Emas tengah mahal sekarang ni.. Ini antara barang kemas yang dibeli beberapa tahun sebelumnya pada harga per gram yang berbeza-beza...

Fuh... Sebelum ni, kalau diminta beli emas memang tension juga la... Harijadi la... Valentine day la.. Anniversary la... Itu la.. Ini la.. Apa tidaknya.. Emas kan mahal. Tapi sedar tak sedar... Semua pembelian sebelum ni memang berbaloi.. Kalau ada emas 1 kg, sekarang harganya sudah mencecah RM200,000.00. Kalau dulu, 1 kg cuma dalam RM45,000 (Dalam awal tahun 90-an). Kenaikan lebih kurang 444%. Dan dijangkakan akan terus meningkat sehingga lebih kurang RM250 segram dalam beberapa tahun akan datang.

Sekarang ni, harga emas 999 adalah sekitar RM170 - RM200 segram mengikut harga bank tertentu. Harga di kedai emas memang lain dari harga di bank. Apa pun, sekiranya anda ingin menyimpan duit dalam bentuk yang tidak mudah susut nilai... Hah.. Ini memang cara yang baik. Kalau beli dalam bentuk barang kemas pun lagi bagus... Boleh dipakai... Kann... Cuma harga jualan semula barang kemas akan susut sekitar 20 - 30% (tidak termasuk upah) dan bergantung sepenuhnya kepada keadaan barang kemas tersebut, samada rosak atau bercalar.

Yang paling baru saya beli di kedai emas ialah benda ni (09/10/2011)... Untuk hadiah harijadi isteri. Baru 1.76 gram, tapi harga RM350.00. Harga terpampang di dinding kedai emas, EMAS 916 - RM178/gram. Upah dalam RM40. Mungkin gred emas lebih rendah sebab harga emas yang dicadangkan di http://www.fgjam.org.my lebih mahal (RM189.00). Apa pun, balik kepada tujuan asalnya... SIMPANAN YANG TIDAK MUDAH SUSUT NILAI.


Lapisan putih ialah lapisan saduran perak rasanya...

Kepada yang merancang untuk kahwin dalam 2-3 tahun lagi, bagus beli sekarang... Cincin 5 gram lebih kurang RM1000.00... Cepat-cepat...

Kalau cari emas 999 yang "kosong" (bukan barang kemas), banyak jual di internet, contohnya: Public Gold dan Swiss Gold.

Kalau tidak mau simpan emas di rumah, boleh simpan di bank. Ada dua cara yang biasa, cara gadaian atau simpan dalam bentuk duit. Cara gadaian boleh di buat di Bank Rakyat atau AGRO Bank. Cara simpan dalam bentuk duit ialah simpan di Public Bank, May Bank atau GOLD DEPOSIT ACCOUNT di CIMB Bank. Apa pun, emas merupakan komoditi yang sangat berbaloi untuk disimpan atau diniagakan...

CATATAN: Harga emas tengah turun banding dua bulan lepas.... Ada tempat melombong emas ka di Sabah sekarang?