Antara aksi perlawanan akhir antara SMK Kinabutan melawan MRSM yang sempat dirakamkan...

Karnival Ragbi Tawau 2012 telah berlangsung dengan jayanya hari ini dengan 12 sekolah menghantar wakil masing-masing untuk merebut kejuaraan mengikut kategori yang dipertandingkan. Karnival yang dianjurkan bersama oleh IJM, Sabah Union Rugby dan MSS Daerah Tawau ini direalisasikan melalui usaha Pengerusi Teknik Ragbi MSS Daerah Tawau iaitu Cikgu Rasi Bin Solong bersama ahli jawatankuasanya.


SM Vokasional melawan MRSM


SM Vokasional melawan SMK Kinabutan...


MRSM melawan SMK Kinabutan...


MRSM lawan MRSM??


MRSM melawan SM Vokasional Tawau


MRSM A vs MRSM B... Mana lawan... Mana kawan... Memang susah ni kalau jersi sama...

Berlangsung di Padang "The Green" SM Vokasional Tawau dari jam 7:00 pagi hingga 5:00 petang, pertandingan ini boleh dikira berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang bakal di ketengahkan dalam pertandingan peringkat Zon Tenggara nanti.


SMK Merotai Besar melawan SMK Kuhara...


SK Batu 4 melawan SK Muhibbah Raya

Mungkin yang boleh di"highlight"kan disini ialah MRSM Tawau menghantar penyertaan paling banyak iaitu 14 pasukan, diikuti oleh SMK Kinabutan: 4 pasukan dan SM Vokasional Tawau: 3 pasukan. Yang lain hanya menghantar 1 atau 2 pasukan sahaja.

---------------------------------------------------------

Sekolah yang terlibat:

Kategori Sekolah Rendah - SK Pasir Putih, SK Batu 4, SK Bul Bul 2, SK Muhibbah Raya, SK Taman Tawau, SK Kukusan

Kategori Sekolah Menengah - MRSM Tawau, SMK Kinabutan, SMK Kuhara, SM Vokasional Tawau, SMK Tagasan (Semporna), SMK Merotai

Masa perlawanan: 10 minit sahaja

Pemenang mengikut kategori:
Bawah 10 tahun Lelaki: SK Muhibbah Raya
Bawah 12 tahun Lelaki: SK Kukusan
Bawah 15 tahun Perempuan: SMK Kinabutan
Bawah 16 tahun Perempuan: MRSM Tawau D
Bawah 18 tahun Perempuan: SM Vokasional Tawau
Bawah 14 tahun lelaki: MRSM Tawau B
Bawah 15 tahun Lelaki: SMK Kuhara
Bawah 16 tahun Lelaki: MRSM Tawau B (Penentuan tendangan penalti)
Bawah 18 tahun Lelaki: SMK Kinabutan (Penentuan tendangan penalti)


Ketua pasukan Ragbi Perempuan Bawah 18 tahun SM Vokasional Tawau, Marsyillah menerima hadiah daripada Penolong Kanan HEM SM Vokasional Tawau, Cikgu Ahmad Fakhrurazi Hj Hamzah


Pasukan Lelaki Bawah 18 Tahun SM Vokasional Tawau hanya mampu meraih tempat ke-3 apabila tumpas ditangan MRSM di perlawanan separuh akhir...

Tahniah kepada semua pasukan yang terlibat dan semoga kita bertemu lagi dalam perlawanan peringkat daerah Tawau nanti.


SMK Kinabutan melawan SM Vokasional Tawau


SK Pasir Putih melawan SK Muhibbah Raya


SK Muhibbah Raya melawan SK Kukusan


Gambar sebelum wisel mula untuk perlawanan akhir antara SMK Kinabutan (Biru) melawan MRSM (Hijau)...

Kepada yang berminat dengan gambar-gambar semasa perlawanan ini berlangsung, sila hubungi saya untuk proses pembelian gambar... Ada package bah.... Hehehe... Saiz 3R: RM2.00, Saiz 5R: RM3.00, Saiz 8R: RM10.00 (Tidak termasuk perkhidmatan pos).


Cikgu Rasi Solong, Pengerusi Teknik Ragbi MSS Daerah Tawau


Kedai Rugby pun buka gerai pada hari pertandingan...


Makan dulu....


Pilih yang mana satu... SMK Kuhara atau MRSM..??


SMK Kuhara boleh!!!

CATATAN: Rasa penat pula walaupun ambil gambar saja....