Puma_English_Banner_120x240_10_19_06



Browsing Archive: October, 2010

Pesta Hari Keluarga TUKAD Ke-9, Gereja Holy Trinity Tawau - 30/10/2010

Posted by pahaikan on Sunday, October 31, 2010, In : Holy Trinity 


Pesta Hari Keluarga TUKAD kali ke-9 2010 berlangsung di Pondok Pardalis Taman Negara Bukit Tawau

Pesta Keluarga TUKAD Gereja Holy Trinity Tawau ini adalah acara tahunan yang telah diadakan sejak 9 tahun yang lalu. Pesta yang diadakan di Taman Negara Bukit Tawau untuk kali yang ke-5 berturut-turut ini menyaksikan kira-kira 200 orang peserta yang kebanyakkannya adalah golongan remaja.

Pesta keluarga yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk hubungan silaturahim antara sesama umat kadazan dusun da...
Continue reading ...
 

One Malaysia FC - Konsep 1Malaysia?

Posted by pahaikan on Sunday, October 31, 2010, In : Football Talk 


Gambar Pasukan One Malaysia FC semasa perlawanan menentang RCD Hill Top pada 29/10/2010.

Kelab Bolasepak One Malaysia merupakan sebuah kelab yang baru dibuka seminggu yang lalu atas inisiatif rakan-rakan guru SM Teknik Tawau dan diuruskan oleh pemain merangkap pengurus iaitu Encik Haindy Sapikit. Minat dan keseronokan bermain bolasepak membuatkan pemain yang pernah beraksi untuk Taxi FC bersama dengan rakan guru SM Teknik Tawau untuk menubuhkan kelab ini.

Menurut beliau, kelab ini ditubuhkan kh...
Continue reading ...
 

Tahniah Kelantan... Juara Piala Malaysia Edisi Ke-84

Posted by pahaikan on Sunday, October 31, 2010, In : Football Talk 


Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa meraikan bersama-sama pemain menjulang Piala Malaysia 2010.

NEGERI SEMBILAN 1
Shahurain Abu Samah (pen m-14)

KELANTAN 2
Hairuddin Omar (m-57)
Muhd Badhri Radzi (m-65)

KUALA LUMPUR – Kelantan muncul juara Piala Malaysia edisi kali ke-84 setelah mengalahkan juara musim lalu, Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu meru...
Continue reading ...
 

Program Mencari Bintang 2010

Posted by pahaikan on Wednesday, October 20, 2010, In : Teknik Tawau 


Notis Program Mencari Bintang 2010

CATATAN: Mana sudah semua "bintang" tahun lepas...??



Continue reading ...
 

Mesyuarat MaJlis Solat Hajat, Restu Ilmu dan Penyerahan LAB Tingkatan 5 2010 - 19/10/2010

Posted by pahaikan on Wednesday, October 20, 2010, In : Teknik Tawau 


Mesyuarat berlangsung di Bilik BMG 1

Mesyuarat Majlis Solat Hajat, Restu Ilmu dan Penyerahan LAB telahpun berlangsung kelmarin untuk membincangkan perjalanan majlis dan memberikan taklimat ringkas tentang apa yang akan berlaku sepanjang majlis tersebut. Macam tahun-tahun yang lepas, saya masih lagi ditugaskan untuk menguruskan para pelajar Non-muslim semasa slot Solat Hajat berlangsung.

Mungkin pengisian yang sama akan dibuat untuk program kali ini namun kehadiran ibubapa pasti memerlukan sedik...
Continue reading ...
 

Hari Penutupan Kokurikulum Tingkatan 5 2010 - 19/10/2010

Posted by pahaikan on Tuesday, October 19, 2010, In : Teknik Tawau 

Notis Hari Penutupan Kokurikulum Tingkatan 5 2010

Baru juga dimesyuaratkan dalam minggu lepas, Hari Penutupan Kokurikulum telah pun direalisasikan dalam minggu ini. Memang banyak perkara yang laju selepas Penolong Kanan KoKurikulum yang baru mengambil alih... Apa pun ini mungkin lebih baik...


Aturcara program...

Program ini bermula lewat berbanding perancangan namun ia berakhir lebih awal. Yang paling penting... Tugas memberikan penilaian kegiatan kokurikulum pelajar Tingkatan 5 sesi 2010 telah ...

Continue reading ...
 

Perhimpunan Mingguan Kendalian Unit Pengakap SM Teknik Tawau - 18/10/2010

Posted by pahaikan on Tuesday, October 19, 2010, In : Unit Beruniform 


Pengetua, Encik Johan Okasa dan barisan pentabiran melangkah masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah sambil menerima tabik hormat daripada barisan ahli pengakap

Majlis Perhimpunan Mingguan minggu ini diserikan lagi dengan Perhimpunan Kendalian Unit Beruniform Pengakap. Ini adalah majlis perhimpunan ke-2 yang menggunakan khidmat pasukan unit beruniform sebagai pengendali majlis. Unit Pengakap dibawah guru penasihat Cikgu Zahrina, Cikgu Siti Ain Tahir dan Cikgu Fatmawati telah menerima dengan sukare...
Continue reading ...
 

Sabah Weightlifter Aricco Jumitih beats the odds for surprise gold...

Posted by pahaikan on Sunday, October 17, 2010, In : Free Topics 


Arrico Jumitih, the 20 year old Dusun strongman from Kampung Mansiang, Menggatal, en route to winning the gold medal in the 62 kg weightlifting category athe the 2010 Commonwealth Games in New Delhi, 5th October, 2010 - Photo from Zimbio.com.


Aricco, 20 (center) with fellow Malaysian, second placed Naharudin Mahayudin, 26 (left). Malaysia completed a 1-2 finish in the 62 kg category. Congrats Malaysia!!! Third place goes to Sri Lankan Sudesh Anton Kurukulasooriyage, 25 - Photo from Zimbio.com....

Continue reading ...
 

Percubaan Menipu Kad Kredit...

Posted by pahaikan on Saturday, October 16, 2010, In : Free Topics 


Kad kredit... Kes penipuan meningkat...

Lebih kurang dalam jam 09:14 pagi hari ini, saya ditelefon oleh nombor 0321698888 yang mengatakan dia dari MBF Customer Service yang memperkenalkan diinya sebagai Chan Yong Heng. Pemanggil ini memberitahu bahawa saya ada menelefon untuk meminta menaikkan credit limit. Apabila saya mengatakan bahawa saya tidak membuat sebarang panggilan... Dia memberitahu bahawa saya mempunyai kad kredit MBF Master Gold Card yang bernombor 5419 1200 7733 8484 beralamat di...
Continue reading ...
 

Pahaikan Revealed: Cuti Hujng Tahun Bermula 17/11/2010!!!

Posted by pahaikan on Saturday, October 16, 2010, In : Teknik Tawau 

Menurut sumber yang boleh dipercayai... Cuti Semester 2 atau cuti hujung tahun persekolahan bagi SM Teknik Tawau akan bermula pada 17/11/2010 iaitu pada Hari Raya Haji dan disambung sehingga 03/01/2011.

Saya dimaklumkan bahawa JPN Sabah ada mengeluarkan surat kebenaran bercuti dengan syarat sekolah tersebut mesti memohon cuti tersebut secara bertulis. Dan sekolah kita sudah pun memohon untuk mendapatkan cuti tersebut... Kepada sekolah-sekolah lain... Pastikan minta cuti... Hehehehe....

CATATAN...
Continue reading ...
 

Minggu Perkhidmatan Seni Kecantikan SM Teknik Tawau

Posted by pahaikan on Saturday, October 16, 2010, In : Teknik Tawau 


Notis Minggu Perkhidmatan Seni Kecantikan SM Teknik Tawau

Minggu Perkhidmatan Seni Kecantikan akan bermula pada tanggal 18 hingga 29/10/2010. Minggu Perkhidmatan  ini meneruskan Siri Minggu Perkhidmatan Kursus ERT yang sebelum ini dimulakan oleh Bengkel Katering. Perkhidmatan Seni Kecantikan ini akan dilakukan di dalam Bengkel Seni Kecantikan oleh pelajar-pelajar Kursus Seni Kecantkan SM Teknik Tawau dibawah pemantauan guru-guru dari kursus ini.

Di bawah ini disenaraikan perkhidmatan yang ditaw...
Continue reading ...
 

Hari Penggundian OSCAR NIGHT - 15/10/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 16, 2010, In : Teknik Tawau 


Masa menggundian bermula dari jam 7:30 - 11.30 pagi

Sebanyak 4 buah laptop digunakan untuk tujuan penggundian ini. Terdapat lebih daripada 20 kategori yang dipertandingkan dalam OSCAR NIGHT 2010 berbanding sebelum ini... Kalau saya tidak silap ada beberapa anugerah baru diperkenalkan dan antaranya ialah Guru Sandaran/Kontrak Cemerlang.

Memang bagus juga anugerah baru ni diwujudkan.... Barulah semangat guru-guru naik...

Saya masuk ke bilik BMG 2 lebih kurang jam 9:00 pagi selepas kelas Kimia 4 PT...
Continue reading ...
 

Lawatan Tan Sri Liew Yun Fah - 14/10/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 16, 2010, In : Teknik Tawau 


Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Azman Mansur dan Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Lim Siew Khing agak kecewa dengan pembatalan lawatan di saat akhir...

Hasrat 516th Regiment Brigade Commander Tan Sri Liew Yun Fah yang dijadualkan untuk melawat SM Teknik Tawau pada hari Khamis lepas tidak tercapai kerana dibebani oleh tugas-tugas lain yeng lebih penting. Apapun, SM Teknik Tawau akan sentiasa bersedia untuk menerima lawatan daripada Tan Sri yang juga merupakan bapa angkat sekolah ini pada mas...
Continue reading ...
 

Kerja Pembinaan Diteruskan....

Posted by pahaikan on Saturday, October 16, 2010, In : Teknik Tawau 


Cikgu Ahmad Hussain memantau semua pergerakan pelajar semasa proses mengaul simen dijalankan

Kerja-kerja membaiki jalan sedang giat dijalankan dan kali ini, pelajar SKM Auto diberikan tanggungjawab membantu kerja tersebut. Cikgu Haindy Sapikit turut hadir untuk memantau pelajar-pelajar di bawah jagaannya.


Inilah pelajar-pelajar SKM Auto yang membantu kerja pembinaan...

Menurut Cikgu Ahmad Hussain, kerja-kerja pembaikan dan pembinaan akan diteruskan sehingga cuti persekolahan hujung tahun yang be...
Continue reading ...
 

Pengundian Untuk Calon-Calon Anugerah OSCAR NIGHT SM Teknik Tawau 2010

Posted by pahaikan on Wednesday, October 13, 2010, In : Teknik Tawau 


Notis Pembuangan Undi pada 15/10/2010

SM Teknik Tawau meneruskan kecemerlangan pada tahun ini dengan menghargai semua usaha guru dan kakitangan bukan mengajar (KTBM) dalam Majlis Gemilang Oscar Night 2010. Majlis yang akan diadakan di Hotel Promenade pada 05/11/2010 ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas-bekas pengetua SM Teknik Tawau.

Senarai calon penerima anugerah sudah pun diketahui... Sekarang tinggal undian daripada guru-guru dan KTBM yang bakal menentukan penerima anugerah ters...
Continue reading ...
 

The Special Trio!!!

Posted by pahaikan on Tuesday, October 12, 2010, In : Family 


Brennen and Bradley - Macam besar pula perut si Brennen ni... Mau ikut cam daddy ka?? Bradley serius ka?
Other photos: Brennen and Bradley.


What's up!! .... Brianna...


Brianna Amberly... Nice shot..

REMARKS: Mummy's photo..??


Continue reading ...
 

Lima Orang Guru Baru Diperkenalkan Hari Ini - 11/10/2010

Posted by pahaikan on Monday, October 11, 2010, In : Teknik Tawau 


Kelima-lima orang guru baru diperkenalkan pada hari ini dalam Majlis Perhimpunan Mingguan. Jarang guru kena minta berdiri cam gini ni...(Sorrylah...Kurang jelas.. Pakai kamera h/p saja ni...) Mereka ialah...

Muhammad Zamirul Bin Abdul Gani (Pengaturcaraan Komputer) dari Selangor
Keegan Alfred Bin Alim (Perdagangan) dari Beaufort

Zulaiqha Binti Fadzli (Katering) dari Negeri Sembilan
Nur Sabrina Binti Zakaria (ERT) dari Terengganu
Yushasmaniza Binti Md Yunus (ERT) dari Negeri Sembilan

CATATAN: Selama...
Continue reading ...
 

Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Tahun 2011

Posted by pahaikan on Monday, October 11, 2010, In : Teknik Tawau 

Syarat-syarat Umum:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua pr...

Continue reading ...
 

Lima Tempat Ke Skuad Senior Menjadi Rebutan -10/10/2010

Posted by pahaikan on Sunday, October 10, 2010, In : Teknik U18 2010 


Rizwan (Kado), Amirul dan Saufi (Piping) mencuba nasib untuk merebut tempat ke Skuad Senior TM FC

Minggu lepas, Pengurus TM FC menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Los, ada player SM Teknik yang boleh diserapkan dalam TM FC ka? Liga SAFA akan start. Kami mau ambil player muda dalam 1-2 orang".

Memandangkan pada tahun ini Pasukan Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau menjadi Juara Daerah Tawau jadi saya rasa memang ada pemain yang boleh diketengahkan... Jadi saya contactlah pemain bawah 18 tahun....
Continue reading ...
 

Hari Pembuangan Mudball "To Earth With Love" - 09/10/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 9, 2010, In : Teknik Tawau 


Banner "To Earth With Love"

Kempen Mudball ini disertai oleh lebih kurang 40 organisasi termasuk GO dan NGO. Mudball yang telah dibuat sebelum ini akan dibuang ke dalam laut di kawasan perairan di sekitar Ba Zhong dan Highway Sabindo.

Mudball yang dibuat bersama-sama dengan Effective Mcroogranisma ini dikatakan akan membersihkan kawasan perairan tersebut. Kita akan tunggu dan lihat hasilnya selepas 2 bulan kemudian...


Kawasan pembuangan Mudball - Berdekatan kawasan Ba Zhong menyusuri Highway Sa...

Continue reading ...
 

Proses Pemulihan Berjalan Dalam Diam... 08/10/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 9, 2010, In : Teknik Tawau 


Proses pemulihan dijalankan ke atas piala replika satu persatu...

Dalam diam... (Bukanlah diam betul-betul cuma tidak dihebohkan...) Proses pemulihan piala replika dihadapan Pejabat Am berjalan dengan lancar dibawah pemantauan Ketua Bengkel Binaan Bangunan (BB), Cikgu Ahmad Hussain dan Cikgu Supiansiah. Mereka dibantu oleh pelajar BB yang tinggal di asrama.


Macam mana ni... Sudah tercabut... Hehehe...


Gaul bagus-bagus... Biar sebati...

Sebelum ini mereka telahpun membuat pembesaran jalan berdekat...
Continue reading ...
 

Panitia Applied Sains Dapat Barang Baru... 08/10/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 9, 2010, In : Teknik Tawau 


Drying oven yang boleh mencapai suhu 2000 darjah celsius

Semua barang-barang sampai pada hari Khamis, lebih kurang jam 2:00 petang. Dan pada mulanya disimpan di Makmal Kimia 2. Entah berapa jumlah harga barang-barang ni semua... Banyak betul... Kalau tengok senarai ada 47 item semuanya... Berkilo-kilo... Bah dapat barang baru ni... Bolehlah kita test dulu... Hehehehe...


Canon Legria FS36... Yang ni siapa punya?


Digital balance (Kitchen scale)


Peti sejuk Tosibha 3 Pintu GR-R38MDV

CATATAN: Makmal Ki...

Continue reading ...
 

Majlis Doa Selamat & Mesra Raya SM Teknik Tawau 2010 - 07/10/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 9, 2010, In : Teknik Tawau 


Tetamu Istimewa Majlis Mesra Raya SM Teknik Tawau, Haji Mukmin, seorang pegawai dari UTV

Majlis sambutan bermula dengan bacaan Doa Selamat pada jam 12:55 petang yang diketuai oleh Ustaz Khusairi Mohd Khir. Bacaan Doa Selamat tamat kira-kira jam 1:30 petang dan Majlis Mesra Raya bermula.

Kebetulan pada hari tersebut, seorang pegawai UTV membuat lawatan ke sekolah. Jadi selepas tamat lawatan ke kawasan bengkel, beliau turut sama memeriahkan majlis ini.


Ustaz Khusairi Mohd Khir mengetuai bacaan Doa...

Continue reading ...
 

Ceramah Program Pendidikan Pencegahan Seksual di Kalangan Murid-Murid Perempuan?

Posted by pahaikan on Friday, October 8, 2010, In : Free Topics 


Jemputan Ceramah Program Pendidikan Pencegahan Seksual di Kalangan Murid-Murid Perempuan...

Dua hari lepas, saya terlihat surat jemputan ini di sekolah. Melihat kepada tajuk surat ini saya sudah mula menjangka bahawa sekolah tersebut cuba untuk menyahut saranan Ketua Sub-Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan yang menyatakan bahawa pendidikan perlu bermula awal.

Menurut artikel yang saya baca melalui Malaysia...
Continue reading ...
 

Teknik FC vs Veteren PSKPPS TAWAU - 07/10/2010

Posted by pahaikan on Thursday, October 7, 2010, In : Teknik FC 


Percubaan ke arah pintu gol namun tersasar melepasi palang gol Teknik FC

Misi membalas dendam atas kekalahan dengan pasukan PSKPPS Selection Ahad lepas, tidak menjadi kenyataan apabila Teknik FC yang bermain dengan cemerlang di separuh masa pertama hanya mampu melakar keputusan seri 1-1. Gol Teknik FC dijaringkan oleh Edward Sabinus pada minit ke-20 separuh masa pertama.

Teknik FC kali ini turun padang dengan bahagian tengah yang mantap, dibarisi oleh Derlan, Jasni, Awang Wahid dan Alex berjay...
Continue reading ...
 

Picture Post: Mudball Fermentation In Progress..

Posted by pahaikan on Thursday, October 7, 2010, In : Teknik Tawau 


A bit furry... Don't you think...


What is that orange colored thing? Fungi?

REMARKS: Going to be thrown into the sea next to Sabindo Area on 09/10/2010


Continue reading ...
 

Sneak Peak on Pahaikan.com Project: Organic Molecule Game

Posted by pahaikan on Wednesday, October 6, 2010, In : Pahaikan.com Revealed 


Organic Molecule Game Board developed and designed by Pahaikan.com

After a few months developing and designing OMG, finally it is ready to be transformed into a prototype. The only problem I am facing now is time and budget.

This project will cost me around RM250 - RM300 and SPM 2010 examination is coming soon so I have to prepare the student for their BIG MOMENTS so this project will have to wait for a while.

More information on this game can be viewed at Pahaikan's Project. All the progresse...
Continue reading ...
 

Sambutan Raya Bilik Guru SM Teknik Tawau - 06/10/2010

Posted by pahaikan on Wednesday, October 6, 2010, In : Teknik Tawau 


Tambah lagi... Jangan malu-malu... Hehehehe...

Pagi kelmarin saya ada dengar pasal Sambutan Hari Raya di Bilik Guru... Tapi hari ini hampir terlupa pula... Nasib baik Cikgu Suhaiza telefon... Kalau tidak cuma dengar sajalah... Tidak dapat merasa...

Saya sampai ke Bilik Guru agak lewat... Lebih kurang jam 11:50 pagi. Ada juadah yang sudah habis.... Tapi syukur juga masih ada yang tinggl... Hehehehe...


Opp... Syahir... Nanti boleh tambah lagi...

Masa saya sampai ngam-ngam juga si Syahir pun baru m...
Continue reading ...
 

Kek Nenas RM12.00 - 06/10/2010

Posted by pahaikan on Wednesday, October 6, 2010, In : Teknik Tawau 


Kek Nenas hasil tangan pelajar 4 Bakeri & Konfeksionari SM Teknik Tawau 2010

Macam baru pagi tadi saya nampak notis tempahan Kek Nenas, Biskut Dam dan Biskut Cornflakes di papan notis... Kalau tidak silap... Tempahan untuk hari ini dan esok... Tapi kali ini saya memang bernasib baik sebab walaupun tidak menempah... tetap dapat juga...

Apa-apalah... Yang penting saya sudah beli satu biji untuk menyokong Industri Dalaman SM Teknik Tawau...

RM12.00 untuk sebiji kek Nenas kira agak murah dan rasan...

Continue reading ...
 

Kempen Tebus Ria Maggi dari 01/10 - 31/12/2010

Posted by pahaikan on Tuesday, October 5, 2010, In : Free Topics 


Muka depan untuk Kempen Tebus Ria 2009

Kempen Maggi Tebus Ria 2010 telahpun bermula... Bukan apa... Kempen macam ni memang bagus pasal Nestle Products Sdn. Bhd. sanggup kutip semula paket Maggi yang kosong untuk ditebus dengan barangan keperluan rumah.

Kalau anda adalah peminat Maggi.. Memang ini adalah sesuatu yang baik sebab bayangkan 15 paket kosong boleh ditukar dengan Maggi Sos Cili 500 gram... Siapa mau bagi sos cili dengan paket kosong Maggi... Nah... Jadi bertindak bijak dan kumpulkan s...
Continue reading ...
 

Teknik FC vs PSKPPS (Selection) - 03/10/2010

Posted by pahaikan on Sunday, October 3, 2010, In : Teknik FC 


Permainan dikuasai oleh PSKPPS sepenuhnya dalam separuh masa pertama...

Selepas membelasah LegaLego FC dengan jaringan 7-2 semalam, perlawanan hari ini menyaksikan Teknik FC dibelasah 7-1 oleh pasukan PSKPPS yang sedang membuat pemilihan peringkat ke-2.

Pasukan PSKPPS bermula garang dengan mendahului 4-0 dibabak pertama dan menambah 3 lagi jaringan dibabak ke-2. Gol saguhati pasukan Teknik FC dijaringkan oleh pemain jersi no 8 (Tidak tau namanya ni... Sebab bukan cikgu di Teknik Tawau). Apa pu...
Continue reading ...
 

Picture Post: Kebakaran di Kampung Muhibbah Raya - 03/10/2010

Posted by pahaikan on Sunday, October 3, 2010, In : Free Topics 


Asap hitam berkepul-kepul... Mula-mula ingatkan bakar sampah... Rupa-rupanya...


Belum dipastikan rumah siapa tapi rumah ni di depan masjid baru Kampung Muhibbah Raya..

CATATAN: Api marak terlalu cepat... Harap-harap tiada nyawa terkorban...


Continue reading ...
 

Ulang Tahun Ke-32 Penahbisan Father Nickolas Ong - 03/10/2010

Posted by pahaikan on Sunday, October 3, 2010, In : Holy Trinity 


Monseniour Nickolas Ong yang menyambut ulang tahun ke-32 penahbisannya pada hari ini..

Tahniah dan selamat menyambut ulang tahun ke-32 penahbisan kepada Father Nickolas Ong. Pada hari ini, genap 2 tahun 5 bulan tempoh perkhidmatan beliau di Paroki Holy Trinity Tawau. Terima kasih diucapkan dan semoga terus sihat untuk berbakti kepada masyarakat Tawau amnya... Rasanya Father Nick ni sudah sampai umur 60 tahun...

Dalam pengumuman gereja pada hari ini, satu majlis makan malam (fellowship) secara p...

Continue reading ...
 

Pahaikan Revealed: OSCAR NIGHT on 05/11/2010?

Posted by pahaikan on Saturday, October 2, 2010, In : Teknik Tawau 


The fax from Promanede Hotel Tawau...

REMARKS: Any extra charges??



Continue reading ...
 

Kempen EM Mudball SM Teknik Tawau - 29/09/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 2, 2010, In : Teknik Tawau 


Notis Kempen EM Mudball yang tertampal di papan kenyataan Pejabat Am

Kempen Menghasilkan Mudball (EM) ini adalah anjuran Majlis Perbandaran Tawau dengan kerjasama Junior Chamber International (JCI) Tawau Sempena Hari Bumi 2010. Keperihatinan tentang bumi semakin disedari oleh masyarakat dunia apabila kita melihat terlalu banyak hutan ditebang dan dibakar. Sungai dan laut juga tercemar dengan pembuangan sisa dan sampah sarap yang semakin lama semakin meningkat setiap hari. Bumi kita sememangnya...
Continue reading ...
 
 
Pahaikan.com is best viewed in 1024 x 768 resolution or higher. 




Related Posts with Thumbnails


















How many stars do you give to the 2009 Teacher's Day Theme song?
1
2
3
4
5
View Results
Free Myspace Poll





















Go ahead! Grab Pahaikan's button and paste it onto your website!



Add to The Free Dictionary








Recent Comments

Powered by Disqus










 

Make a free website with Yola