Gambar kenangan untuk majlis ini...

Jamuan Perpisahan Jabatan Sains & Matematik ini bermula jam 10:30 pagi hari ini bertempat di Makmal Fizik 2. Jamuan yang pada awalnya disediakan untuk mesyuarat jabatan diubah kepada jamuan perpisahan setelah mesyuarat dibatalkan disaat akhir.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua Jabatan, Cikgu Darawati Pataruddin. Kemudian disusuli oleh ucapan perpisahan dari Cikgu Suhairi, penyampaian cenderamata dan makan tengahari.


Cikgu Darawati menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua guru dalam Jabatan Sains & Matematik atas semua usaha yang telah dilakukan pada tahun ini...


Tersenyum-senyum pula Cikgu Heatinorayu yang bertugas sebagai pengerusi majlis dalam jaman ini....

Sememangnya majlis ini ringkas namun ianya membawa pengertian dan penghargaan yang amat penting buat Cikgu Suhairi yang akan meninggalkan pasukan Sains & Matematik SM Teknik tawau setelah berkhidmat disini lebih kurang 7 tahun sejak 2004. Walau bagaimanapun, hasrat untuk berpindah sejak 2007 sudah pun tercapai. Semoga cepat menyesuaikan diri disekolah yang baru...


Suhairi turut menyampaikan ucapan perpisahan dalam majlis ini...


Cenderahati kenang-kenangan dari Jabatan Sains & Matematik sebagai tanda penghargaan dan perpisahan...


Aik... Sabas menangis juga kah... Apa pun perpisahan memang menyedihkan...


Cikgu Ana Sarda turut menerima sumbangan daripada Jabatan Sains & Matematik dalam majlis yang sama...


Tolonglah janganlah telan itu sudu sekali... Hehehe...


Simbolik pisang emas ni...

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati...


CATATAN: Memang senang hati nampak orang dapat pindah... Panjang umur boleh jumpa lagi...