Barisan pelajar perempuan Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik Sesi 2009/10

Nampaknya semua guru yang mengajar kedua-dua kelas tingkatan 5 Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik, 5 PKE1 dan 5PKE2 dijemput dalam majlis ini. Para pelajar menyediakan makanan dan minuman sejak masa rehat iaitu jam 10:20 pagi dan menunggu sehingga jam 11:30 pagi untuk majlis dimulakan. Wakil pihak pentadbir yang turut memeriahkan majlis ini ialah Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari wakil pelajar kursus ini iaitu Adik Syahmi @ Kunak yang turut mengetuai bacaan doa makan. Selepas itu, guru-guru yang hadir dijemput menikmati hidangan yang disediakan.


Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad Fakhrurazi merasmikan jamuan..


Eh... Pelan-pelan...


Thumb up dari Cikgu Affendi Rahim...

Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal meninggalkan alam persekolahan menengah setelah SPM 2010 ini turut mengambil peluang untuk memohon kemaafan serta mengambil gambar bersama guru-guru mereka.


Pelajar bersama Cikgu Dayang Ezrena dan Cikgu Andry Lim


Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput...

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik... Semoga anda semua akan beroleh keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM 2010 kelak....


Senyuman dan gaya untuk Pahaikan.com

CATATAN: Mesti belajar dan buat latihan Kimia dirumah bukan setakat disekolah saja...