Betulkah korang punya warna bendera tu...??

Hari Aktiviti Bulan Kemerdekaan telah berlangsung kelmarin, 08/09/2012 dengan beberapa pertandingan peringkat dalaman yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 dijalankan serentak.

Program ini dimulakan dengan Aktiviti Senamrobik yang berlangsung lebih kurang 1 jam. Lupa pula saya tanya siapa nama penuh instruktor yang mengetuai aktiviti ini, yang saya tahu... Pelajar panggil dia Cikgu Wong... Apapun, memang nampak seronok...


Wah... Macam mau terbang saja ni...


Mr Wong... Turut mengajar kelas tarian untuk Kelab Kebudayaan...


Tengok la ni... Seronok bah...


Salah tangan tu...


Tarik dan tahan.... Kira... 1.. 2... 3... 4..

Antara pertandingan yang dilangsungkan ialah Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Melukis Sepanduk/Kain Banting, Pertandingan Nanyian Lagu Patriotik dan Pertandingan Memperagakan Pakaian Bertemakan Hari Kemerdekaan.


Macam belum ada apa apa ni...


Tengah cari idea ka tu??


Kelas 4 RF ka kelas apa ni....??


Yang ini... Asal ada idea... Terus lukis...


Gelapnya poster...

Untuk Pertandingan Nyanyian seramai 13 peserta mengambil bahagian mewakili kelab dan persatuan masing-masing manakala hanya 3 peserta yang menyertai Pertandingan Memperagakan Pakaian Bertemakan Hari Kemerdekaan.


Ingatkan suara original... Rupanya miming saja... Hehehe...


Penuh perasaan ni...


Boleh cari makan ni....


Sikit lagi ni.... Wakil Persatuan Sejarah...


Antara peserta Pakaian Bertemakan Hari Kemerdekaan, adik kepada Eppy Emil..

Tahniah kepada Jabatan Kemanusiaan bersama Kelab Rukun Negara yang telah mengendalikan program hari ini dengan jayanya...


Jamuan makan ahli jawatankuasa penganjur bersama instruktor senaman...

Pertandingan lain seperti Amazing Merdeka Race dan Pertandingan Hiasan Kelas (Ada ka pertandingan ni..??) yang bakal dilangsungkan pada minggu hadapan...

Gambar semasa hari aktiviti ini boleh dilihat disini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.493514263991993.119593.100000002726077&type=3

CATATAN: Tingkatan 5 tengah exam trial...