Majlis Jamuan Makan Akhir Tahun 2009 oleh KKRT yang telah berlangsung semalam adalah program penutup aktiviti KKRT untuk tahun 2009. Guru-guru mula membanjiri Dataran Ilmu sejak jam 11.00 pagi untuk majlis yang bermula pada jam 11.40 pagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi KKRT, Puan Rosliza dan diikuti oleh ucapan pentadbir, PK HEM, Encik Azman Mansur. Kemudian cenderahati disampaikan kepada semua guru yang bakal berpindah ke sekolah baru bermula sesi 2010 nanti. Lepas tu... Makanlah apa lagi...


Antara gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung.
Gambar-gambar boleh didownload di: KLIK SINI!!!

Ini adalah wajah-wajah guru yang berjaya mendapat perpindahan untuk Januari 2010. Semoga kecemerlangan di Teknik Tawau diteruskan di sekolah yang baru.


Kiri atas: Cikgu Sabariah (Baju biru), Kiri bawah: Cikgu Rosliza Kassim, Kanan: Cikgu Dawn A Lalis

CATATAN: Hm... bila pula giliran saya pindah ni..??