Azman Hj Salleh, selaku Ketua Pasukan Hoki Teknik Tawau bertukar pendant dengan Ketua Pasukan Guildford Grammar School

Pasukan Guildford Grammar School adalah salah sebuah sekolah yang terkenal di Perth, Australia. Mereka mula membuat lawatan dan siri perlawanan persahabatan dengan Malaysia dan Brunei sejak beberapa tahun lepas secara dwi-tahunan. Terdapat 4 perlawanan persahabatan yang akan dilangsungkan di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Tawau dan SM Teknik Tawau sungguh bernasib baik untuk dipilih mewakili sekolah dalam Daerah Tawau bagi perlawanan persahabatan yang pertama.



Pasukan Hoki Teknik Tawau Bawah 18 tahun turun dengan semangat yang tinggi untuk perlawanan persahabatan ini. Namun selepas wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, SM Teknik Tawau ketinggalan dengan jaringan 2 - 0.

Dalam separuh masa kedua, Pasukan Guildford menukarkan lima pemain utama mereka - satu penyerang, dua pemain tengah dan dua pemain pertahanan. Jurulatih pasukan SM Teknik Tawau, Encik Rasi Solong turut membuat beberapa pertukaran pemain dan perubahan posisi untuk memantapkan bahagian serangan.

Berkat usaha gigih pemain, gol pertama SM Teknik Tawau dijaringkan pada minit ke - 40 oleh Lujrie hasil perebutan bola dihadapan gawang gol pasukan Guildford. Pasukan Teknik Tawau terus menguasai permainan dan menambah satu lagi jaringan selepas itu melalui Azman yang mendapat hantaran lintang yang cantik daripada Mohd Syafiq.

Pasukan Teknik Tawau yang mula kelihatan selesa pada kedudukan 2 - 2, memberikan peluang kepada pasukan Guildford untuk menguasai semula permainan sebelum mendahului dengan jaringan 3 - 2 pada minit ke 52. Gol adalah hasil daripada pukulan sudut penalti.

Pasukan Teknik Tawau yang tersentak dengan gol tersebut mula melakukan serangan pantas dan akhirnya, gol penyamaan muncul dua minit sebelum perlawanan tamat. Gol dihasilkan melalui gerakan Azman yang membawa bola ke sebelah kanan sebelum melakukan hantaran lintang yang disudahkan dengan kemas oleh Asrun. 

Perlawanan berakhir dengan jaringan 3 - 3.


Dari kiri: Lujrie, Azman dan Asrun yang berjaya membolosi gawang Pasukan Guildford.

Secara keseluruhannya, Pasukan SM Teknik tawau telah beraksi dengan baik dalam perlawanan ini. Kelebihan fizikal pasukan Guildford sememangnya menggangu corak permainan mereka dalam separuh masa pertama, namun semuanya dapat diatasi berkat nasihat dan tip daripada jurulatih pasukan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pemain serta jurulatih pasukan Guildford yang memberikan perlawanan yang menarik dan mampu membangkitkan semangat pasukan SM Teknik Tawau....


Barisan guru dan jurulatih yang bersama-sama menikmati perlawanan persaabatan ini.

Tahniah kepada semua pemain SM Teknik Tawau. Sesungguhnya semangat dan usaha yang ditunjukkan dalam perlawanan ini adalah SEMANGAT JUARA!!!


Gambar kenangan perlawanan persahabatan antara SM Teknik Tawau dan Pasukan Guildford Grammar School. Gambar boleh didownload di sini: Teknik Tawau vs Guildford (2848 x 2134 px)

Koleksi gambar boleh ambil disini: Album Perlawanan Antarabangsa

CATATAN: Pasukan Guildford Grammar School akan berada di Tawau sehingga 13/04/2010...