Malam Isnin lepas, saya sempat melawat EKSPO Perdagangan di perkarangan Dataran 100 Tahun Bandar Tawau. Pameran ini saya kira agak meriah dan hampir keseluruhan tapak dataran dipenuhi dengan booth pameran. Saya rasa semua booth adalah kepunyaan orang Tawau.

Benda menarik yang boleh dilihat disini ialah kambing dan lintah. Kenapa menarik? Itu kenalah datang sendiri dan tengok!

Selain daripada itu, satu Pertandingan Karaoke juga diadakan sepanjang EKSPO berlangsung. Pada malam itu, saya hanya berkesempatan untuk melihat 4 peserta dan komen saya... Boleh tahan...  Rasanya peringkat akhir akan diadakan pada malam terakhir EKSPO ini.

Kepada yang ingin mencari idea untuk memulakan perniagaan atau pekerjaan ada benda yang boleh anda lihat dan alami disini. Rasanya program yang ditawarkan agak menarik terutamanya yang berdasarkan penternakan dan pertanian. Cuba lah manatau kan..

Rasanya itu sahaja maklumat yang boleh saya kongsi dari EKSPO ini.





CATATAN: Sekali sekala best juga tengok orang Tawau nyanyi!! Ada dangdut!!! Ewahhhh...!!