Puma_English_Banner_120x240_10_19_06



Showing category "Vokasional Tawau" (Show all posts)

Program Sehari Advokasi PERKESO Dengan Kerjasama NIOSH & SM Vokasional Tawau - 08/05/2012

Posted by pahaikan on Thursday, May 10, 2012, In : Vokasional Tawau 


Gambar kenangan sebelum program di Dewan Tun Ahmad Shah bermula....

Program Sehari Advokasi Perkeso dengan kerjasama NIOSH dan Sekolah Menengah Vokasional Tawau ini telah berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah semalam. Program ini telah dirasmikan oleh Yg Bhg. Tan Sri Lee Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Puan Hajah Mariam Haji Hasan dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (J...
Continue reading ...
 

Lawatan Penandaarasan 5S dari SM Vokasional Beaufort

Posted by pahaikan on Friday, April 27, 2012, In : Vokasional Tawau 


Promosi 5S... Adik Eppy Emil bersama Adik Jonathan dari SM Vokasional Beaufort...

Selepas lawatan SM Vokasional Lahad Datu, giliran SM Vokasional Beaufort pula membuat lawatan penandaarasan 5S di SM Vokasional Tawau. Rombongan yang dianggotai oleh 5 orang guru dan 30 pelajar ini tiba semalam dan menginap di asrama SM Vokasional Tawau selama 2 hari untuk melaksanakan semua program yang telah dirancang.


Cikgu Azman bersama Cikgu Khairul dan Cikgu Neville...


Sesi soal jawab yang dikendalikan oleh C...

Continue reading ...
 

Datuk Mary Yap Kain Ching: Antara Calon Penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012

Posted by pahaikan on Wednesday, April 25, 2012, In : Vokasional Tawau 


Bergambar dengan para "otai" sekolah...

Tengok dari jauh macam kenal... Memang betul la... Datuk Mary Yap datang ke sekolah... Oleh kerana kamera sudah tergantung di dada, gambar tetap diambil.

Rupa-rupanya, Datuk Mary Yap terlibat dengan sesi fotografi dan videografi untuk pencalonan Anugerah Tokoh Guru untuk Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Tahniah datuk!!!...


Mengenang kembali sejarah lama bersama pegawai dari BTP..


Wah... Yang ini pun masih ada ya...


Masih macam yang dulu...

Sesi fotograf...
Continue reading ...
 

Lawatan Penandarasan 5S dari SM Vokasional Lahad Datu

Posted by pahaikan on Wednesday, April 25, 2012, In : Vokasional Tawau 


Bersalam-salaman dengan pelawat...

SM Vokasional Lahad Datu menghantar rombongan seramai 80 orang guru dan pelajar untuk lawatan penandaarasan 5S ke SM Vokasional Tawau. Rombongan ini diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Thien.

Rombongan yang dijangka tiba pada jam 10:00 pagi ini, terlewat selama dua jam apabila terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan terpaksa akur dengan ketentuan alam apabila hujan turun dipertengahan jalan.

Rombongan ini disambut dengan bunga manggar dan palu...
Continue reading ...
 

Prestasi Mengejutkan Skuad VokTek SM Vokasional Tawau 2012 di Lahad Datu...

Posted by pahaikan on Friday, April 20, 2012, In : Vokasional Tawau 


Keputusan keseluruhan Pertandingan Karnival VokTek 2012...

Cuba korang tengok keputusan keseluruhan diatas ni... SM Vokasional Tawau berada pada tangga ke-7 keseluruhan (daripada 8 sekolah) dengan hanya memungut 8 mata melalui Pasukan Sepak Takraw (Naib Johan) dan Pasukan Ragbi (Tempat Ke-3). Pasukan yang lain nampaknya tidak berjaya memberikan saingan.

Berdasarkan kepada prestasi beberapa tahun sebelum ini, keputusan kali ini merupakan keputusan yang paling teruk pernah dicatat, memandangkan S...
Continue reading ...
 

Majlis Konvokesyen Graduan SPM Kali Ke-12, SM Vokasional Tawau - 15/04/2012

Posted by pahaikan on Monday, April 16, 2012, In : Vokasional Tawau 


Sesi fotografi para graduan mengikut kursus dengan para tetamu jemputan, penolong kanan dan ketua-ketua bidang...

Majlis Konvokesyen SM Vokasional Tawau Kali Ke-12 berlangsung dengan suasana meriah semalam dengan mencipta beberapa sejarah tersendiri, khasnya untuk majlis ini sendiri.  Majlis ini bermula lebih kurang jam 7:30 pagi dan majlis perasmian dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Puan Hajah Saliha Bt Haji Tahir, Yang Dipertua Alumni SM Vokasional Tawau. Pengetua SM Vokasional Tawau,...
Continue reading ...
 

Raptai Konvokesyen SM Vokasional Tawau Kali Ke-12, 2012

Posted by pahaikan on Thursday, April 12, 2012, In : Vokasional Tawau 


Antara bekas pelajar Kursus Seni Kecantikan yang mengesahkan kehadiran ke Majlis Konvokesyen SMV Tawau Kali ke-12

Majlis tahunan, Majlis Konvokesyen diteruskan pada tahun ini yang masuk ke siri yang ke-12 dan mungkin yang ke-2 terakhir sebelum SM Vokasional Tawau berubah kepada Kolej Vokasional sepenuhnya pada tahun 2014. Majlis yan dijadualkan berlangsung pada 14 April ini terpaksa ditunda ke 15 April 2012 akibat pertindihan penggunaan dewan dengan PPD Tawau.


Cikgu Hatta memberikan taklimat me...

Continue reading ...
 

Karnival VOKTEK 2012: Barisan Peserta Diperkenalkan

Posted by pahaikan on Monday, April 9, 2012, In : Vokasional Tawau 


Adik Muhd Yusuf, Ketua Kontinjen bagi Pasukan VOKTEK SMV Tawau 2012 menerima Bendera Sekolah yang turut membawa bersama harapan sekolah untuk melihat kejayaan yang bakal dicapai nanti...

Barisan peserta untuk Karnival VOKTEK 2012 diperkenalkan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada hari ini untuk memberikan peluang kepada para guru dan pelajar mengenali para pelajar yang bakal mengalas tanggungjawab membawa nama sekolah ke pertandingan tersebut.


Cikgu Mohd Nizam Osman mengumumkan dan menjemput...

Continue reading ...
 

Audit Pensijilan 5S: Misi Tercapai!!!

Posted by pahaikan on Thursday, April 5, 2012, In : Vokasional Tawau 


Bunga manggar tersusun menanti ketibaan pegawai dari MPC...

Dahi berkerut, peluh meleleh... Memang panas juga masa ni... Tapi demi menjalankan tanggungjawab... Semua perkara remeh temeh diketepikan. Inilah antara perasaan para guru dan pelajar semasa menunggu ketibaan Pegawai Penilai 5S, Encik Zaki Jaafar dari MPC, Petaling Jaya.

Encik Zaki Jaafar merupakan salah seorang daripada pegawai penilai 5S dari MPC yang berpengalaman dan mula berkhidmat dengan perbadanan ini sejak 1993 lagi.


Encik Zaki...

Continue reading ...
 

Majlis Pelancaran Kor Kadet Polis SM Vokasional Tawau dan Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-42 (31/03/2012)

Posted by pahaikan on Saturday, March 31, 2012, In : Vokasional Tawau 

Superintenden Keong Ho Eng memeriksa Barisan Kawalan Kehormat Bersenjata Gabungan Unit Beruniform Kor Kadet Polis Daerah Tawau...

Majlis Pelancaran Kor Kadet Polis SM Vokasional Tawau dan Sambutan Ulang Tahun Ke-42 Kor Kadet Polis Malaysia Peringkat Daerah Tawau telah disempurnakan hari ini oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Keong Ho Eng.

Majlis yang disertai oleh lebih kurang 500 orang termasuk kadet polis dan tetamu undangan ini dipersembahkan dengan Perbarisan Kawalan Keh...
Continue reading ...
 

Pra Audit Pensijilan 5S: SM Vokasional Tawau Berada Di Landasan Tepat!!

Posted by pahaikan on Wednesday, March 28, 2012, In : Vokasional Tawau 


Encik Edward Binti di iringi oleh Pengetua, Encik Johan Hj Okasa ke Bilik BMG 1...

SM Vokasional Tawau menerima kunjungan dari Pegawai MPC, Encik Edward Binti [Malaysian Productivity Corporation: http://www.mpc.gov.my/home/index.php] untuk tujuan Pra Audit bagi Pensijilan 5S.

SM Vokasional Tawau yang bakal diaudit pada 05/04/2012 nanti, kini sedang dalam persediaan ke arah memperolehi markah purata 75% ke atas untuk ditauliahkan sijil tersebut. 5 zon utama masing-masing telah memerah tenaga gu...
Continue reading ...
 

Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran KAPA Daerah Tawau 2012: SM Vokasional Tawau Juara Keseluruhan!!

Posted by pahaikan on Tuesday, March 27, 2012, In : Vokasional Tawau 


Ketua Platun, Mohd Syamsul Nazri menerima Piala Johan Keseluruhan daripada Pengetua, Encik Johan Hj Okasa

Penat lelah selama lebih kurang satu bulan dijelmakan kepada keputusan yang cemerlang hari ini, apabila SM Vokasional Tawau merangkul 7 kategori daripada 8 yang dipertandingkan untuk ditabalkan sebagai johan keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Daerah Tawau 2012. Kategori yang tidak dimenangi ialah Kategori Menyelamat Perempuan yang ungguli oleh...
Continue reading ...
 

Pertandingan Bolasepak Bawah 18 Tahun 2012: SM Vokasional Tawau Tersingkir Di Suku Akhir

Posted by pahaikan on Saturday, March 24, 2012, In : Vokasional Tawau 


Qayyum mencipta 1 gol dan menjaring 1 gol dalam perlawanan menentang SMK Umas-umas. SM Vokasional Tawau menang dengan jaringan 4-0...

Akibat keadaan padang dan kelemahan yang ketara di bahagian tengah, SM Vokasional Tawau terpaksa akur dengan keputusan 2-3 di suku akhir, apabila ditewaskan oleh Pasukan SMK Kabota.

SM Vokasional Tawau berpeluang untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila memperolehi tendangan penalti pada minit-minit akhir perlawanan, namun penjaga gol lawan berjaya me...
Continue reading ...
 

Keputusan SPM 2011 Keluar Hari Ini - 21/03/2012

Posted by pahaikan on Wednesday, March 21, 2012, In : Vokasional Tawau 


Cikgu Naizuwan memberikan tips untuk melanjutkan pelajaran berdasarkan keputusan pelajar..

Keputusan SPM diumumkan hari ini..... Sememangnya, suatu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar SPM 2011.

Seperti kebiasaannya, keputusan SPM hanya boleh diambil selepas jam 2:00 petang dan yang pasti tidak semua pelajar akan dapat mengambil keputusan mereka pada hari ini.


Guru-guru yang turut gembira dengan pencapaian pelajar mereka kali ini. Dari kiri: Cikgu Rahimah, Cikgu Nordayana, Cikgu Nurliza dan ...

Continue reading ...
 

Larian Merentas Desa SM Vokasional 2012 - 09/03/2012

Posted by pahaikan on Friday, March 9, 2012, In : Vokasional Tawau 


Cikgu Shaharudin menjadi penjaga lalulintas untuk program kali ini...

Larian Merentas Desa SM Vokasional Tawau 2012 berlangsung dengan penuh semangat kesukanan pada pagi hari ini dengan 8 buah rumah sukan menurunkan semua ahli rumah sukan mereka untuk merebut mata tertinggi sebagai bekalan di hari Sukan Tara nanti...


Hah... Belum lari lagi ni...

Larian kali ini menyaksikan trek baru yang lebih pendek dari tahun-tahun sebelumnya iaitu dari SM Vokasional Tawau ke Kompleks Sukan Tawau dan berakhir ...
Continue reading ...
 

Ceramah Jenayah Juvana oleh IPD Tawau - 08/03/2012

Posted by pahaikan on Thursday, March 8, 2012, In : Vokasional Tawau 


Inspektor Mathew menyampaikan ceramah pada kali ini....

Ceramah Jenayah Juvana ini adalah anjuran bersama Kelab Pencegahan Jenayah dan Unit Beruniform Kadet Polis SM Vokasional Tawau. Ceramah ini dikendalikan oleh Inspektor Mathew dari Unit Jenayah IPD Tawau.

Sememangnya jenayah juvana semakin menjadi-jadi sekarang ini dan bukan sahaja remaja belasan tahun yang terlibat, malah yang baru 9 tahun pun ada...


Macam penyanyi pula kalau macam ni...


Pandangan dari sebelah kawasan pelajar lelaki...


Panda...

Continue reading ...
 

Lawatan Dinas Pendidikan KALTIM Ke SM Vokasional Tawau - 05/03/2012

Posted by pahaikan on Tuesday, March 6, 2012, In : Vokasional Tawau 


Pengetua, Encik Johan Bin Okasa bersama ketua rombongan, Pak Karno...

Lawatan Dinas Pendidikan KALTIM (Singkatan Kalimantan Timur) ke SM Vokasional Tawau ini adalah lawatan siri pertama (3 - 7 Mac) pada tahun ini yang akan disusuli oleh rombongan ke-2 pada 17 - 22 Mac nanti.

SM Vokasional Tawau yang menjadi salah satu tempat persinggahan rombongan ini adalah untuk memenuhi tujuan dan objektif lawatan iaitu SOSEK (Singkatan Sosial dan Ekonomi). Beberapa buah sekolah lain turut dilawati oleh romb...
Continue reading ...
 

Gotong Royong 5S Kali Ke-2 - 03/03/2012

Posted by pahaikan on Sunday, March 4, 2012, In : Vokasional Tawau 

Cikgu Ali selaku Ketua Jawatankuasa Promosi memberikan taklimat ringkas sebelum Program Gotong Royong bermula...

Gotong Royong 5S diadakan buat kali ke-2 semalam, setelah dapatan pihak BPA menunjukkan bahawa SM Vokasional Tawau belum berada pada tahap terbaik untuk menghadapi penilaian bagi pensijilan 5S. Semua zon yang terlibat digerakkan dengan bantuan tenaga pelajar dan harapan pada kali ini ialah sekurang-kurangnya 70%. Oleh kerana, cuti 1 minggu akan menjelang tiba, tidak banyak waktu yan...
Continue reading ...
 

Friendly Match: SM Vokasional Tawau VS SMK St Patrick Tawau - 29/02/2012

Posted by pahaikan on Wednesday, February 29, 2012, In : Vokasional Tawau 


Barisan pemain dan jurulatih Skuad Bawah 18 Tahun SM Vokasional Tawau

Selepas membenamkan SM Islamiah di "The Green" SM Vokasional Tawau dengan jaringan 6-2 dalam siri perlawanan persahabatan yang ke-3, skuad Bawah 18 tahun SM Vokasional Tawau bertandang ke padang SM St Patrick untuk meneruskan rentak kemenangan.

Menurut Jurulatih Utama pasukan ini, Cikgu Mohd Harun Salimbangun, dia belum lagi berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya walaupun telah berjaya merekodkan 3 kemenangan dala...
Continue reading ...
 

Pemantauan Proses 5S Oleh Pegawai BPA (29/02 - 02/03/2012)

Posted by pahaikan on Wednesday, February 29, 2012, In : Vokasional Tawau 


Para pemantau proses 5S, dari kiri: Encik Rashid, Encik Rizuan dan Encik Fazli

Pihak BPTV bakal meneruskan misi mencapai KPI pada tahun ini iaitu mendapatkan pensijilan 5S bagi semua Sekolah Menengah Vokasional sebelum beralih kepada Kolej Vokasional sepenuhnya menjelang 2014. Dan, untuk tujuan itu, beberapa pegawai dari Bahagian Pengurusan Aset (BPA) dihantar ke sekolah-sekolah terlibat untuk meninjau dan memperbaiki kelemahan dalam proses 5S yang sedang dijalankan.

Di SM Vokasional Tawau, tin...

Continue reading ...
 

Atlit Kejohanan Balapan & Padang Menerima Sumbangan dari AJ Kontraktor - 27/02/2012

Posted by pahaikan on Tuesday, February 28, 2012, In : Vokasional Tawau 


Pengetua, Encik Johan Bin Hj Okasa menyampaikan sumbangan berupa tracksuit dan beg kepada Adik Normarshylah Binti Saidi

Syarikat AJ Kontraktor Sdn Bhd, kontraktor pembersihan SM Vokasional Tawau berbesar hati memberikan sumbangan berupa pakaian sukan dan beg kepada para pemenang pingat semasa Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-45 Peringkat MSS Daerah Tawau baru-baru ini.

Pengarah Urusan syarikat ini ketika dihubungi menyatakan bahawa "Ini merupakan sumbangan yang kecil berbanding sumbangan par...

Continue reading ...
 

Guru Baru Lagi....

Posted by pahaikan on Thursday, February 23, 2012, In : Vokasional Tawau 


Geng Panitia Bahasa Ingeris yang baru, Cikgu Sharmyn Lim Sinnadurai

Ya... Guru baru lagi... SM Vokasional Tawau ni macam belum habis terima guru baru... Yang terkini ialah Cikgu Sharmyn Lim Sinnadurai yang akan mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Macam tau-tau pula ada guru bahasa Inggeris yang pindah... Belum sempat pun bercerita dengan cikgu baru ni... Apa pun, selamat datang dan semoga berkhidmat lama di SM Vokasional Tawau...


Continue reading ...
 

Ceramah Kesedaran Kanser Oleh MAKNA - 21/02/2012

Posted by pahaikan on Tuesday, February 21, 2012, In : Vokasional Tawau 


Pengacara majlis, Miftahul Jannah dari 5 PKom...

Unit Kesihatan SM Vokasional Tawau memulakan kempen kesihatan 2012 dengan Ceramah Kesedaran Kanser oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Menurut Cikgu Zubir Abdullah (Penyelaras Unit Kesihatan), ceramah ini telah dirancang sejak awal tahun dan kali ini SM Vokasional Tawau agak bertuah untuk menjadi tempat persinggahan pasukan penceramah MAKNA.



Pasukan penceramah MAKNA ini diketuai oleh Puan Fadzilah Binti Wan atau lebih mesra dipanggil Mama Gie. B...
Continue reading ...
 

Atlit Yang Berjaya Menyumbangkan Pingat Diraikan

Posted by pahaikan on Monday, February 20, 2012, In : Vokasional Tawau 

"Kita boleh berbangga dengan pencapaian ini..." Antara ucapan semangat dari Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Yahaya Ismail..

Kejayaan atlit semasa Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-45 MSS Daerah Tawau 2012 diraikan hari ini di dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah. Seperti yang telah dmasukkan dalam entri sebelum ini, SM Vokasional telah berjaya mendapat 1 emas, 2 perak dan 8 gangsa. Berikut adalah senarai penyumbang pingat dalam kejohanan tersebut.

---------------------------------------...

Continue reading ...
 

Program Ke Puncak Jaya Bersama Rosyam Nor

Posted by pahaikan on Sunday, February 19, 2012, In : Vokasional Tawau 


Rosyam Nor bersama barisan Jawatankuasa Induk Alumni SM Vokasional Tawau menunjukkan isyarat "GOOD" sebagai tanda kepuasan...

Program Ke Puncak Jaya Bersama Rosyam Nor di SM Vokasional Tawau telah berlangsung dalam keadaan yang meriah dan terkawal semalam. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Gaphur Hj Salleh, Ahli Parlimen P. 161 Kalabakan yang merangkap Ketua UMNO Bahagian Kalabakan. Program anjuran ALUMNI SM Vokasional Tawau ini turut mendapat liputan pihak media tapi...
Continue reading ...
 

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat MSS Daerah Tawau Kali ke-45 2012

Posted by pahaikan on Sunday, February 19, 2012, In : Vokasional Tawau 


Cuba teka siapa juara Kejohanan Balapan & Padang MSS Daerah Tawau 2012...

Kejohanan Balapan & Padang Peringkat MSS Daerah Tawau 2012 berakhir petang kelmarin dengan SM Vokasional Tawau memperbaiki kedudukan keseluruhan dari tempat ke 15 (2011) ke tempat ke-10. Pencapaian 1 emas, 2 perak dan 8 gangsa dalam kejohanan kali ini merupakan pencapaian terbaik SM Vokasional Tawau dalam 5 tahun kebelakangan ini.

Kejohanan yang bermula sejak 14/02/2012 ini menampilkan 6 Zon sekolah rendah dan 24 buah sek...
Continue reading ...
 

Mesyuarat Jawatankuasa Alumni SM Vokasional Tawau Kali Ke-2

Posted by pahaikan on Monday, February 13, 2012, In : Vokasional Tawau 


Barisan Jawatankuasa Tertinggi Alumni SM Vokasional Tawau...

Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk mengambil gambar Mesyuarat Jawatankuasa Alumni SMV Tawau ni... Sebab saya langsung tidak terlibat. Tapi, bila Cikgu Azman Mansur minta tolong ambil gambar... Ambil saja lah...

Tapi... Ada "benda" yang best sebenarnya... Pasal artis.. Hehehe... Masa perhimpunan pagi, Cikgu Ahmad Fakhrurazi ada menyebut tentang Ceramah Motivasi oleh Rosyam Nor.. Ya.. Rosyam Nor yang pelakun tu... Tahun lalu, An...
Continue reading ...
 

Cikgu Hasni Dapat Pindah...

Posted by pahaikan on Monday, February 13, 2012, In : Vokasional Tawau 


Ucapan terakhir di pentas Majlis Perhimpunan Mingguan pada 13/02/2012...

Berita pindah lagii...
Rupanya dalam diam, memang berusaha bersungguh-sungguh Cikgu Hasni ni mau pindah... Apa pun, tahniah... Sebab dapat pindah untuk lebih dekat dengan suami tercinta... Ehem... Tapi yang jelas, memang sedih juga berpisah dengan sekolah tempat posting yang pertama...

Empunya nama, Che Hasnisyahida Binti Che Hassan sudahpun berkhidmat di SM Vokasional Tawau lebih kurang 3 tahun ++, iaitu sejak tahun 2009 ...
Continue reading ...
 

Program Gotong Royong 5S: Fasa SISIH & SUSUN - 11/02/2012

Posted by pahaikan on Sunday, February 12, 2012, In : Vokasional Tawau 

Tag Hijau, Kuning dan Merah...

Program 5S SM Vokasional Tawau telahpun bermula sejak 07/02/2012, sejurus selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh pengetua, Encik Johan Okasa. Setelah aktiviti seperti Ceramah Kesedaran 5S & Bengkel 5S dijalankan, tibalah pula fasa pertama dan ke-2 yang dijalankan secara gotong royong dan saya rasa proses ini akan diteruskan sehingga ke minggu depan.

Perjalanan saya pada hari ini merangkumi kelas dan bengkel bagi Blok Vokasional dan sedikit di Blok ERT. ...
Continue reading ...
 

Majlis Pelancaran Program 5S SM Vokasional Tawau - 07/02/2012

Posted by pahaikan on Tuesday, February 7, 2012, In : Vokasional Tawau 


Ucapan perasmian dari pengetua...

Majlis Pelancaran Program 5S SM Vokasional Tawau
yang dijalankan dengan perhimpunan pada hari ini. Pelancaran program ini adalah tanda bermulanya proses implementasi program ini ke dalam sistem pengurusan sekolah. Program 5S yang cuba diperkenalkan ini bertujuan untuk melicinkan pengurusan sekolah dan ianya adalah hasil daripada Taklimat 5S di SM Teknik Likas dan Lawatan Penandarasan di SMV Keningau oleh guru-guru yang telah dilantik.


Back drop untuk majlis ini...

Continue reading ...
 

Majlis Penutupan Minggu Penjanaan Minda 2012

Posted by pahaikan on Friday, February 3, 2012, In : Vokasional Tawau 

Ucapan perasmian penutupan daripada Pengetua, Encik Johan Okasa...

Minggu Pejanaan Minda 2012 SM Vokasional Tawau ditutup dengan rasminya pada hari ini oleh Pengetua, Encik Johan Okasa.

Majlis bermula sekitar jam 10:00 pagi dan dihadiri oleh semua guru yang tidak mempunyai aktiviti p&p.


Macam semua guru baru ni?!!#$?


Uwah... Cikgu Bakri (Bakal)... Concentrate ka ni.. ??

Minggu yang semestinya menjadi cabaran awal bagi pelajar Tingkatan 4 yang menempah nama sebagai pelajar SM Vokasional Tawau. Dan,...
Continue reading ...
 

Minggu Penjanaan Minda 2012

Posted by pahaikan on Tuesday, January 31, 2012, In : Vokasional Tawau 

Pelajar baru Tingkatan 4 turut memakai pakaian rasmi sekolah menengah vokasional seluruh negara...

MInggu Penjanaan Minda 2012 bagi pelajar Tingkatan 4 bermula hari ini sehingga 03/02/2012. Pelbagai aktiviti telahpun dirancang untuk menjayakan program tahun ini tetapi satu aktiviti tradisi iaitu wajib tinggal di asrama tidak dilakukan pada tahun ini. Mungkinkah kewangan tidak cukup..??


Aktiviti pertama yang dilakukan... Senaman...


Pas tu... Tulis TAG NAMA...


Ini mau bertiarap ka?


Tapi ada juga yan...

Continue reading ...
 

Peserta Program Kelas ELIT Voka 1, Voka 2, ERT 1 & ERT 2 Diumumkan Hari Ini...

Posted by pahaikan on Monday, January 30, 2012, In : Vokasional Tawau 

Cikgu Kholik Maming mengumumkan senarai peserta Program ELIT 2012

Para peserta Program Kelas ELIT Voka , Voka 2, ERT 1 & ERT 2 diumumkan hari ini selepas Majlis Perhimpunan Mingguan. Program yang berjalan serentak dalam jadual pembelajaran harian ini, mensasarkan peserta untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5A dalam SPM 2012 nanti...


Pengetua turut sama meraikan para peserta yang berjaya menempah tempat dalam Skuad ELIT ini...

Seramai 60 orang pelajar telah disenaraikan untuk program ini berdas...
Continue reading ...
 

Pendaftaran Tingkatan 4 Ambilan Ke-2 2012 - 16/01/2012

Posted by pahaikan on Monday, January 16, 2012, In : Vokasional Tawau 


Antara pelajar yang berjaya mendaftarkan diri pada hari tersebut...

Bilangan pelajar yang mendaftar semasa Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 pada 09/01/2012 yang lepas masih kurang berbanding bilangan yang disasarkan. Mungkin ramai antara pelajar ini menolak tawaran yang diberikan dan menurut maklumat yang saya ada, hanya 200 pelajar sahaja yang telah berjaya mendaftar berbanding 400 yang disasarkan.

Oleh itu, Pendaftaran Tingkatan 4 Ambilan ke-2 bertujuan untuk melengkapkan jumlah tersebut....
Continue reading ...
 

Guru Baru Januari 2012 - 16/01/2012

Posted by pahaikan on Monday, January 16, 2012, In : Vokasional Tawau 


Pengetua memberikan taklimat ringkas tentang sekolah kepada para guru baru...

Patah, Tumbuh, Hilang berganti..... Tahun lepas SMV Tawau kehilangan seramai 7 orang guru (termasuk yang dapat pindah semasa cuti sekolah), tapi 09/01/2012 yang lepas pengetua mengumumkan bahawa SM Vokasional Tawau bakal menerima 14 orang guru baru yang kebanyakkannya untuk kursus ERT.


Tiada posing yang menarik ya cikgu...


Antara bagasi yang dibawa ke Tawau...


Yang ini paling besar... Macam tidak mau balik kampung suda...

Continue reading ...
 

Program Re-Orientasi Pelajar Tingkatan 5 - 11/01/2012

Posted by pahaikan on Wednesday, January 11, 2012, In : Vokasional Tawau 


Sesi yang pertama... Slot Unit Hal Ehwal Murid oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Ahmad Fakhrurazi Hj Hamzah...

Program Re-Orientasi Pelajar Tingkatan 5 ini dibuat khas untuk mengingatkan semula tujuan utama pelajar berada di SM Vokasional Tawau iaitu "Mencapai Kecemerlangan dalam Bidang Kurikulum dan Kokurikulum"...

Semua jabatan mengambil bahagian dalam program ini dan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMV Tawau.


Cikgu Ishak Japar, Ketua Jabatan Bahasa sangat bersemangat ...

Continue reading ...
 

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 SM Vokasional Tawau 2012 - 09/01/2012

Posted by pahaikan on Monday, January 9, 2012, In : Vokasional Tawau 


Hm... Korang rasa... Cikgu siapa ni?

Tahun lepas, pendaftaran Tingkatan 4 dilakukan pada minggu pertama persekolahan tapi tahun ini dibuat dalam minggu ke-2. Tapi... Lebih cepat lebih baik rasanya... Barulah silibus habis cepat... Kann...


Suasana Dewan Tun Ahmad Shah agak "kosong" berbanding tahun lepas...


Taklimat pengetua bersama ibubapa dan pelajar baru...


Para ibubapa dan pelajar tekun mendengar taklimat daipada pengetua...


Yang dibahagian belakang masih belum mendaftarkann...

Apa pun, pendaft...
Continue reading ...
 

Ada Lagi Cikgu Pindah Januari 2012...

Posted by pahaikan on Friday, January 6, 2012, In : Vokasional Tawau 

Antara gambar iklan yang telah diambil sebelum Cikgu Keegan berpindah...

Tik! Tok! Tik! Tok!... Cuti pun habis... Sekolah pun buka semula... Belum puas bercuti pun... Hari pertama, Taklimat Guru (03/12/2012) berlangsung, dan pengetua menambah luka di hati mereka yang tidak dapat berpindah apabila memaklumkan ada lagi guru yang dapat pindah... (Murah rezeki diaorang ni...)


Gambar terakhir Cikgu Ain yang dapat dirakamkan oleh Pahaikan.com, dua bulan selepas kahwin.. Ya ka?? Hehehe...

Tahniah kepad...
Continue reading ...
 
 
Pahaikan.com is best viewed in 1024 x 768 resolution or higher. 




Related Posts with Thumbnails

















Pahaikan's Crest

Another Pahaikan's Landing Zone To Put Out Pictures, Photo & Text!!!!!!

 
Charity event closed!! Thank you very much!!





How many stars do you give to the 2009 Teacher's Day Theme song?
1
2
3
4
5
View Results
Free Myspace Poll
























Go ahead! Grab Pahaikan's button and paste it onto your website!



Add to The Free Dictionary








Pahaikan's Crest

Another Pahaikan's Landing Zone To Put Out Pictures, Photo & Text!!!!!!

 


Recent Comments

Powered by Disqus











 
Make a Free Website with Yola.