Larian dimulakan serentak dengan pelepasa Larian peringkat Kebangsaan di Padang Dataran Perbandaran Taiping, Perak

Larian 1Murid 1Sukan 1Malayisa dilangsungkan dengan jayanya semalam. Larian yang telah dirancang dan disusun selepas Sinar Obor Teknik ini adalah dibawah kendalian Cikgu Mohd Rasi Solong dan ahli jawatankuasanya.

Larian yang diadakan sempena Majlis Pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan ini berlangsung serentak dengan larian pada peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Padang Dataran Perbandaran Taiping, Perak.


Sedia... 1... 2... 3...

Seperti kebiasaaannya, acara senamrobik diadakan untuk meregangkan otot-otot dan urat-urat yang tegang. Maklumlah... Cikgu-cikgu kita ni ada yang jarang bersenam... Hehehe...


Geng senamrobik yang sama semasa Larian Merentas Desa 2011


Ini senaman pinggang ka?


Yang ni macam menari pula ni...


Ngam... Cikgu-cikgu hulurkan tangan ke depan dan gengam...


Woii.. Senaman la...


Alamak... Telambat sikit bos...

Selepas acara senamrobik, para peserta diberikan ruang untuk berehat sebentar sementara menunggu pelepasan larian sambil menikmati siaran langsung dari Padang Dataran Perbandaran Taiping, Perak yang dipancarkan melalui Saluran TV1.


Senamrobik pun sudah penat ka?


Yang ini macam lain saja ni...


Apa tu?..


Jaga korang... Koboi datang ni...


Yang ini memang sengaja ni...


Apa yang dua jari tu.... Dua kali ka?


Ko tengok apa tu Azrul?


Semua senyuman promosi ka ni??


Bergambar untuk kenangan.... Dari kanan: Amirul, Fadzil dan Cikgu Idham..


Cikgu Anif mendahului barisan guru-guru perempuan...


Para jurugambar SM Teknik Tawau... Kalau mau cari gambar aktiviti sekolah, bolehlah cari diaorang ni..

Pengerusi PIBG, Encik Saman Bin Haji Ongki yang turut menyertai larian ini, memberikan sepatah dua kata dan semangat kepada semua peserta, seterusnya diikuti oleh ucapan daripada Bapa Angkat Kokurikulum SM Teknik Tawau, Encik Mohd Gasing Bin Haji Saling.


Macam senang hati betul diorang ni...


Aikk... Takkan tutup mata boss..


Semangat pula Encik Gasing ni berucap...

Acara larian bermula sejurus larian peringkat kebangsaan dimulakan. Larian yang meliputi jarak lebih kurang 1 km ini hanya melibatkan kawasan dalam sekolah bermula dari Dataran Teknikal --> Dewan TAS --> Flat Guru --> Dataran Teknikal (Melalui tangga) --> Dewan TAS.


Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz Khusairi


1Malaysia......!!!!


Larian bermula kira-kira jam 7.50 pagi..


Didahului oleh...


Para pemegang bendera....


Cikgu Harun mendahului barisan guru-guru...


Gembiranya Cikgu Rosdiana Rasit kita ni... Sampai melompat...


Sempat pula si Sakaran berposing...


Ok... Ok...


Yang ni macam berjalan sudah ni...


Yee... Haaa...


Jangan berhenti... Terus bergerak lah...


Hehe...


Ini barisan terakhir atau ada lagi di belakang?


Wah... Ini pula barisan terakhir ni.. 1Malaysia... Sudah pasti...


Memang macam naik Batu Caves... Hehehe...


Santai pula ni... Apa benda tu Cikgu Ishak?


Aikk... Sempat pula kann...


Yang ni macam berbaris saja ni... Pegang tangan lagi...


Seronok pula Cikgu Shahir tengok orang berlari ya...


Aiikk... Berhenti pula diorang ni...


Para pelajar berkumpul di Dewan Tu Ahmad Shah untuk aktiviti seterusnya...

Apabila tiba di stesen terakhir, di Dewan Tun Ahmad Shah, semua pelajar diminta masuk ke dalam dewan dan diberikan minuman. Oleh kerana hari ini diistyharkan sebagai hari persekolahan, masa yang terluang diisikan dengan aktiviti permainan sukan antara pelajar dan guru. Permainan tersebut adalah Permainan Bolasepak, Permainan Bola Jaring, Permainan Karom dan Permainan Futsal. Pelajar yang berminat untuk bermain diminta untuk mendaftarkan nama.


Nah kann... FREEKICK... Relaks bah cikgu.. Jangan telampau "keras"...


Akhirnya Cikgu Ah Seng dibolosi buat kali ke-2 setelah bermati-matian mempertahankan gawang gol...


Relaks bah Ah Seng... Baru 2 kali bolos.... Tidak payah ko kira...


Cikgu Aishah Sahada macam campin saja ni...


Ramai juga peminat karom ni...


Apalah yang diorang cerita ni...


Baru ngam... Tahan bola dulu baru rembat...


Ada pula gambar masa futsal ni... Biasanya tiada gambar... Hahaha...


Yang ni tidak masuk... Lama tidak training bah si MC ni...


Team Futsal Cikgu Perempuan... Tahniah...


Cikgu Azman menjulang hamper kemenangan Team Futsal Cikgu Lelaki...

Semua aktiviti ditamatkan lebih kurang jam 11:30 pagi.

Larian Peringkat Kebangsaan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Gambar lain boleh dilihat dalam facebook:
Ols Montcul  Naizuwan Hashim

CATATAN: Semua hadiah guru yang memang ka? Macam...