Bradley Ashton bersedia untuk masuk Male Surgical Ward...

Kerandut buah zakar sebelah kiri besar sedikit berbanding sebelah kanan, dan hasil pemeriksaan doktor pakar sejak bulan Februari & Jun 2011 mengesahkan bahawa Bradley mengalami "kebocoran" pada hernia sac yang menyebabkan cecair berkumpul dalam kawasan buah zakar tersebut.

Oleh kerana doktor pakar yang melawat Hospital Besar Tawau ni hanya turun dalam 3 bulan sekali, jadi bulan ni baru nama Bradley tersenarai untuk menjalani pembedahan Herniotomy.

Teringat pula... Baru seminggu lepas, Bradley menyambut Hari Jadi yang ke- 4 tahun. Hmm... Lepas tu kena bedah pula...


Jangan tunggu lama-lama Bradley... Nanti habis tu lilin.... Tiup..!!


Pembedahan Herniotomy (Hernioplasty) Bradley hanya melibatkan pembetulan bagi kawasan otot bahagian bawah abdomen...

Pembedahan ditetapkan pada 16 Disember 2011, bermula jam 09:00 hingga jam 10:00 pagi. Sekejap saja prosedur dia ni. Kalau mau maklumat lanjut, taip saja herniotomy di dalam google, ada banyak maklumat dengan gambar sekali...


Tidur selama hampir 4 jam akibat kesan bius semasa pembedahan...

Selepas pembedahan (dalam keadaan "pening-pening lalat"), Bradley dihantar semula ke wad dan tidur untuk melayan kesan ubat bius yang telah diberikan. Lepas bangun, terus macam okay... Apa pun, kena bagi rehat dulu dalam 2 hari sebelum balik kampung untuk Hari Krismas...

Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Doktor Pakar, Mr. Raja dan pasukan pembedahan yang terlibat serta para jururawat yang bertugas di Wad Pembedahan Lelaki (Tingkat 5) Hospital Besar Tawau... Kerja dengan senyuman... Peace!!

CATATAN: Syukur kepada Tuhan, semuanya selamat......