Ucapan terakhir di pentas Majlis Perhimpunan Mingguan pada 13/02/2012...

Berita pindah lagii...
Rupanya dalam diam, memang berusaha bersungguh-sungguh Cikgu Hasni ni mau pindah... Apa pun, tahniah... Sebab dapat pindah untuk lebih dekat dengan suami tercinta... Ehem... Tapi yang jelas, memang sedih juga berpisah dengan sekolah tempat posting yang pertama...

Empunya nama, Che Hasnisyahida Binti Che Hassan sudahpun berkhidmat di SM Vokasional Tawau lebih kurang 3 tahun ++, iaitu sejak tahun 2009 (rasanyalah...).  Oh ya... Lupa pula. Cikgu Hasni akan berpindah ke SM Vokasional Beaufort yang juga dikenali dengan nama baru Kolej Vokasional Beaufort. Kira jadi pensyarah la kalau sudah masuk kolej kann...


Sedih....


Tetapi tetap bersemangat...

Untuk menambah kesedihan mana-mana guru yang bakal berpindah di SM Vokasional Tawau, macam biasa... Di bagi peluang untuk memberikan ucapan perpisahan di dalam majlis perhimpunan. Budak-budak pun layan nangis juga... Adeii... Sedih la.. Apa pun keadaannya, pahaikan.com mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang di sekolah yang baru. Dan, tidak lupa juga.. Terima kasih untuk semua jasa baik dan usaha yang telah dicurahkan kepada sekolah dan seluruh warga sekolah, tidak kira yang sudah berpindah atau masih berada di SM Vokasional Tawau...


Nasib baik ada tisu... Apa pun, misi yang penuh keberanian ini berjaya ditempuhi...

Kepada yang ingin mengucapkan selamat jalan ka selamat maju jaya ka... Bolehlah menjenguk ke Bilik Guru sebab minggu ni minggu last Cikgu Hasni berada di SM Vokasional Tawau... Caiyooo....

CATATAN: Bulan April... Cepatlah ko sampai... Hehehehe...