Posted by pahaikan on Friday, November 25, 2011,
In :
Teknik Tawau
Ya... Saya terima duitnya... Terima kasih...
Dapat duit memang best... Sejak beberapa hari ini, banyak sekolah sedang mengagihkan duit bantuan persekolahan RM100 untuk para pelajar sesi 2012. Dan, hari ini giliran bakal pelajar Tingkatan 5 sesi 2012 SM Teknik Tawau pula...
Seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan pada 07 Oktober yang lepas, Akhbar Berita Harian (11/11/2011) melaporkan bahawa lebih kurang 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan p... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, November 17, 2011,
In :
Teknik Tawau
Cikgu Harun Salimbangun mewakili Cikgu Haindy Sapikit untuk menerima cenderahati kenangan daripada pihak sekolah...
Akhirnya.... Setelah 7 percubaan untuk pindah, Cikgu Haindy Sapikit telahpun mendapat restu BPTV untuk bertukar tempat tanpa keluar daripada sistem pendidikan Teknik & Vokasional. Suatu yang ditunggu-tunggu.... Sekali lagi... Tahniah... Cikgu Haindy akan bertukar ke SMV Beaufort (akan dikenali sebagai Kolej Vokasional Beaufort pada 01/01/2012 nanti..) pada Januari 2012.
Posted by pahaikan on Monday, November 14, 2011,
In :
Teknik Tawau
Gambar kenangan untuk semua pasukan yang terlibat...
Tidak banyak maklumat yang saya tahu tentang program ini... Sebab yang pertamanya, saya cuma dipanggil untuk mengambil gambar untuk dua aktiviti, Pertandingan Nyanyian & Tarian Kebudayaan dan Perlawanan Bolasepak. Yang lain... Entahlah...
Apa pun, saya suka untuk berkongsi tentang pertandingan Nyanyian & Tarian Kebudayaan dan Perlawanan Bola sepak yang telah berlangsung.
Wakil DINAS Pendidikan Tarakan, Pak Kurniawan memberikan ucapan pengharga...
Posted by pahaikan on Friday, November 11, 2011,
In :
Teknik Tawau
Gambar kenangan Malam Mesra Flat SM Teknik Tawau bersama Pengetua, Encik Johan Okasa
Malam Mesra Flat SM Teknik Tawau berlangsung meriah semalam dengan dihadiri oleh hampir 70% warga flat SM Teknik Tawau. Yang 30% lagi mempunyai urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Apa pun, tahniah kepada Penghulu Flat, Cikgu Sabas Mohd Ali beserta warga flat yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Posted by pahaikan on Friday, November 11, 2011,
In :
Unit Beruniform
Begini kah??... Takut bah juga ni...
Aktiviti yang dirancang selepas Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau ini direalisasikan pada hari ini apabila 40 orang pelajar berkunjung ke Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau. Aktiviti yang diaturkan oleh Guru Penasihat Kadet Polis SM Teknik Tawau ini disertai oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga Kadet Bomba SM Teknik Tawau.
Watchmen... Encik Endran (kiri) dan Encik Jafferyson..
Posted by pahaikan on Friday, November 11, 2011,
In :
Teknik Tawau
Nangis pula si Natasya ni??
Majlis Restu Ilmu Guru untuk calon-calon SPM 2011 berlangsung pada hari ini, yang menyaksikan senario yang sama setiap tahun - para pelajar terutamanya pelajar perempuan menitiskan airmata, mungkin sedih atau mungkin juga terharu...
Beginilah suasananya setiap tahun....
Steady saja pula kalau yang lelaki ni...
Sedih pun ada... Gembira pun ada ya cikgu... Kann mau cuti sudah ni...
Peluk lama sikit...
Apa pun, harapan agar keputusan yang bakal diperolehi pada tahun ini ada... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, November 7, 2011,
In :
Teknik Tawau
Video kenangan Majlis Sambutan Hari Raya Korban 2011 SM Teknik Tawau
Sambutan bermula pada jam 7:30 pagi sementara para guru dan AKS berduyun-duyun datang untuk memeriahkan majlis ini. Tapi tahun ini, jumlah orang yang datang lebih ramai berbanding tahun lepas... Dan, lebih banyak lembu yang tumbang... 5 ekor semuanya...
Atur korang... Ini sapi nombor 2 ka ni??
Har... Tunjuk muscle ka.. Tunjuk banner??
Flat Rindu 1 menjadi tempat pilihan untuk majlis ini...
Posted by pahaikan on Friday, November 4, 2011,
In :
Teknik Tawau
Serius juga itu muka Cikgu Kholik... Hehehe...
Seperti tahun-tahun sebelumnya... Tradisi Majlis Solat Hajat & Penyerahan LAB Tingkatan 5 diteruskan pada tahun ini.. Lebih kurang seminggu sebelum peperiksaan SPM bermula.
Anggota kaunter pendaftaran...
Solat Hajat bermula lebih kurang jam 7:30 pagi selepas melalui kaunter pendaftaran dan semua guru, ibubapa serta pelajar Tingkatan 5 mengerjakan solat bersama-sama di Dewan Tun Ahmad Shah. Selepas itu, ceramah Sesuci Kasih Membawa Kejayaan disampai... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, November 3, 2011,
In :
Teknik Tawau
Sapi yang baru sampai...
Hari Raya Haji atau Hari Raya Kurban yang disambut oleh para penganut agama Islam pada 06/11/2011 pada tahun ini bakal menyaksikan 5 ekor sapi akan dikorbankan di perkarangan Flat Guru Rindu 1, SM Teknik Tawau. Tahun lepas, 4 ekor.. Tahun ini tambah satu. Tidak pasti pula ada kambing atau tiada... Apa pun, semoga majlis ini akan berlangsung dengan baik...
Sapi dibeli daripada Borneo Samudera Sdn Bhd...
Sapi-sapi ni tiba lebih kurang jam 2:00 petang pada 01/11/2011. Lebih...
Posted by pahaikan on Wednesday, November 2, 2011,
In :
Teknik Tawau
Tekunnya membaca... Apa tajuk bukunya tu... SOTON?
Dewan Tun Ahmad Shah SM Teknik Tawau telah menjadi venue kepada kira-kira 800 orang pelajar SM Teknik Tawau yang telah sama-sama menjayakan Program READ 2011: One Nation Reading Together. READ2011 adalah salah satu daripada aktiviti dalam Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) yang bermula sejak 31 Oktober 2011 hingga 4 November 2011 ini. Program ini ialah program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Teknologi Pendidikan) da... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, November 2, 2011,
In :
Teknik Tawau
Memang gembira bila terima anugerah... Encik Saman Hj Ongki menyampaikan hadiah kepada para penerima...
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 berlangsung dengan meriah dengan kehadiran YB Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, ADUN N. 56 APAS yang juga memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO P. 191 Tawau dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Untuk makluman, YB Datuk Haji Tawfiq juga merupakan Bapa Angkat Kurikulum SM Teknik Tawau.