Tawau Parish Hall..
World Youth Day is a youth-oriented Catholic Church event. While the event itself celebrates the Catholic faith, the invitation to attend extends to all youth, regardless of religious convictions.[1] World Youth Day is not associated with International Youth Day or any of the international observance days.
World Youth Day (or in short 'WYD') was initiated by Pope John Paul II in 1986. It is celebrated on a diocesan level annually, and... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 27, 2010,
In :
Sponsor
Papan tanda AG Sports.com yang tertera logo pasukan-pasukan hebat dunia...
Terima kasih diucapkan kepada AG Sports.com yang sudi untuk menaja hadiah berupa jersi untuk dua siri Kuiz Kimia Online Pahaikan.com iaitu Siri 3a & 3b. Untuk makluman, AG Sports.com merupakan penaja yang pertama untuk kuiz ini. Syarikat ini menjual dan membekal barangan sukan terutamanya jersi pasukan bola sepak kelab dan negara.
Kepada warga Teknik Tawau, berita baik untuk anda semua!! Encik Ismail Awang, tuan punya ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 27, 2010,
In :
Teknik Tawau
Antara tetamu kehormat untuk Majlis Perasmian Penutupan MTQ Peringkat Daerah Tawau 2010
CEMERLANG!! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan penganjuran MTQ Peringkat Daerah Tawau 2010. Tahniah kepada Pasukan Jawatankuasa Pengelola MTQ iaitu SM Teknik Tawau terutamanya kepada Panitia Agama Islam SM Teknik Tawau. Pasukan ini telah bertungkus lumus selama dua minggu untuk menyediakan peralatan, mengadakan perjumpaan dan perbincangan yang akhirnya dijelmakan kepada suatu hasil yang cu... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, March 24, 2010,
In :
Teknik Tawau
Gambar kenangan selepas perlawanan separuh akhir ke-2, SM Teknik Tawau (Merah) menentang SMK Balung (Biru)
Misi untuk menjadi juara Pertandingan Hoki Bawah 18 tahun MSSDT gagal apabila kedua-dua pasukan masing-masing tewas 1-0 dalam perlawanan separuh akhir, semalam.
Kedua-dua pasukan mara keseparuh akhir setelah mendapat keputusan yang cukup memberangsangkan dalam peringkat kumpulan. Pasukan lelaki berjaya mengumpul 7 mata dengan 2 kemenangan dan satu seri untuk menjadi juara Kumpulan A manaka... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 23, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa memeriksa dan bertanya kepada pelajar tentang kecederaan yang dialaminya...
Gambar ini diambil oleh Cikgu Anif Hamzah semasa Hari Kejohanan Sinar Obor 2010. Terima kasih kepada pengetua sekolah kita, Encik Johan Okasa yang prihatin dan mengambil berat akan kecederaan pelajar tersebut. Pelajar ini sebenarnya mengalami kaki melecet akibat tidak memakai kasut semasa berlari di atas trek stadium.
Trek yang dibuat menggunakan synthetic latex yang dicampur... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 23, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pasukan Hoki Lelaki Bawah 18 tahun yang bertanding dalam Pertandingan Hoki MSS Daerah Tawau 2010
Pasukan Hoki Bawah 18 Tahun SM Teknik Tawau turun ke Kompleks Sukan Tawau seawal jam 07:00 pagi hari ini untuk beraksi dalam Pertandingan Hoki MSS Daerah Tawau 2010. SM Teknik Tawau menghantar dua pasukan iaitu satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan dengan kekuatan anggota seramai 30 orang.
Guru pengiring yang mengiringi pasukan ini ialah Cikgu Arif Rahima, Cikgu Rasi Solong, Cikgu Zahrina... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 23, 2010,
In :
Teknik Tawau
Zaimi Tanasta dari kelas 5 PKM sedang menghayati soalan...
Ujian Berpusat 1 untuk Tingkatan 5 bermula hari ini dan akan berakhir esok. Ujian yang dijalankan selama dua hari ini merangkumi semua matapelajaran yang ditawarkan di SM Teknik Tawau. Mungkin keputusan ujian ini tidak seperti yang diharapkan kerana 5 matapelajaran diuji dalam sehari. Mungkin ada pelajar yang "mabuk" dengan soalan. Tah la...
Tujuan ujian ini ialah untuk menguji sejauh mana keupayaan dan pemahaman pelajar terhadap 2 atau... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 20, 2010,
In :
Family
Inilah 3 orang budak - Brennen, Bradley dan Brianna yang perlu diurus sepanjang seminggu cuti ini....
Seminggu cuti ni, saya dapatlah title "Pengurus". Tugasnya menguruskan anak-anak. Hehehe... Kalau pengurus pasukan bola lain la... Nasib baik ada ASTRO membantu...
Menguruskan anak di rumah memang memenatkan... Dalam seminggu ni... hanya 3 kali dapat keluar ke Bandar Tawau... Itupun lepas jam 7 malam... Bawa diaorang jalan-jalan. Aktiviti lain tidak dapat buat... Memasak, menyapu, mencuci, biki... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 20, 2010,
In :
Website Review
Click On Picture To Access LinkWithin.com
LinkWithin is a blog widget that appears under each post, linking to related stories from your blog archive.
LinkWithin retrieve and index all stories from your blog archive, not just recent stories, making them accessible to new or casual readers of your blog who would not otherwise encounter them.
The widget will links to stories that are relevant and interesting to readers of a particular post, keeping them engaged with your blog, and increasing your... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 13, 2010,
In :
Website Review
Laman Web Rasmi SM Teknik Tawau - Sila klik gambar untuk melawat laman web ini...
Laman web rasmi SM Teknik Tawau yang mula beroperasi sejak 2000 ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru ICT SM Teknik Tawau. Ada beberapa bahagian dalam laman web ini yang belum dikemaskini sepenuhnya kerana selepas tahun 2007, satu laman web baru diwujudkan oleh Cikgu Lim Siew Khing namun ia tidak lagi beroperasi sejak Disember 2009. Banyak maklumat terkini dalam tahun 2007 - 2009 dimasukkan dalam laman web t... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 13, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Ride' & Ride' - Edika (Kiri) bersama Hero Bola Sepak 2009 Mohd Ridwan yang dipasangkan untuk mengawal bahagian tengah dalam perlawanan ini.
Perlawanan yang telah dipersetujui secara lisan oleh kedua-dua pengurus pasukan sejak dua minggu lepas ini telah berlangsung kelmarin di Padang Stadium Lama Tawau. Teknik Tawau U18 beraksi dengan jersi hijau manakala pasukan Piala Presiden Sabah (PPS) dengan jersi putih. Pengadil perlawanan ialah Pakcik Zul.
Posted by pahaikan on Friday, March 12, 2010,
In :
Teknik Tawau
Kursus Kesedaran MS ISO ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Yahaya Ismail, Ketua Bidang Bahasa SM Teknik Tawau yang merangkap Penyelaras MS ISO SM Teknik Tawau
Kursus yang bermula pada jam 2:00 petang ini diwajibkan kepada semua guru SM Teknik Tawau. Walaupun sekolah sudah mula bercuti pada 13/02/2010, semua guru komited untuk bersama-sama menghadiri kursus ini seterusnya merealisasikan pelaksanaan MS ISO di SM Teknik Tawau pada tahun ini.
Posted by pahaikan on Friday, March 12, 2010,
In :
Teknik Tawau
Tahniah kepada Cikgu Azman Mansur yang telah menimang cahaya mata ke-2 dalam bulan Februari yang baru lepas...
Biasanya, Morning Prayer @ Taklimat Pagi ni jarang-jarang sekali dimasukkan sebagai entry blog Pahaikan.com tetapi kali ini ada berita istimewa untuk dikongsikan.
Selain daripada penyampaian hadiah kepada guru-guru yang menimang cahaya mata dalam bulan Februari iaitu Cikgu Azman Mansur dan Cikgu Syed Abdul Rahman, beberapa orang guru yang telah berjaya mendapat kenaikan pangkat dari DG... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, March 11, 2010,
In :
Teknik Tawau
YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh yang menjadi tetamu VVIP dalam kejohanan ini...
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Tawau kali ke-43 2010 yang berlangsung selama 4 hari dari 08 hingga 11/03/2010 berakhir kelmarin dengan suasana penutupan yang sungguh meriah. Kejohanan yang disertai oleh lebih 40 buah sekolah dalam Daerah Tawau ini, lebih berseri dengan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Haji Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga merupakan Ahli Parlimen P191 Kalabakan.
Posted by pahaikan on Thursday, March 11, 2010,
In :
Teknik Tawau
Haziq, Taqiuddin, Ahamad dan Raja menunggu dengan debaran.....
Penantian selama hampir 3 bulan kini berakhir... Keputusan SPM 2009 diumumkan pada hari ini. Perasaan gelisah dan takut pastinya menghantui fikiran bekas pelajar Tingkatan 5 SM Teknik Tawau 2009 yang bakal menerima keputusan mereka.
Seawal jam 9:00 pagi lagi, para pelajar mula berpusu-pusu datang ke sekolah namun mereka terpaksa menunggu sehingga jam 2:00 petang kerana analisis SPM 2009 sedang dibuat. Apa pun keputusannya... Pelajar... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, March 10, 2010,
In :
Teknik FC
Barisan kesebelasan utama yang bermain di separuh masa pertama perlawanan menentang Kolej Komuniti Tawau...
Kolej Komuniti Tawau bertandang ke The Green, SM Teknik Tawau dengan tujuan membalas dendam atas kekalahan tipis 6 - 5 pada 24/02/2010 yang lepas. Ini merupakan siri perlawanan persahabatan terakhir mereka dalam minggu ini sebelum bertolak ke Kota Kinabalu untuk perlawanan Liga IPTA Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Dan berita baik untuk penyokong mereka, mereka menang dalam perlawanan...
Posted by pahaikan on Wednesday, March 10, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap pelajar dan guru yang diraikan dalam majlis ini...
Pasukan Bola Sepak Bawah 18 tahun yang menjuarai Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSS Daerah Tawau baru-baru ini beraksi lagi tapi kali ini di Hotel Marco Polo, Tawau. Kesemua 18 pemain utama dibawa untuk menjamu selera bersama-sama dengan barisan guru SM Teknik Tawau yang terlibat dalam pertandingan tersebut.
Bergerak dari sekolah sekitar jam 12.00 tengahari, guru dan pelajar terlibat terus m... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, March 10, 2010,
In :
Chemistry Subject
Tahniah kepada pemenang Siri 1 Kuiz Kimia Online Pahaikan.com iaitu Adik Nor Shakila Binti Abdul Jalil dari kelas 5 PKA2. Yang dibelakang tu jangan tengok-tengok saja... Join sekali Kuiz Kimia Onlie Pahaikan.com. Klik Tab Panitia Kimia atau logo Kuiz Kimia Online Pahaikan.com dibawah chat box Pahaikan.com untuk maklumat lanjut.....
CATATAN: Siri 2a Kuiz Kimia Online Pahaikan.com masih belum ditutup...
Posted by pahaikan on Monday, March 8, 2010,
In :
Free Topics
Select your goal. Unlock you personal potential. Commit yourself to your plan. Chart your course. Expect problems. Stand firm on your commitment. Share the reward with others.
Working Together as a TEAM ; Together Everyone Achieves More
Taken from: 'Success One Day At A Time' & 'Teamwork Makes The
Dream Work' by John C. Maxwell.
CATATAN: Ada lagi yang lain kah?? Boleh kongsi??.....
Posted by pahaikan on Monday, March 8, 2010,
In :
Teknik FC
Gambar kenangan perlawanan antara Teknik FC dengan Malaysia Airport Tawau (MAT). Untuk download sila klik: DOWNLOAD
Kekalahan 6 -3 kepada TM FC Senior pada hari sebelumnya, tidak menganggu mental pasukan Teknik FC dalam perlawanan ini. Teknik FC bangkit dari ketinggalan 0-1 dan memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3-2.
Pasukan Malaysia Airport Tawau (MAT) mendahului seawal minit ke-5 hasil kesilapan penjaga gol Teknik FC iaitu Syazani. Dia yang beraksi hanya 15 minit perlawanan digantikan ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Sunday, March 7, 2010,
In :
Holy Trinity
Gambar ini diambil selepas Upacara Tobat Pertama bagi calon-calon inisiasi yang akan dilangsungkan pada Easter Virgil nanti... Tahniah kepada semua calon...
Posted by pahaikan on Sunday, March 7, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Gambar kenangan perlawanan persahabatan SM Teknik Tawau menentang SMK Tawau. Untuk download, sila klik: Gambar 1, Gambar 2
Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memuaskan hati jurulatih pasukan SMK Tawau ini berakhir dengan kekalahan kepada tuan rumah. Saya hanya sempat menonton perlawanan ini selama 10 minit sahaja untuk babak pertama permainan kerana keperluan menunaikan kewajipan ke gereja sebelum jam 9.00 pagi hari ini... Kedudukan pada masa itu ialah Pasukan SM Teknik Tawau ketingg... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 6, 2010,
In :
Teknik FC
Kaki Emas...Kadir yang terus menjaring untuk Pasukan Teknik FC...
Pasukan Teknik FC tewas dalam perlawanan ini. Ini adalah kekalahan ke-2 dalam Siri Perlawanan Persahabatan tahun 2010 selepas perlawanan dengan Gingga FC pada 27/01/2010. Pasukan TM FC yang diturunkan untuk beraksi menentang Teknik FC adalah pasukan yang bermain untuk Liga SAFA Tawau. Ternyata permainan pantas pasukan TM FC tidak mampu dikekang oleh barisan pertahanan Teknik FC yang diserang bertalu-talu oleh sejurus selepas wis... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Friday, March 5, 2010,
In :
Teknik Tawau
Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 berlangsung dengan jayanya, kelmarin. Warna hijau, biru, kuning dan merah menghiasi separuh daripada Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Kemeriahan dan semangat kesukanan meresap ke dalam jiwa setiap warga Teknik Tawau yang bersama-sama menjayakan program ini.
Berkumpul pada jam 7:00 pagi, semua orang kelihatan sibuk mempersiapkan diri untuk Majlis Perasmian Sinar Obor Teknik Ke-12 yang telah pun disempurnakan oleh Tuan Mohd Gasing Bin Haji Saling, EXCO Pemuda UMN... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, March 3, 2010,
In :
Teknik Tawau
Antara aksi atlit yang bertanding untuk rumah sukan masing-masing...
Hari ke-2 Pra Sinar Obor diteruskan hari ini di Kompleks Sukan Tawau dengan 6 acara melibatkan 1500 m, 200 m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing dan 4x400 m. Tiap-tiap acara menampilkan 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki
Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Setiap rumah diwajibkan menghantar 2 peserta bagi setiap acara kecuali untuk 4x400 m yang memerlukan 8 orang. Hah... tujuannya i... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Aksi sebelum sepak mula perlawanan akhir.....
Debaran bertemu salah satu pasukan elit Daerah Tawau iaitu SMK Balung dalam perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun MSSM Daerah Tawau berakhir dengan kemenangan yang sungguh berharga. Jantung bergetar dalam setiap detik perlawanan dan nafas sekali sekala terhenti melihat percubaan jarak jauh SMK Balung yang berjuang habis-habisan mencari gol untuk memusnahkan impian pasukan SM Teknik daripada mencipta sejarah dan melakar nama sebaga... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010,
In :
Teknik Tawau
Beberapa aksi guru dan para peserta yang sempat dirakamkan semasa acara dijalankan...
Hanya dua acara dijalankan pada hari ini iaitu Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera, masing-masing untuk 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Tiap-tiap kategori menampilkan 8 peserta menjadikan jumlah peserta terlibat seramai 64 orang.
Guru-guru yang ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran dan pengadil menjalankan tugas dengan komited dan se...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Barisan pemain yang mewakili pasukan masing-masing untuk perlawanan suku akhir di Padang SM Teknik Tawau. SM Teknik Tawau berbaju hijau manakala SMK Titingan berbaju biru tua.
Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010,
In :
Family
Card and cake from Department Of Science & Mathematics 2010...
Well... I turn older today... Hm... And a bit surprise to get a cake at the Thumb-Print Counter... This one jarang-jarang berlaku... Thanks to Department of Science & Mathematics especially to the Head of Department......
I also want to say thanks to everyone who wishes me happy birthday and for the wishes from Facebook... Sorrylah cannot reply all of them... Anyway thank you and may God bless all of you...