Memang gembira bila terima anugerah... Encik Saman Hj Ongki menyampaikan hadiah kepada para penerima...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 berlangsung dengan meriah dengan kehadiran YB Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, ADUN N. 56 APAS yang juga memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO P. 191 Tawau dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Untuk makluman, YB Datuk Haji Tawfiq juga merupakan Bapa Angkat Kurikulum SM Teknik Tawau.


Ucapan alu-aluan dari Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Azman Mansur

Majlis yang bermula pada jam 8:30 pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Azman Mansur dan diteruskan dengan persembahan nasyid dan penyampaian hadiah. Antara tetamu VIP yang hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi PIBG, Encik Saman Bin Haji Ongki dan Bapa Angkat KoKurikulum SM Teknik Tawau, Encik Gasing Haji Saling yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.


Ada cerita menarik ka boss??


Adik Natasha Arbyne menerima anugerah pelajar terbaik matapelajaran Kimia untuk Peperiksaan Percubaan SPM 2011


Persembahan Nyasid daripada  para pelajar SMK Kuhara yang bakal mewakili Negeri Sabah untuk ke pertandingan nasyid peringkat kebangsaan...

YB Datuk Haji Tawfiq tiba kira-kira jam 10:00 pagi untuk majlis perasmian. Diiringi oleh paluan kompang, YB Datuk Haji Tawfiq disambut oleh Cikgu Azman dan Encik Gasing.


Ketibaan YB Datuk Haji Tawfiq diiringi dengan paluan kompang dan bungga manggar...


Ucapan perasmian dari YB Datuk Haji Tawfiq


Suasana dewan semasa ucapan perasmian oleh YB Datuk Haji Tawfiq

Majlis diteruskan dengan persembahan magik daripada Kumpulan Tawau Magik yang menampilkan aksi magik yang menarik dan cukup menghiburkan.


Pertunjukan magik menggunakan payung kecil...


Duit ditukar menjadi kertas biasa...


Seronok ka tengok magik??

Kepada semua penerima anugerah, tahniah diucapkan dan semoga kecemerlangan dalam bidang kokurikulum ini bakal diterjemahkan kepada keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti...

Terima kasih juga diucapkan kepada meraka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis ini...


Pasukan Kompang...


Pembawa Bunga Manggar...


Belon bah ni kann...


Wah... Belon bentuk love la pula... Ya ka Cikgu Yuss...


Ini bukan bukti kehadiran ka tu Cikgu Christy...??


Gabungan mantaps... Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PIBG SM Teknik Tawau Sesi 2011/2012


Wartawan Buletin  Mingguan Teknik Tawau

Gambar lain dalam Majlis Anugerah ini bolehlah dilihat d sini: http://www.pahaikan.com/album.php#bn-photocenter-1-1-813440518/59332/1/

CATATAN: Kurikulum dan kokurikulum kena seimbang...