SM Teknik Tawau Juara Ragbi Zon Sabah - Pasukan SM Teknik Tawau dengan jersi merah berjaya mengisi ruangan berwarna Utusan Borneo pada 13/04/2011.

Satu jamuan makan telahpun diadakan pada hari ini untuk meraikan Skuad Badak SM Teknik Tawau yang telah menjadi Johan dalam Pertandingan Ragbi Kejohanan Antara Teknik 2011 baru-baru ini. Kemenangan mereka lebih manis apabila berita kemenangan mereka dicanangkan dalam Bahagian Sukan Utusan Borneo.

Jamuan makan yang telah mengambl tempat di kawasan Bengkel Automotif ini bermula pada jam 1:45 petang, iaitu sejurus selepas semua pelajar dilepaskan daripada masa terakhir persekolahan hari ini.


Tahniah kepada ketiga-tiga Pengurus, Cikgu Arash dan Jurulatih, Cikgu Andry Lim (serta Jurulatih, Ustaz Jamry - tiada dalam gambar)

Sebelum para pemain menjamu selera, mereka telah diberikan kata-kata semangat dan diingatkan supaya sentiasa menghormati lawan sama ada kuat atau lemah. Selain daripada tu, semua pemain juga diingatkan supaya rajin turun latihan supaya keserasian antara pemain akan lebih mantap.


Sesi ucapan dan penghargaan kepada semua pemain


"Tahniah kerana berjaya menjadi johan.."


Ada antara pemain yang belum sampai..

"Jangan hairan sekiranya tiada tiket disediakan kalau malas turun latihan...", amaran yang cukup jelas daripada jurulatih, Cikgu Andry Lim.


"Kemenangan pada peringkat ini belum menjamin kejayaan diperingkat yang lebih tinggi..."


Korang kena usaha lagi..


Jurulatih tengah memberi kata-kata motivasi.. Ko dengar ka tidak tu?


Apa lah yang sedang difikir ni?


Fadzil, Ketua Pasukan Skuad Badak cukup serius dengan jelingan tajam sambil mendengar kata-kata jurulatih

Skuad Badak SM Teknik Tawau ini akan mewakili Zon Sabah untuk Pertandingan Ragbi dalam Kejohanan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan di SM Teknik Kuantan, Pahang pada 06 hingga 11 Jun 2011 nanti. Semoga beroleh kemenangan diperingkat tertinggi... Apa pun... Yang paling penting sekali... Terima kasih kerana hidangan jamuan yang cukup menyelerakan..


Memang seronok makan ramai-ramai ni...


Siap main suap-suap lagi ni...


Jaga-jaga tulang... Cikgu Nizam..


Cikgu Zabidi tengah menarik sotong...


Cikgu Azly dan Cikgu Yusuf...


Terima kasih juga kepada yang berhempas pulas menyediakan makanan...

Di sini disertakan sekali keputusan perlawanan yang dilalui Skuad Badak SM Teknik Tawau dalam KAT Peringkat Negeri Sabah 2011:

Peringkat Kumpulan (B)
Labuan 5 - 17 Beaufort
Labuan 29 - 0 Sandakan
Labuan 5 - 7 Tawau
Beaufort 12 - 0 Sandakan
Beaufort 10 - 7 Tawau
Sandakan 5 - 25 Tawau

Separuh Akhir
Keningau 0 - 2 Tawau
Beaufort 25 - 5 Likas

Akhir
Tawau 12 - 0 Beaufort

* Maklumat lengkap di: http://smvb.net/news.php

CATATAN: Kepada Skuad Badak... Teruskan kecemerlangan anda....