Jalan sepanjang 400 meter ditutup di Jalan Utara dari roundabout Hilltop sehingga Petronas Hilltop dari 15 Ogos hingga 31 Ogos 2009. Kerja-kerja pembaikan paip sedang dijalankan di kawasan tersebut.

Bagi mereka yang tinggal di Taman Wawasan dan Taman Ria pastinya merasakan kesusahan dan perjalanan ke tempat kerja mengambil masa yang lebih lama berbanding biasa. Ini kerana kesesakan jalanraya berlaku dibeberapa tempat seperti jalanraya menuju ke bandar Tawau dari Taman Semarak dan juga Jalan Lintas Uni Villa menuju ke Hilltop.

Masa dua minggu yang diberikan untuk kerja pembaikan seperti ini agak lama kerana saya sendiri sudah turun ke tapak tersebut dan rasanya kerja tersebut boleh disiapkan dalam masa seminggu sahaja!!

Apapun diharap agar tempoh dua minggu tersebut dipatuhi dan keadaan akan kembali normal.