Showing category "Unit Beruniform" (Show all posts)
Begini kah??... Takut bah juga ni...
Aktiviti yang dirancang selepas Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau ini direalisasikan pada hari ini apabila 40 orang pelajar berkunjung ke Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau. Aktiviti yang diaturkan oleh Guru Penasihat Kadet Polis SM Teknik Tawau ini disertai oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga Kadet Bomba SM Teknik Tawau. Watchmen... Encik Endran (kiri) dan Encik Jafferyson..Salah masuk tali ka boss??... Nanti ... Continue reading ...
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau (28 - 30/10/2011)
Gambar kenangan selepas majlis perasmian penutupan......
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau 2011 menutup tirai pada hari ini dalam Majlis Perasmian Penutupan yang agak sederhana. Program perkhemahan yang telah berjalan sepanjang 3 hari 2 malam ini diharungi dengan penuh tabah dan disulami dengan beberapa aktiviti yang menarik.Program yang bermula pada 28/10/2011 ini membuka kaunter pendaftaran lebih kurang jam 7:00 pagi. Kelemahan proses komunikasi antara penyelaras (saya la... Continue reading ...
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau 2011
Di sanaa bahh.....
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau akan diadakan pada 28-30/10/2011 ini di Tapak Perkhemahan SM Teknik Tawau yang berada di hujung padang bolasepak. Tapak perkhemahan yang diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Buareng Rahima ini bakal dijadikan tapak tetap untuk mana-mana aktiviti perkhemahan peringkat sekolah. Seperti pada tahun sebelumnya, penyertaan untuk perkhemahan ini adalah tertutup untuk 10 pasukan unit beruniform SM Teknik Tawau dan bakal diserikan d... Continue reading ...
Khemah dan Kanopi Unit Beruniform Sedia Untuk Berkhidmat
Lima bungkusan yang sampai dulu daripada jumlah 8 bungkusan semuanya... Sebanyak 17 buah khemah dan 1 buah kanopi untuk Unit Beruniform SM Teknik Tawau akhirnya tiba selepas mula belayar sejak 20 September lepas. Peralatan perkhemahan yang dibeli ini adalah menggunakan wang sumbangan PIBG, SM Teknik Tawau dengan tag harga lebih kurang RM6500.Tiba dalam pejabat am pada petang Selasa, 06/09/2011, khemah dan kanopi dibuka untuk diperiksa pada hari ini dan saya dibantu oleh para pelajar 4 PKOM. Ta... Continue reading ...
Pemarkahan Unit Kokurikulum Pelajar Tingkatan 5 2011
Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Yahaya IsmailMarkah pelajar Tingkatan 5 untuk pencapaian dalam bidang kokuriklum diberikan pada hari ini merangkumi semua unit dalam kokurikulum iaitu Unit Beruniform, Unit Kelab dan Persatuan dan Unit Sukan dan Permainan. Program yang dikendalikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Yahaya Ismail ini dibantu oleh semua penyelaras unit dan semua guru-guru penasihat yang tidak terlibat dengan aktiviti pelajar tingkatan 4. Cikgu Rosdiana dan Cikgu Wan Shamsuha... Continue reading ...
Perkhemahan Gabungan PPIM SM Teknik Tawau (29-30/04/2011)
Barisan Guru Penasihat PPIM SM Teknik Tawau, Cikgu Kasmah Baharon, Cikgu Heatinorayu Md Nor dan Ustazah AzizahWarna MERAH JAMBU akhirnya mewarnai tapak perkhemahan SM Teknik Tawau apabila Persatuan Puteri Islam Malaysia SM Teknik Tawau berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Gabungan Persatuan Puteri Islam Malaysia Peringkat Daerah Tawau bersama dengan peserta dari SM Konven St Ursula. Perkhemahan yang digelar KEM PUTERI AKTIF ini berlangsung selama dua hari satu malam ini, membariskan beber... Continue reading ...
Pengakap Teknik Tawau Berkhemah Lagi (15-17/04/2011)
Pemandangan tapak khemah dari kawasan flat SM Teknik Tawau Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau berkhemah lagi.... Masih di tempat yang sama iaitu Tapak Perkhemahan SM Teknik Tawau tetapi kali ini, para pelajar Tingkatan 5 dilantik menjadi fasilitator manakala pelajar Tingkatan 4 menjadi peserta perkhemahan. Sunyi, sepi, sejuk dan seram... Hehehe...
Seramai 33 orang peserta terlibat dalam perkhemahan kali ini dan 12 orang fasilitator terlibat bersama dengan 4 orang guru pengakap. Ambil gambar rama... Continue reading ...
Perkhemahan Di SM St Patrick, Tawau (05 - 07/03/2011)
Kain Banting Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Peringkat Daerah Tawau 2011 Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform NGO Peringkat Daerah Tawau yang telah berlangsung selama 3 hari dua malam ini telah diadakan di Padang Serbaguna SM St Patrick Tawau dari 05 hingga 07 Mac 2011 yang lalu. Perkhemahan ini adalah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau dan SM St Patrick Tawau dengan mensasarkan 5 objektif utama iaitu: - Membentuk jati diri dan semangat setia kawan dalam kalangan peserta serta peluang u...
Continue reading ...
Perkhemahan Peringkat Dalaman Unit Pengakap SM Teknik Tawau (26 - 27/02/2011)
Antara pelajar yang mengikuti program perkhemahan iniPerkhemahan Peringkat Dalaman Unit Pengakap SM Teknik Tawau telah berlangsung dengan jayanya pada 26 & 27/02/2011. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti program ini. Antara yang menarik dalam perkhemahan ini ialah kursus orienteering dan ikatan. Dan, kalau tidak silap diaorang ni macam tidak tidur semalaman... Tahlah apa diorang bikin... Pondok urusetia yang telah didirikan khas untuk tapak perkhemahan ini.. Ni khemah perempuan ka lelaki ni... Continue reading ...
Perjumpaan Unit Beruniform Kali Pertama 2011 - 12/02/2011
Unit yang baru ditubuhkan pada tahun ini, Unit Kadet Polis SM Teknik Tawau Perubahan dalam barisan pentadbiran pastinya akan membawa bersama perubahan yang difikirkan sesuai oleh mereka yang diberikan tanggungjawab tersebut. Selaras dengan itu, dibawah pimpinan Penolong Kanan Kokurikulum yang baru, Encik Yahaya Ismail, perjumpaan unit beruniform/sukan & permainan/kelab & persatuan yang sebelum ini dilakukan secara berselang seli pada petang Rabu, kini kembali kepada sistem yang digunakan 7 tah... Continue reading ...
Perhimpunan Mingguan Kendalian Unit Pengakap SM Teknik Tawau - 18/10/2010
Pengetua, Encik Johan Okasa dan barisan pentabiran melangkah masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah sambil menerima tabik hormat daripada barisan ahli pengakap Majlis Perhimpunan Mingguan minggu ini diserikan lagi dengan Perhimpunan Kendalian Unit Beruniform Pengakap. Ini adalah majlis perhimpunan ke-2 yang menggunakan khidmat pasukan unit beruniform sebagai pengendali majlis. Unit Pengakap dibawah guru penasihat Cikgu Zahrina, Cikgu Siti Ain Tahir dan Cikgu Fatmawati telah menerima dengan sukare... Continue reading ...
Kem 1 Pengakap 1 Malaysia (29/07 - 02/08/2010)
Duduk tinggi di menara pintu gerbang UMAS Scout... Tengok apa tu?? Kem 1 Pengakap 1 Malaysia yang telah berlangsung selama 5 hari 4 malam di Kem Kemahiran Pengakap, Tiku telah berakhir pada 02/08/2010 yang lalu. Saya difahamkan bahawa program perkhemahan ini turut meraikan Ulang Tahun ke-80, Pengakap Malaysia Cawangan Sabah. Banner Kem 1 Pengakap 1 Malaysia 2010
Papan tandatangan untuk Kem 1 Pengakap 1 MalaysiaSebelum ini iaitu semasa saya mengikuti JamCab 2010 Nunukan, program perkhemahan ini ... Continue reading ...
Jambore Cabang (JamCab) 2010 Nunukan, Indonesia... 25/06 - 02/07/2010
Gambar kenangan pengakap Malaysia bersama Pramuka IndonesiaPada 25 Jun hingga 2 Julai 2010 yang lepas, Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Tawau) telah menghantar rombongan seramai 124 orang peserta untuk menyertai Jambore Cabang 2010 yang telah berlangsung di Nunukan, Indonesia. SM Teknik Tawau turut menghantar pelajar dan guru untuk jamboree ini. Para peserta dari SM Teknik Tawau... Hati-hati... Nanti terjatuh pula...Bertolak lebih kurang jam 1.15 petang dari pelabuhan Tawau menggunak... Continue reading ...
Perkhemahan KAPA SM Teknik Tawau (01-03/06/2010)
Tahniah kepada guru penasihat dan pelajar yang telah menjayakan perkhemahan ini... Perkhemahan yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah disertai oleh 25 orang pelajar yang terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Tapak perkhemahan ialah di perkarangan padang ERT dihadapan bengkel AKK. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini ialah aktiviti up-sailing dan flying fox yang masing-masing dilakukan diblok Teknikal dan di Padang SM Tek... Continue reading ...
Sambutan Hari Bomba Sedunia Peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Tawau - 26/05/2010
Antara pelajar yang menyertai rombongan ke majlis sambutan ini....Majlis Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat Sedunia Peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Tawau telah berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga jam 3:30 petang pada 27 Mei 2010. Walaupun tidak dihadiri oleh mana-mana orang kenamaan.. Sambutan tetap meriah dan pastinya setiap pengunjung yang datang mempunyai kenangan manis untuk dikongsikan bersama. SM Teknik Tawau turut memeriahkan majlis ini dengan menghantar seramai 20 orang... Continue reading ...
Perkhemahan Pengakap SM Teknik Tawau: Suatu Kebanggaan!! (22-25/04/2010)
Inilah antara pelajar dan guru yang mengikuti program perkhemahan tersebut...Perkhemahan Pengakap Peringkat SM Teknik Tawau 2010 ini dijalankan di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Seramai 25 orang pelajar terlibat bersama-sama dengan 4 guru pengiring iaitu Cikgu Zahrina, Cikgu Ain, Cikgu Arash dan Cikgu Fatmawati. Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau turut dibantu oleh Kumpulan Pengakap Kelana A bersama dengan Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Tawau, Encik Abdul Kahar Bin Abdul Rahim. Dari kanan:... Continue reading ...
Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah, NGO & GO Peringkat Daerah Tawau 2010 Bermula Hari Ini - 12/04/2010
Guru-guru pengiring untuk Perkhemahan Kadet Remaja, NGO & GO Peringkat Daerah Tawau 2010, (Dari kiri) Cikgu Norhayati Hapid dan Cikgu Hillary Lagin. Yang dua lagi, saya dan Edward kurang berkaitan... Hehehe..Perkhemahan KRS, NGO & GO yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini akhirnya bermula pada hari ini. Tapak perkhemahan adalah di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Pihak sekolah menghantar seramai 22 orang pelajar untuk perkhemahan ini bersama dengan 3 guru pengiring iaitu Cikgu Hillary (Ket... Continue reading ...
Pengagihan Seluar Hitam Kepada Pelajar Hari ini - 27/01/2010
Antara pelajar terawal (Kelas 5 RF) mengambil seluar... Seluar hitam baju korporat SM Teknik Tawau mula diagihkan pada hari ini selaras dengan unjuran Penolong Kanan Kokurikulum dalam perhimpunan pada hari Isnin lepas. Seluar hitam ini akan memperlihatkan keseragaman pada tahap yang lebih baik dari sebelum ini. Dengan dibantu oleh 3 orang pelajar, pengagihan bermula pada jam 11.45 pagi sehingga 1.30 petang. Sebanyak 9 kelas telah menerima agihan seluar dan pengagihan untuk baki 7 kelas akan dis... Continue reading ...
Pembatalan Semua Aktiviti Luar Dan Perkhemahan Peringkat Sekolah dan Daerah Tawau
Perhatian kepada semua guru dan pelajar sekitar Tawau, semua aktiviti luar adalah dilarang buat sementara waktu disebabkan penularan wabak influenza A H1N1 yang tidak dapat dikawal. Dinasihatkan agar, sentiasa berada dalam rumah dan elakkan berkumpul beramai-ramai dengan orang yang tidak diketahui tahap kesihatannya. Apa boleh buat la.. tiada aktiviti luar tetapi aktiviti dalaman masih boleh dilakukan seperti biasa... Di bawah ini ialah surat makluman dari PPG Tawau yang diterima oleh Teknik T... Continue reading ...
Corporate Shirt For TeknikTawau Teachers
"Oh!!! Tidak!!!!" That was
among the words coming out from my mouth when I see the corporate shirt
sample brought by Mr Edwin - the supplier. After two and a half month
waiting, the finish prIoduct was quite frustrating. It was a good shirt
but the cloth was too thin and I think its too sexy for the ladies. I
don't think sexy teacher on Wednesday is good for our health!! You'll
gets dizzy at the end of the day because your heart pumps to much blood
to your head.
Well,
I ask a student to try th... Continue reading ...
Pertandingan Kemahiran Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2009
Look at the topic! Hehehe… Actually I don’t know how to translate them in English so I let it in its original state. Sorry for my weaknesses!Well the competition starts at 07:30 a.m where the participants register their teams. Actually I am at my class doing the writing and balancing a chemical equations topic in 4PKE2 class. I can see them through the windows. While waiting for the other teams to arrive, the technical staffs still setting up some equipment for the Majlis Penutupan Pera... Continue reading ...
|
Pahaikan.com is best viewed in 1024 x 768 resolution or higher.
Charity event closed!! Thank you very much!!
Go ahead! Grab Pahaikan's button and paste it onto your website!
|