Browsing Archive: September, 2010
Posted by pahaikan on Thursday, September 30, 2010,
In :
Teknik Tawau
Barisan pelajar perempuan Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik Sesi 2009/10Nampaknya semua guru yang mengajar kedua-dua kelas tingkatan 5 Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik, 5 PKE1 dan 5PKE2 dijemput dalam majlis ini. Para pelajar menyediakan makanan dan minuman sejak masa rehat iaitu jam 10:20 pagi dan menunggu sehingga jam 11:30 pagi untuk majlis dimulakan. Wakil pihak pentadbir yang turut memeriahkan majlis ini ialah Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah. Majlis dimulakan... Continue reading ...
Perhimpunan Mingguan Kendalian Unit Beruniform KAPA SM Teknik Tawau - 27/09/2010
Posted by pahaikan on Tuesday, September 28, 2010,
In :
Teknik Tawau
Anggota KAPA mengiringi Penolong Kanan HEM masuk ke dalam dewan perhimpunanMajlis Perhimpunan Mingguan minggu ini menyaksikan Ahli-ahli Kadet Pertahanan Awam sebagai pengendali majlis menggantikan tugas pengawas sekolah. Ini adalah kali pertama, Persatuan Unit Beruniform diberikan tugas untuk mengendalikan majlis perhimpunan sekolah. Mengikut surat arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Perhimpunan Sekolah wajib dikendalikan oleh Persatuan Unit Beruniform sekurang-kurangnya sekali setia... Continue reading ...
Teknik FC vs Hospital FC - 26/09/2010
Posted by pahaikan on Tuesday, September 28, 2010,
In :
Teknik FC
Teknik FC turun menentang Hospital FC dalam perlawanan pertama selepas Bulan Ramadhan dan Cuti Hari Raya (lebih kurang 2 bulan bercuti). Semua pemain kelihatan tidak cergas tetapi masih mampu meneruskan permainan yang berlangsung selama 70 minit ini dengan baik. Teknik FC kali ini turun dengan barisan pemain yang hampir sama namun kelibat hero seperti Kadir, Haindy, Awang Wahid, Fakhrurazi, Zamri dan Edward tidak kelihatan. Berbincang strategi untuk separuh masa ke-2 Minum dulu..... Santai... Mas... Continue reading ...
Picture Post: Kerbau Gila!!
Posted by pahaikan on Tuesday, September 28, 2010,
In :
Picture Post
Pernah kita dengar kes lembu gila... Yang ini pula kerbau gila... Memang susah ni kalau kerbau gila... CATATAN: Tidak boleh makan kerbau gila... Nanti ikut gila... Continue reading ...
Rumah Terbuka Pok Ding - 25/09/2010
Posted by pahaikan on Tuesday, September 28, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pok Ding dengan Adibah memulakan acara...Shamsuddin Ibrahim @ Pok Ding dan isteri telah mengadakan rumah terbuka di rumahnya di Taman Uni Villa pada malam 25/09/2010 yang lalu. Majlis rumah terbuka yang bermula jam 7:00 hingga 10:00 malam ini, telah dihadiri oleh rakan-rakan kerja dari sekolah dan juga jiran-jiran sekitar Uni Villa. Antara menu masakan dalam majlis ini ialah Nasi Ayam dan Lasagna. Cukup menyelerakan sekali... Apa pun saya hanya sempat berada di tempat majlis berlangsung selama ... Continue reading ...
Speak Camp Anjuran Parish Youth Apostolate Gereja Holy Trinity Tawau (24 - 26/09/2010)
Posted by pahaikan on Tuesday, September 28, 2010,
In :
Holy Trinity
Gambar kenangan Speak Camp 2010 Speak Camp anjuran Holy Trinity Church Parish Youth Apostolate telah berlangsung dari 24 - 26 September 2010 yang lalu. Lebih kurang 200 peserta mengikuti kem ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang berumur antara 15 - 25 tahun. Speak Camp ini bermula dengan pendaftaran pada jam 4:00 petang hari Jumaat, 24 September 2010. Hampir kesemua peserta menginap di dalam kawasan gereja untuk program selama 3 hari ini. Kawasan penginapan mereka terdir... Continue reading ...
Promosi: Hari Perkhidmatan Katering SM Teknik Tawau
Posted by pahaikan on Tuesday, September 28, 2010,
In :
Teknik Tawau
Poster promosi Hari Perkhidmatan Katering di Blok VokasionalHari Perkhidmatan Katering SM Teknik Tawau yang diadakan secara bersendirian oleh Bengkel Katering SM Teknik Tawau buat pertama kalinya ini ternyata mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Hidangan yang disediakan ialah Chicken Chop, Fruit Cocktail dan Orange Sunquick pada harga RM6.90 untuk hidangan saiz kecil dan RM13.90 untuk hidangan saiz besar.
Notis Hari Perkhidmatan Katering SM Teknik Tawau di Blok TeknikalWalau bagaimanapun,... Continue reading ...
Pahaikan.com Revealed: Kereta Baru Teknik Tawau - 24/09/2010
Posted by pahaikan on Tuesday, September 28, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pengetua, Encik Johan bersama Cikgu Azman, Puan Rahayu dan Cikgu McManus kelihatan gembira dengan kehadiran dua buah kereta perdana untuk SM Teknik TawauDua buah kereta Proton Perdana Executive V6 model tahun 2002 dengan nombor pendaftaran NBQ 7011 (Hitam) dan WMM 2351 (Maroon), tiba di SM Teknik Tawau lebih kurang jam 11.45 pagi pada hari Jumaat, 24/09/2010. Saya masih tidak pasti tentang kehadiran kereta ini adalah untuk kemudahan Sekolah Kluster atau untuk bahan praktikal Bengkel Automotif,... Continue reading ...
ZEDGE - Free stuff for your phone!!!
Posted by pahaikan on Thursday, September 23, 2010,
In :
Website Review
18 million people sharing their favorite stuff!!! Search 5.2 million content items Get the items to your phone easily and for free This site sure is a great site with lots of things to be downloaded and provide a great tools to create your own theme, ring tone and wallpaper for your phone. You may visit the site by clicking the logo or go to http://www.zedge.netPrivacy staff:Zedge Holdings, Inc. 39 Broadway Suite 950 NY 10006 New York Email: privacy@zedge.netData protection compliance officer:Sof... Continue reading ...
Sambutan Hari Raya Rosley dan Ady - 23/09/2010
Posted by pahaikan on Thursday, September 23, 2010,
In :
Teknik Tawau
Tuan rumah... Cikgu Rosley (kiri) dan Chef Ady (kanan) bersama salah seorang sahabat mereka dari Hotel EmasMemang best kalau pergi raya tempat si Rosley dengan si Ady ni... Makanan pun standard hotel... Chef Ady la katakan... Hehehehe.... Sampai setting meja, persembahan dan susunan makanan macam dekat hotel... Bunga pun bunga hidup... Antara hidangan yang disediakan.. Setting hidangan... Memang class gitu... Hehehehe...Rumah Terbuka Rosley dan Ady ni bermula dari jam 1:30 petang sampai jam 10:... Continue reading ...
Download Soalan Trial Kimia SPM Negeri 2010
Latihan yang lebih akan menjadikan kita lebih baik!!! Oleh itu, Pahaikan.com telah mengumpulkan kesemua soalan TRIAL SPM Kimia 2010 yang berlegar-legar di internet untuk memudahkan pelajar mendapatkan semua file tersebut. Anda bolehlah mendownload soalan-soalan tersebut melalui laman download Laman Kimia SPM Pahaikan.com: http://www.pahaikan.com/download.php Senarai soalan TRIAL SPM 2010 dalam koleksi Pahaikan.com ialah: Continue reading ...
Sambutan Hari Raya Kelas 4 PPKK - 23/09/2010
Posted by pahaikan on Thursday, September 23, 2010,
In :
Teknik Tawau
Para pelajar 4 PPKK beraksi untuk Pahaikan.comTerima kasih diucapkan kepada semua pelajar 4 PPKK 2010 dan Cikgu McManus yang telah menjemput ke majlis sambutan Hari Raya kelas 4 PPKK. Majlis sambutan yang sederhana ini dimeriahkan dengan kehadiran kuih muih dari para pelajar. Konsep pot luck la ni... Masing-masing bawa makanan... Cikgu McManus Sing tersenyum riang melihat persediaan para pelajar untuk majlis ini...Sambutan hari raya peringkat kelas seperti ini rasanya boleh diperluaskan ke sem... Continue reading ...
Seminar Pendidikan Kerjaya Pelajar Tingkatan 5 - 23/09/2010
Posted by pahaikan on Thursday, September 23, 2010,
In :
Teknik Tawau
Seminar yang berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga 1:30 petang... Seminar Pendidikan Kerjaya Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SM Teknik Tawau ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pilihan kerjaya yang ada dan memotivasikan mereka untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang... Dalam seminar ini, Unit Bimbingan & Kaunseling turut menjemput beberapa IPTA dan IPTS yang turut menerangkan dan mempromosikan kursus yang mereka tawarkan. Di sin... Continue reading ...
Mesyuarat "ZOOM IN" Kimia Tawau - 22/09/2010
Mesyuarat dipengerusikan oleh penyelaras, Puan Juriah Hj Salleh.Mesyuarat " ZOOM IN" bagi subjek Kimia telah dilaksanakan pada 22 September yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Tawau pada jam 2:00 petang. Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam ini memfokuskan kepada peningkatan pencapaian subjek Kimia secara keseluruhan untuk Daerah Tawau. Nantikan hasil perbincangan ZOOM IN melalui Modul ZOOM IN Ting 4 & Ting 5 yang akan dihasilkan daripada mesyuarat ini dalam bulan Oktober nanti... Anta... Continue reading ...
Perhimpunan Minguan - 19/09/2010
Posted by pahaikan on Thursday, September 23, 2010,
In :
Teknik Tawau
Cikgu Siri membacakan Laporan Guru Bertugas minggu lepas... Perhimpunan Mingguan kali ini adalah perhimpunan mingguan yang biasa tetapi... apa yang membezakannya dengan yang lain adalah Slot Laporan Guru Bertugas yang kali ini dibacakan oleh Cikgu Siri. Dengan loghat dan cara yang bersahaja, Cikgu Siri menjadikan suasana menjadi relaks dan disulami dengan hilai tawa dari semua orang. Rasa penat dan panas dalam Dewan TAS hilang sekejap. Hehehehe... Rasanya inilah sebab Cikgu Siri diangkat menja... Continue reading ...
Majlis Rumah Terbuka Pengetua SM Teknik Tawau - 16/09/2010
Posted by pahaikan on Saturday, September 18, 2010,
In :
Teknik Tawau
Antara tetamu yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan OkasaSaya tiba di rumah pengetua kira-kira jam 3:30 petang. Saya kira agak lewat kerana rasanya majlis bermula seawal jam 10.30 pagi. Apa pun, ketibaan saya dengan Brennen disambut dengan mesra dari Encik Johan dan keluarga, walaupun kelihatan agak penat. Masa itu, Guru Saip, Beliau Sairin dan Supiansiah tengah duduk bersembang dengan pengetua dan tetamu yang lain. Encik Johan turut memaklumkan bahawa dal... Continue reading ...
Hilang Gigi Yang Ke-3...
Posted by pahaikan on Tuesday, September 14, 2010,
In :
Family
Ambil gambar dulu sebelum pergi hospital...Sebelum ini, Brennen sudah pun hilang 2 gigi iaitu satu dibahagian bawah (depan-tengah) pada bulan pertengahan bulan Jun dan satu dibahagian atas (depan-tengah) pada awal bulan Ogos. Tidak sangka pula yang ketiga menyusul dalam bulan September. Ceritanya... Brennen terhantuk mulutnya di kepala si Bradley masa tengah berbaris menunggu giliran di kaunter Giant, Tawau. Apa lagi... Teriak bukan main si Brennen. Adei... Masa tu gigi sudah goyang dan berdar... Continue reading ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010
Posted by pahaikan on Tuesday, September 7, 2010,
In :
Teknik Tawau
Kad Raya SM Teknik Tawau 2010... Eksklusif buat semua pengunjung Pahaikan.comSelamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Warga SM Teknik Tawau Serta Semua Pengunjung Pahaikan.com. Semoga Hari Raya yang di sambut pada 1 Syawal 1431 Hijiriah ini memberikan lebih banyak rezeki dan kegembiraan kepada semua orang...
Walaupun saya tidak menyambut perayaan ini secara langsung tetapi kemeriahan tetap dapat dirasai....
Tahun ini tidak dapat balik kampung lagi... Macam tahun-tahun yang sudah. Kiranya ada j... Continue reading ...
|
Pahaikan.com is best viewed in 1024 x 768 resolution or higher.
Charity event closed!! Thank you very much!!
Go ahead! Grab Pahaikan's button and paste it onto your website!
|