Pengetua, Encik Johan Bin Hj Okasa menyampaikan sumbangan berupa tracksuit dan beg kepada Adik Normarshylah Binti Saidi

Syarikat AJ Kontraktor Sdn Bhd, kontraktor pembersihan SM Vokasional Tawau berbesar hati memberikan sumbangan berupa pakaian sukan dan beg kepada para pemenang pingat semasa Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-45 Peringkat MSS Daerah Tawau baru-baru ini.

Pengarah Urusan syarikat ini ketika dihubungi menyatakan bahawa "Ini merupakan sumbangan yang kecil berbanding sumbangan para atlit ini kepada sekolah...". Apa pun... Terima kasih diucapkan kepada Syarikat AJ Kontraktor Sdn Bhd yang sudi memberikan sumbangan bagi menghargai penat lelah dan usaha atlit yang terlibat untuk mengapai pingat buat kontinjen sekolah.


Adik Muhd Din Bin Duin (400m Lari Berpagar, 110m Lari Berpagar)


Adik Mohd Sahfuan Abd Hamid (Lompat tinggi)


Nursuhadah Abd Hamid (PENTHATHLON)


Zuliana Binti Nasarudin (5000m Jalan kaki)


Mariam Binti Yusof (5000m Jalan Kaki)


Mohd Aizzad Bin Abadan (5000m Terbuka)

CATATAN: Macam pahaikan.com pun mau minta sponsor ni...