Posted by pahaikan on Tuesday, January 31, 2012,
In :
Vokasional Tawau
Pelajar baru Tingkatan 4 turut memakai pakaian rasmi sekolah menengah vokasional seluruh negara...
MInggu Penjanaan Minda 2012 bagi pelajar Tingkatan 4 bermula hari ini sehingga 03/02/2012. Pelbagai aktiviti telahpun dirancang untuk menjayakan program tahun ini tetapi satu aktiviti tradisi iaitu wajib tinggal di asrama tidak dilakukan pada tahun ini. Mungkinkah kewangan tidak cukup..??
Posted by pahaikan on Monday, January 30, 2012,
In :
Vokasional Tawau
Cikgu Kholik Maming mengumumkan senarai peserta Program ELIT 2012
Para peserta Program Kelas ELIT Voka , Voka 2, ERT 1 & ERT 2 diumumkan hari ini selepas Majlis Perhimpunan Mingguan. Program yang berjalan serentak dalam jadual pembelajaran harian ini, mensasarkan peserta untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5A dalam SPM 2012 nanti...
Pengetua turut sama meraikan para peserta yang berjaya menempah tempat dalam Skuad ELIT ini...
Seramai 60 orang pelajar telah disenaraikan untuk program ini berdas... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Sunday, January 29, 2012,
In :
Free Topics
Lama juga tidak tengok Anugerah Juara Lagu ni... Macam 5.... 6 tahun. Tapi malam ni terpaksa, sebab tiada perlawanan bola sepak BPL. Tahun berganti tahun, rupa-rupanya AJL sudah sampai yang ke-26. Apa pun, memang saya puas hati tengok persembahan juara kali ini... Best... Kalau tengok di You Tube macam kurang pula feel dia... Tapi masa live memang kaw-kaw si Hafiz ni bagi.. Tahniahlah Hafiz... Harap-harap lebih banyak lagu best di masa yang akan datang...
Posted by pahaikan on Sunday, January 22, 2012,
In :
Free Topics
Gambar dari Manchester United Facebook Page...
Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2012... Tema tahun baru kali ini ialah Naga Air dimana Naga dalam mitologi feng shui adalah mahluk yang selalu membawa cahaya kehidupan, membawa chi yang kuat dan sempurna. Ia adalah sumber inspirasi dan kreativiti. Sumber segala kebenaran dan pembawa nasib langit dan menaklukkan nasib. Naga air dipercayai mempunyai dua sifat iaitu kekuatan baik dan kekuatan buruk yang sama kuat.
Posted by pahaikan on Monday, January 16, 2012,
In :
Vokasional Tawau
Antara pelajar yang berjaya mendaftarkan diri pada hari tersebut...
Bilangan pelajar yang mendaftar semasa Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 pada 09/01/2012 yang lepas masih kurang berbanding bilangan yang disasarkan. Mungkin ramai antara pelajar ini menolak tawaran yang diberikan dan menurut maklumat yang saya ada, hanya 200 pelajar sahaja yang telah berjaya mendaftar berbanding 400 yang disasarkan.
Oleh itu, Pendaftaran Tingkatan 4 Ambilan ke-2 bertujuan untuk melengkapkan jumlah tersebut.... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, January 16, 2012,
In :
Vokasional Tawau
Pengetua memberikan taklimat ringkas tentang sekolah kepada para guru baru...
Patah, Tumbuh, Hilang berganti..... Tahun lepas SMV Tawau kehilangan seramai 7 orang guru (termasuk yang dapat pindah semasa cuti sekolah), tapi 09/01/2012 yang lepas pengetua mengumumkan bahawa SM Vokasional Tawau bakal menerima 14 orang guru baru yang kebanyakkannya untuk kursus ERT.
Tiada posing yang menarik ya cikgu...
Antara bagasi yang dibawa ke Tawau...
Yang ini paling besar... Macam tidak mau balik kampung suda...
Posted by pahaikan on Monday, January 16, 2012,
In :
Holy Trinity
Jo Carlyn mendahului perarakan Pesta Santo Nino de Cebu ke Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau
Tit... Tit... Ada SMS... Rupanya dari Geng SOCCOM Photographers Holy Trinity Tawau, Bos Jerome Lim. "SOCCOM Photographers: Tomorrow Santo Nino Celebration... Mass at 11am then to dewan till 3 pm". Begitulah bunyi sms yang sampai. Jadi faham-faham sajalah... Kena bawa kamera pergi gereja untuk event ini. Lagi pun ini untuk koleksi SOCCOM.
Oleh kerana saya kena berada lama di gereja, jadi saya tidak ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, January 11, 2012,
In :
Vokasional Tawau
Sesi yang pertama... Slot Unit Hal Ehwal Murid oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Ahmad Fakhrurazi Hj Hamzah...
Program Re-Orientasi Pelajar Tingkatan 5 ini dibuat khas untuk mengingatkan semula tujuan utama pelajar berada di SM Vokasional Tawau iaitu "Mencapai Kecemerlangan dalam Bidang Kurikulum dan Kokurikulum"...
Semua jabatan mengambil bahagian dalam program ini dan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMV Tawau.
Cikgu Ishak Japar, Ketua Jabatan Bahasa sangat bersemangat ...
Posted by pahaikan on Monday, January 9, 2012,
In :
Vokasional Tawau
Hm... Korang rasa... Cikgu siapa ni?
Tahun lepas, pendaftaran Tingkatan 4 dilakukan pada minggu pertama persekolahan tapi tahun ini dibuat dalam minggu ke-2. Tapi... Lebih cepat lebih baik rasanya... Barulah silibus habis cepat... Kann...
Suasana Dewan Tun Ahmad Shah agak "kosong" berbanding tahun lepas...
Taklimat pengetua bersama ibubapa dan pelajar baru...
Para ibubapa dan pelajar tekun mendengar taklimat daipada pengetua...
Yang dibahagian belakang masih belum mendaftarkann...
Posted by pahaikan on Friday, January 6, 2012,
In :
Vokasional Tawau
Antara gambar iklan yang telah diambil sebelum Cikgu Keegan berpindah...
Tik! Tok! Tik! Tok!... Cuti pun habis... Sekolah pun buka semula... Belum puas bercuti pun... Hari pertama, Taklimat Guru (03/12/2012) berlangsung, dan pengetua menambah luka di hati mereka yang tidak dapat berpindah apabila memaklumkan ada lagi guru yang dapat pindah... (Murah rezeki diaorang ni...)
Gambar terakhir Cikgu Ain yang dapat dirakamkan oleh Pahaikan.com, dua bulan selepas kahwin.. Ya ka?? Hehehe...