Masa menggundian bermula dari jam 7:30 - 11.30 pagi

Sebanyak 4 buah laptop digunakan untuk tujuan penggundian ini. Terdapat lebih daripada 20 kategori yang dipertandingkan dalam OSCAR NIGHT 2010 berbanding sebelum ini... Kalau saya tidak silap ada beberapa anugerah baru diperkenalkan dan antaranya ialah Guru Sandaran/Kontrak Cemerlang.

Memang bagus juga anugerah baru ni diwujudkan.... Barulah semangat guru-guru naik...

Saya masuk ke bilik BMG 2 lebih kurang jam 9:00 pagi selepas kelas Kimia 4 PTM. Memang sikit orang masa ni... Mungkin semua orang penuh jadualnya kalau hari Jumaat...


Lim.. Jangan kacau si Pelsida... Dia mau undi diri sendiri tu... Hehehehe... Wod.. Tatap undi Bola Sepak...


Cikgu Kasmah macam serius pula ni...

Sebelum ni... Saya sudah pun memasukkan Entri "Penggundian untuk Calon-calon Anugerah Oscar Night SM Teknik Tawau 2010" dan ada cadangan untuk penggundian secara online... Rasanya itu cadangan yang memang bagus... Sudah pun diajukan kepada Shamsul Nizam dan akan difikirkan untuk majlis OSCAR NIGHT yang akan datang... 


Interface "Sistem Penggundian Calon OSCAR NIGHT 2010"


Tidak susah pun... Masukkan kod dan tekan "enter"...

Lebih kurang jam 11:30 pagi, saya memasuki bilik BMG2 sekali lagi dan pada kali ini memang ramai guru dalam bilik tersebut. Memang menggundi saat akhir ni kegemaran semua orang di SM Teknik Tawau... Guru-guru PKom mau pulang pun susah.. Pasal terpaksa tunggu cikgu-cikgu... Hehehehe... Betul kah?


Sharipah dengan Fatma tu berbincang kah?... Yang dua orang Pengakap tu jangan lupa hari Isnin nanti...

INFO OSCAR NIGHT:

Majlis OSCAR NIGHT SM Teknik Tawau yang dijadualkan di Ballroom II, Hotel Promenade Tawau pada 05/11/2010 ini bakal menjemput YB. Datuk Haji Tawfiq Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan sebagai perasmi... Kita akan tunggu pengesahan dari YB nanti...

Surat jemputan sebagai perasmi OSCAR NIGHT 2010

CATATAN: Semua calon OSCAR NIGHT 2010 power-power...