Pengetua memberikan taklimat ringkas tentang sekolah kepada para guru baru...

Patah, Tumbuh, Hilang berganti..... Tahun lepas SMV Tawau kehilangan seramai 7 orang guru (termasuk yang dapat pindah semasa cuti sekolah), tapi 09/01/2012 yang lepas pengetua mengumumkan bahawa SM Vokasional Tawau bakal menerima 14 orang guru baru yang kebanyakkannya untuk kursus ERT.


Tiada posing yang menarik ya cikgu...


Antara bagasi yang dibawa ke Tawau...


Yang ini paling besar... Macam tidak mau balik kampung sudah ni... Hehehehe...

13 daripada guru baru yang disebutkan telahpun tiba hari ini (16/02/2012), ada yang sampai jam 8:30 pagi dan ada juga yang sampai jam 1:00 petang.


Sempat promosi Pahaikan.com lagi bah Cikgu Azman ni... Terima kasih!!

Inilah senarai nama guru baru yang menyertai warga SM Vokasional Tawau untuk bulan Januari 2012.

Siti Muthia Bt Mohamad (Pahang)
Suzana Bt. Mohd Hasbi (Johor)
Nur Hidayah Bt. Mohd Johari (Kelantan)
Siti Norlis Bt. Sahadi (Terengganu)
Norfazilah Bt. Selamat (Selangor)
Rokiah Bt. Hashim (Selangor)
Abdul Rahman Bin Ramlan (Pahang)
Mohd Fadzir Bin Mohd Rajat (Negeri Sembilan)
Lawrensia Allviannus (Sipitang)
Marklin Muilin (Keningau)
Dewi Noraini Bt. Abd. Wahab (Penampang)
Adline Edwina Joseph (Kota Belud)
Nurul Diyana (Selangor)
Aik Wei Shi (Perak)

Menurut maklumat dari Pejabat Am, Cikgu Aik Wei Shi menangguhkan tarikh melapor diri kerana ibunya mengalami masalah kesihatan. Apa pun, harap semuanya tiada masalah.

Pahaikan.com mengucapkan "Selamat datang dan selamat bertugas di SM Vokasional Tawau. Semoga berkhidmat lama di sini... Hehehehe..."...


Cikgu Marklin Muilin dari Keningau... Siopon bah...


Cikgu Lawrensia Allvianus dari Sipitang.. Pernah bermain bolasepak untuk Kelab Gunosukod Pangaits..

Sebelum ni memang ada dua orang guru yang telah melaporkan diri.. Tapi bukan yang baru postin g.. Mereka ialah Cikgu Erna Binti Salamin dan Cikgu Myra Binti Ladaming (Pengganti Cikgu Keegan) bersama dengan seorang guru ganti, Cikgu Nik Rosemaliza yang menggantikan Cikgu Suhaiza Undan yang mengambil cuti bersalin selama 3 bulan. Ada juga gambar diorang ni tapi tidak nampak muka... Cuma belum berkesempatan pula ambil gambar Cikgu Myra... Mungkin lain kali la.. Dan, ketiga-tiga guru ini telahpun mula menjalankan tugas semasa hari pendaftaran tingkatan 4 yang lalu...


Cikgu Erna Binti Salamin


Cikgu Nik Rosemaliza...

CATATAN: First time!.. Banyak betul cikgu yang dihantar... Sebelum ni paling banyak pun 10 orang saja....