Lima bungkusan yang sampai dulu daripada jumlah 8 bungkusan semuanya...

Sebanyak 17 buah khemah dan 1 buah kanopi untuk Unit Beruniform SM Teknik Tawau akhirnya tiba selepas mula belayar sejak 20 September lepas. Peralatan perkhemahan yang dibeli ini adalah menggunakan wang sumbangan PIBG, SM Teknik Tawau dengan tag harga lebih kurang RM6500.

Tiba dalam pejabat am pada petang Selasa, 06/09/2011, khemah dan kanopi dibuka untuk diperiksa pada hari ini dan saya dibantu oleh para pelajar 4 PKOM. Tak apa lah... Kita kan sudah habis silibus...


Azri VIP dan Ajis, antara pelajar PKOM yang membantu pemasangan kanopi...


Rangka besi kanopi ni memang banyak... kena ikut kod kalau mau pasang...


Pelan-pelan korang ya...


Yang awal siap ni... Bergaya lagi ya.... (Khemah ALASKA 8 untuk 8 orang)

Apa pun, 4 PKOM tidak dapat meneruskan bantuan kerana masa tidak mengizinkan.. Nasib baik budak-budak PSK Ustaz Jamry turun ke padang dan meneruskan kerja-kerja pemasangan kanopi...


Para pelajar 5 KFL sedang membantu memasang rangka kanopi..


Macam susah pula mau masuk tu kann...


Begayak saja ko Shafie...


Si Ramdhan pun sama juga ni...

Dan, akhirnya selepas 45 minit, rangka besi siap dinaikkan... Tapi ada masalah la pula... Kurang satu palang besi... Korang nampak ka??


Rangka yang telah siap dipasang...


Nah... Tu... Nampak ka?


Hah... Yang ini la... Kod G..

Lepas tu ganti lagi... Kali ni pelajar Kursus 5PKM mengambil alih... Diaorang pasang kanvas kanopi... Atas dan tepi...


Kasi ngam dulu tu ... Kalau sudah masuk... Baru tarik...


Nah kann cantik sudah... Cuma palang yang hilang mesti mau dapat balik...


Pandangan dari ruang dalam khemah...


Palang yang hilang ini mungkin akan terarah kepada kemalangan spontan...

Lepas tu, khemah jenis "A" pula... Walaupun khemah jenis ni kurang selamat apabila bertemu angin kuat, tapi ianya agak effektif apabila berhadapan dengan hujan...


Khemah jenis "A" double layer untuk 6 orang


Wah... Berpindah randah juga ni...

Dan yang terakhir... Khemah jenis Gergasi... Muat untuk 16 orang... FUHH!!! Memang betul-betul besar khemah ni...


Betul... Gergasi bah ni...


Memang luas ruang dalamnya ni...

Semua khemah disimpan oleh Unit Stor Peralatan Ko-Kurikulum... Kepada mana-mana unit yang mempunyai program perkhemahan, sila rujuk kepada Cikgu Zakiah untuk mendapatkan syarat-syarat meminjam... Macam pinjam duit pula... Bawa salinan IC, Slip gaji 3 bulan... Bla.. bla.. bla..bal..

CATATAN: Kalau dapat bertahan sampai 5 tahun pun kira bagus sudah ni...