Undian dilakukan lebih kurang jam 8.00 pagi di Dataran Ilmu, SM Teknik Tawau dan aktiviti ini dipengerusikan oleh penyelaras pertandingan bola sepak iaitu McManus Sing.



Sebelum memulakan undian, Cikgu Mc menerangkan format pertandingan iaitu menggunakan format kalah mati. Yang kalah dalam pusingan pertama akan dimasukkan dalam kumpulan LOSER POOL manakala yang menang akan memasuki kumpulan WINNER POOL. Juara dan naib juara setiap POOL akan menerima hadiah manakala Juara Keseluruhan akan ditentukan melalui perlawanan antara juara kedua-dua kumpulan. 


Aisyehmen... Pakai kertas saja kah? Mana bola ping pong baru macam Champion League... hehehhe...

Ini adalah senarai pasukan yang telah diundi dan jadual perlawanan pusingan pertama pada hari Selasa, 03 November 2009. Jadual rasmi akan dipaparkan oleh penyelaras di kaunter pendaftaran pemain pada hari pertandingan.

Putera 16 VS Mambang United
Ruha Raha VS ABM FC
MMS FC VS Jeli-Jeli
KFL FC VS Auto Generation
EEFC VS SKM Auto FC
Civil FC VS Cari Sendiri FC
The Great FC VS Main Gila FC


Antara pengurus pasukan yang hadir untuk undian pasukan...

CATATAN: Krew Pahaikan.com akan turun untuk mengambil aksi perlawanan.....