Cikgu Shaharudin menjadi penjaga lalulintas untuk program kali ini...

Larian Merentas Desa SM Vokasional Tawau 2012 berlangsung dengan penuh semangat kesukanan pada pagi hari ini dengan 8 buah rumah sukan menurunkan semua ahli rumah sukan mereka untuk merebut mata tertinggi sebagai bekalan di hari Sukan Tara nanti...


Hah... Belum lari lagi ni...

Larian kali ini menyaksikan trek baru yang lebih pendek dari tahun-tahun sebelumnya iaitu dari SM Vokasional Tawau ke Kompleks Sukan Tawau dan berakhir di Dewan Tun Ahmad Shah. Tetapi yang istimewanya, larian kali ini menampilkan satu kategori baru iaitu Kategori Larian untuk Guru & AKS Lelaki dan Wanita.


Macam berjalan ni tau...


Ambil gambar dulu...

Ucapan tahniah semestinya kepada Penyelaras Larian Merentas Desa kali ini iaitu Encik Arash dan semua ahli jawatakuasanya, yang telah berjaya menyusun dan melaksanakan program ini dengan jayanya. Masa persediaan yang agak pendek dan disulami dengan kesibukan Program 5S tidak menjejaskan persiapan program ini dan berjaya dijelmakan kepada satu pertandingan larian yang cemerlang.


Cikgu Aras Mohammad...


Perjalanan yang jauh... Tapi sampai juga digarisan penamat...

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh pengetua di Dewan TAS lebih kurang jam 10.00 pagi.


Kaunter pendaftaran pemenang...


Para petugas JPAM menjamu selera bersama para pentadbir...


Satu baldi air sirap korang ni...


Pentadbir bersama barisan petugas JPAM Cawangan Tawau menunggu keputusan pertandingan...


Sabar menanti... Keputusan bakal diumumkan sebentar lagii...


Tugas wajib buat kali ke-3 berturut-turut...


Terima kasih kepada JPAM Cawangan Tawau diatas kerjasama yang diberikan...

--------------------------------------------------------------------

Pemenang Kategori Pelajar Lelaki ialah Adik Arnain Artono (Mega) dengan catatan masa 17 minit 10 saat, tempat ke-2, Adik Rizlan Dizan (Arka) dengan catatan 17 minit 17 saat manakala tempat ke-3, Adik Mohd Aizat dari Rumah Mega (Nombor 1 tahun 2011) dengan catatan masa 17 minit 32 saat.


Adik Arnain Artono...


Adik Rizlan Dizan


Adik Aizat, tempat ke-3 pada tahun ini...

Kategori Pelajar Perempuan pula dimenangi oleh Adik Norsuhada Bt Abdul Hamid dari Rumah Saga dengan catatan masa 16 minit 15 saat. Tempat ke-2 dimenangi oleh Adik Nur Arika Bt Ahmad (Mega) dengan catatan 16 minit 41 saat manakala tempat ke-3 dimenangi oleh Adik Mariena Bt Abd Razak (Saga) dengan catatan 16 minit 55 saat.


Adik Norsuhada Abd Hamid


Adik Nur Arika Bt Ahmad


Adik Mariena Bt Abd Razak

Kategori Guru Lelaki dan Perempuan masing-masing diungguli oleh guru bujang. Kategori Guru Lelaki dimenangi oleh Cikgu Wellmaxy, ke-2, Cikgu Yusuf Mohd Nor dan Ke-3, Cikgu Anif Hamzah. Kategori Guru Perempuan dimenangi oleh Cikgu Rokiah Bt Hashim, Ke-2, Cikgu Arna Sarda Japar dan Ke-3, Cikgu Norhayati Aziz.


Cikgu Wellmaxy


Cikgu Rokiah Bt Hashim

Turut diumumkan ialah kedudukan keseluruhan Larian Merentas Desa termasuk markah guru. Keputusannya ialah:

1 - Saga (4)*
2 - Mega (1)
3 - Data (2)
4 - Jebat (3)
5 - Arka (8)
6 - Wira (7)
7 - Kasturi (5)

8 - Tuah (6)

* Nombor dalam kurungan adalah kedudukan rumah sukan pada tahun lepas...

Tahniah sekali lagi kepada semua menang.... Gambar untuk Larian Merentas Desa 2012 sudah ada dalam Album Ke-4 Pahaikan.com....


Meraikan kemenangan... Cikgu Yusuf Mohd Nor..


Malu-malu saja guru-guru bujang ni... Hehehe... Ya ka??

CATATAN: Kurang gambar aksi menarik kali ni....