Ketua Kontinjen Peserta KAT SM Teknik Tawau 2011, Adik Fadzil (Ragbi) mengibarkan bendera SM Teknik Tawau menandakan bahawa semua peserta bertandang ke SMV Beaufort dengan semangat berkobar...

Kontinjen KAT SM Teknik Tawau bertolak ke Beaufort pada hari ini, 05/04/2011 dengan satu misi utama... Mejulang Piala Johan Keseluruhan KAT setelah hanya mampu menduduki tempat ke-2, pada tahun lepas dibelakang SM Teknik Keningau. (Rujuk entri tahun lepas: http://www.pahaikan.com/blog/kejohanan-antara-teknik-2010-teknik-tawau-ke-2-keseluruhan-03-05-2010)

Berkat latihan dan usaha yang gigih selama beberapa bulan ini, pastinya kelibat pingat akan berkilau didada para peserta kontinjen ini. YAKIN BOLEH!!!

Satu majlis ringkas Penyerahan Bendera Sekolah kepada Ketua Kontinjen telah diadakan kelmarin, dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Yahaya Ismail. Penyerahan Bendera Sekolah ini melambangkan berkat dan restu sekolah kepada para peserta untuk membawa nama sekolah ke pertandingan KAT peringkat Zon Negeri Sabah, bersama dengan harapan dan doa supaya mereka akan berjaya beroleh kejayaan.


Pengetua, Encik Johan Okasa menyerahkan bendera kepada Cikgu Yahaya Ismail


Cikgu Yahaya Ismail menyerahkan bendera sekolah kepada Ketua Kontinjen, Adik Fadzil

Kontinjen ini bertolak ke Beaufort pada hari ini dengan menaiki 2 buah bas, Bas Ekspress Ali Topan dan juga Koc Perdana SM Teknik Tawau.


Banner Kontinjen SM Teknik Tawau diikat kemas dihadapan Koc Perdana


Pasukan Bolasepak


Pasukan Softbol... Siap ada bawa patung lagi...


Pasukan Bola Jaring... Emm..


Pasukan Rekacipta


Sempat juga bergambar diaorang ni... ish.. ish..


Macam mau pegang terus saja piala tu ... Boleh menang ka ni Rasyid?


PEACE... Adik Sharifah selaku wakil KAT Idol..


Aik.. Korang tengok apa tu??


Aaa.. Ya lah tu...


Edika.. Cikgu bilang ingat itu buaya... Hehehe...


Yang ini pasangan mentee...


Amirul dengan Pian duduk paling belakang...


Cikgu Arash bergaya dengan tag nama peserta... Hehehe.. Pun boleh juga kan...


Jurulatih Pasukan Ragbi dengan gaya tersendiri... Ustaz Jamry


Ya la tu... Dua kali sudah ko Rasyid.. Mau ambil gambar si Afiq ni... Hehehe..


Tenang pula Team Takraw ya...


Senyum-senyum kambing ya... Ok ka?


Pasukan Bola Jaring, KAT Idol, Bahas dan Softbol dikasi muat dalam satu bas.. Hmm... Ngam la tu..



Sebelum itu, para peserta untuk setiap kategori yang dipertandingkan dalam Kejohanan Antara Teknik (KAT) 2011 telahpun diperkenalkan didalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah pada 28/03/2011.


Cikgu Nizam Osman selaku Penyelaras Kontinjen KAT SM Teknik Tawau diberikan tugas untuk memperkenalkan semua peserta untuk setiap kategori...


Pasukan Bola Sepak


Pasukan Softbol


Pasukan Ragbi


Pasukan Sepak Takraw


Pasukan Rekacipta


Pasukan Bahas Bahasa Inggeris


Pasukan KAT Idol

CATATAN: Good luck!!!