Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Azman Mansur dan Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Lim Siew Khing agak kecewa dengan pembatalan lawatan di saat akhir...

Hasrat 516th Regiment Brigade Commander Tan Sri Liew Yun Fah yang dijadualkan untuk melawat SM Teknik Tawau pada hari Khamis lepas tidak tercapai kerana dibebani oleh tugas-tugas lain yeng lebih penting. Apapun, SM Teknik Tawau akan sentiasa bersedia untuk menerima lawatan daripada Tan Sri yang juga merupakan bapa angkat sekolah ini pada masa yang akan datang.

Para penolong kanan dan AJK Protokol sudah bersedia sejak jam 10.45 pagi untuk menerima lawatan yang dijanjikan pada jam 11.30 pagi. Cikgu Azman yang mempunyai hubungan baik dengan para pemimpin setempat membuat beberapa panggilan telefon untuk mengesahkan kehadiran Tan Sri namun hanya menerima pengesahan tidak dapat datang lebih kurang jam 11.55 pagi.


Sul... Tengok sini.. Macam si Edward...

Jamuan ringan yang disediakan untuk pelawat terpaksalah dihabiskan oleh para "penunggu"... Kira dapat makan free la ni...

CATATAN: Makanan kena ada nasi berlauk baru best... Hehehehe...