Penyampaian hadiah oleh Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan kepada peserta, pengadil dan jurulatih yang terlibat dalam pertandingan ini. Gambar adalah ikhsan daripada Samsul Nizam Shamsudin.

Tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan untuk kejohanan ini kerana saya sememangnya tidak terlibat secara langsung dan tidak dapat mengikuti perkembangan pertandingan yang berlangsung selama 3 hari ini. Tetapi secara kasarnya, ini adalah proses yang berlaku sepanjang kejohanan dilangsungkan.

Hari pertama:
8.30 Pagi - 4.00 petang: Pendaftaran Peserta dan Proses penimbangan untuk kategori peserta.


Guru-guru yang terlibat dalam proses pendaftaran peserta pada hari pertama.


Proses penimbangan peserta pertandingan untuk pemilihan kategori...

5.30 Petang:
Pertandingan Poomsae


Acara Poomsae yang bermula agak lewat di hari pertama kejohanan...

Hari kedua:
7.30 Pagi - 10.00 Malam: Pertandingan Sparing


Pertandingan Sparing diteruskan sehingga jam 10:00 malam di hari kedua kejohanan...


Pukulan KO??

Hari Ketiga:
7.30 Pagi - 3.30 Petang: Pertandingan Sparing bersambung


Wan Shamsuhaimi yang bertungkus lumus menyediakan borang dan keputusan perlawanan sepanjang hari kejohanan...

4.30 Petang:
Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan


Antara pasukan yang berjaya meraih piala kemenangan... Di sebelah kanan ialah Pasukan Taekwondo Tawau-Teknik

Sekalung ucapan tahniah kepada Pasukan Tawau-Teknik yang berjaya meraih Johan Keseluruhan Kejohanan Taekwondo Remaja (MTA/WTF) Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-3 2010.


Piala kemenangan diserahkan kepada pihak Sekolah...

Piala kemenangan telah pun diserahkan kepada pihak sekolah dalam Majlis Perhimpunan Rasmi 12/04/2010. Piala disampaikan oleh salah seorang guru penasihat Taekwondo, Encik Hatta Hassan kepada Encik Ghazali Shah, Penolong Kanan Pentadbiran SM Teknik Tawau. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat...

CATATAN: Berapa pingat diaorang dapat ya??