Pandangan laut dari hujung jeti Pusat Pelancongan Lautan Semporna

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999) [Sumber].

Bandar Semporna adalah suatu kawasan yang sedang membangun dan saya rasa pembangunannya lebih kurang dengan Pekan Ranau, cuma kawasannya lebih panjang (berjajar) berbanding Ranau yang mempunyai corak penempatan berpusat.

Memang ramai orang disini terutamanya dikawasan berdekatan pasar. Kebanyakannya berbangsa Bajau dan Suluk yang berasal dari Selatan dan Barat Laut di kepulauan Filipina.


Antara tempat menarik untuk dilawat di kawasan Bandar Semporna ialah Pusat Pelancongan Lautan Semporna atau lebih dikenali sebagai floating kepada orang di Semporna. Kawasan floating ini sebenarnya ialah sebuah jeti yang panjang yang bersambung dengan 4 blok bilik penginapan diatas air dibawah nama Dragon Inn. Yang menarik di floating ini ialah dihujung jeti yang menempatkan beberapa spesis ikan didalam sangkar. Tapi untuk memasuki kawasan ini, bayaran sebanyak RM2.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas dikenakan. Antara spesis ikan yang dipelihara disini yang saya kenal ialah ikan kerapu, yang lain tu saya tidak tahu pula namanya walaupun selalu nampak di pasar. Memang besar ikan keparunya disini... Macam 100 kilo pun ada.. Kalau jatuh dalam tu... siaplah dibelasah kerapu. (Gambar dikawasan ni hilang dari kamera... Entahlah terdelete mungkin??)


Kawasan lain yang cantik di kawasan Semporna ini ialah Kg Tampi-Tampi, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Biasanya orang akan pergi ke kawasan ini untuk makan angin. Apapun, kami tidak berkesempatan pada hari itu kerana peruntukan perjalanan hanya sehari sahaja. Masa yang diambil untuk perjalanan dari Tawau ke Semporna lebih kurang 2 jam. Pergi balik sudah 4 jam, belum tolak masa makan minum. Kalau 2 hari mungkin ngam lah... Maklumat lanjut mengenai Semporna boleh di baca di sini: http://www.etawau.com


Kawasan jeti dan perahu/bot penumpang di Semporna

CATATAN: Memang mau pergi lagi kalau ada masa lapang...