Pasukan Hoki Lelaki Bawah 18 tahun yang bertanding dalam Pertandingan Hoki MSS Daerah Tawau 2010

Pasukan Hoki Bawah 18 Tahun SM Teknik Tawau turun ke Kompleks Sukan Tawau seawal jam 07:00 pagi hari ini untuk beraksi dalam Pertandingan Hoki MSS Daerah Tawau 2010. SM Teknik Tawau menghantar dua pasukan iaitu satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan dengan kekuatan anggota seramai 30 orang.

Guru pengiring yang mengiringi pasukan ini ialah Cikgu Arif Rahima, Cikgu Rasi Solong, Cikgu Zahrina dan semestinya Cikgu Nik Hasbularif iaitu Ketua Guru Penasihat Kelab Hoki SM Teknik Tawau.

Bermain dalam peringkat kumpulan pada hari ini, pasukan lelaki mencipta 2 kemenangan dalam 2 perlawanan manakala pasukan perempuan hanya mampu mencatatkan satu keputusan seri dan satu kalah.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

KEPUTUSAN PERLAWANAN - 23/03/2010

SM Teknik Tawau (L)
SMK Pasir Putih
10
Penjaring: Mohd Syafiq Bin Bacho
-


SM Teknik Tawau (P)
SMK Tawau
0
1
--


SM Teknik Tawau (L)
SMK Umas-umas
1
0
Belum ada maklumat-


SM KuharaSM Teknik Tawau (P)
1
1
- Belum ada maklumat

Berdasarkan kepada prestasi setakat ini, Pasukan Hoki Lelaki berkemungkinan untuk mara ke perlawanan suku akhir pada esok hari. Semua usaha dan latihan selama ini telah menunjukkan hasil yang positif. Usaha lagi untuk mencapai gelaran juara MSSD Tawau!!!!


Antara pemain Pasukan Hoki Perempuan Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau...

CATATAN: Terdapat 8 gambar dalam Album Hoki ini. Untuk mengaksesnya, sila klik disini: Album Hoki 2010