Proses penyembelihan yang dilakukan oleh pakar menyembelih...

Sambutan Hari Raya Haji @ Korban di Tawau biasanya kurang meriah berbanding Hari Raya Puasa namun semangat bergotong royong dan berkerjasama masih tertanam dalam diri masyarakat sekitar Teknik Tawau. Buktinya, mereka sama-sama membantu menyembelih 2 ekor lembu untuk korban Hari Raya Haji baru-baru ini. Lembu yang dibeli khas oleh Puan Sariah dan keluarganya untuk tujuan korban hari raya ini.


Lembu yang ke-2 disembelih pada hari tersebut.

Ramai sanak saudara Puan Sariah yang datang berkunjung ke Flat Rindu 2 pada hari tersebut. Majlis diadakan dibawah Flat Rindu 2.


Beginilah proses pemotongan daging selepas proses sembelih dijalankan.

Di suatu tempat yang lain di kawasan Tawau juga iaitu di Hospital Tawau, perkara yang sama berlaku iaitu penyembelihan lembu oleh Syarikat FABER (penyelenggara dan pembersihan hospital) untuk korban hari raya. Yang di sini nampak lain sikit pasal terlalu ramai yang berkerumun walaupun yang terlibat untuk mengikat dan menyembelih sebenarnya hanya 4 orang sahaja.


Para pekerja FABER yang menonton dan menyembelih lembu korban.

Dan keadaan di kawasan perkuburan Islam di depan SK Islamiah juga tidak sunyi dengan kehadiran beberapa gerai yang rata-rata menjual minuman, makanan ringan dan air siraman berbunga kepada pengunjung yang melawat kuburan. Biasanya mereka ini akan berada disana selama 4 - 5 hari. Memang ambil kesempatan diaorang ni... Masa Hari Raya Puasa hari tu pun sama juga. Tapi tiada tindakan walaupun perkara ini pernah disuarakan dalam akhbar tempatan, Daily Express dan Borneo Post beberapa bulan yang lalu. Satu yang penting, jangan ada sampah sarap yang bertaburan ditepi jalan selepas bisness..

Terdapat 4 - 5 gerai setiap hari disini sepanjang Hari Raya Puasa dan Raya Korban.

CATATAN: Selamat Hari Raya kepada semua yang menyambutnya...