Tekunnya membaca... Apa tajuk bukunya tu... SOTON?

Dewan Tun Ahmad Shah SM Teknik Tawau telah menjadi venue kepada kira-kira 800 orang pelajar SM Teknik Tawau yang telah sama-sama menjayakan Program READ 2011: One Nation Reading Together. READ2011 adalah salah satu daripada aktiviti dalam Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) yang bermula sejak 31 Oktober 2011 hingga 4 November 2011 ini. Program ini ialah program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Teknologi Pendidikan) dan Scholastic Malaysia antara lain bertujuan untuk menanamkan sikap suka membaca  dan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan murid.


En. Ahmad Fakhrurazi Hj Hamzah, mewakili pengetua untuk ucapan perasmian program ini...

Dalam ucapan perasmian program, En. Ahmad Fakhrurazi Haji Hamzah, Penolong Kanan HEM menegaskan bahawa program membaca seperti ini harus diteruskan dan mengingatkan kata-kata azimat, menununtut ilmu biar sampai ke Negara China (Baru balik dari Beijing... Memanglah...). Adalah menjadi harapan pihak sekolah sekiranya program ini dapat menyuntik semangat membaca yang tinggi di kalangan murid-murid.


"Kita akan bermula sebantar lagi... Sila duduk dan baca buku dalam keadaan senyap..."

Secara simbolik mengikut masa Greenwich Meridian, tepat jam 9.30 pagi (Malaysia) semua murid dan guru telah membaca secara senyap.  Proses ini telah berlangsung selama 33 minit 31 saat yang bersamaan dengan 2011 saat.


Memang senyap diorang membaca ni...


dan... sangat tekun sekali...


Pun tekun membaca juga ya.. cikgu-cikgu..

Bahan bacaan yang dibaca adalah dalam Bahasa Inggeris. Tema program ini adalah "Membaca Pemangkin 1 Malaysia".

Program ini berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia pada hari Rabu, 02/11/2011.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam program ini. Terima kasih juga kerana berjaya melakarkan nama sekolah dalam Guiness World Book Of Records pada tahun ini.

Lepas habis tempoh 2011 saat, majlis ditutup dengan lagu MEMBACA GAYA WAWASAN... Memang bersemangat diorang nyanyi lagu ni... Tahniah sekali lagi...


Semangat pula Cikgu Christy tu...


Wah... Yang ini sambil menari ka?


Ini yang kita mau... Nyanyi dengan semangat...


Macam syok sendiri pula ni...


Lebih ramai lebih meriah...

Kepada yang mungkin tidak pernah dengar lagu ni, bolehlah dengar melalui Klip Lagu MEMBACA GAYA WAWASAN yang diambil dari YouTube.com... Credit kepada yang menguplodkannya...


Ingin daftar untuk READ2012, klik sini: Website READ2011
Album READ 2011: READ 2011

CATATAN: Program yang bagus daripada kerajaan..