Encik Darmanshah dan Encik Johan berbincang pasal Pahaikan.com kah tu? Hehehe...

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau, Encik Darmanshah Haji Asakil. Majlis yang diadakan untuk menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar SM Teknik Tawau dalam bidang akademik dan kokurikulum ini dimulakan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua & Penolong Ketua Kelas dan Pengawas Sekolah.


Adik Labuah menerima sijil penghargaan daripada Penolong Kanan HEM, Cikgu Ahmad Fakhrurazi

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah dan Sijil Kecemerlangan Kokurikulum.


Adik Ardil menerima Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik 2010 dengan 3 penyertaan di peringkat antarabangsa


Pengetua menerima Cenderahati Pemenang Gold Medal untuk ICT


Adik Mastura berjaya mendapat 4 hadiah dalam majlis ini... Balik-balik juga namanya disebut...


Pencapaian matapelajaran ERT terbaik


Memang penat bah ambil gambar ni... Tapi diaorang ni terus berdiri dan menyumbangkan tenaga mereka untuk mendapatkan gambar sebagai kenangan para pelajar...


Pengetua menyampaikan Sumbangan Zakat kepada para pelajar


Adik Raqib menerima Hadiah Pelajar Terbaik Aliran Teknikal 2010

Majlis turut diserikan dengan persembahan Koir dari Kumpulan Koir Sekolah yang membawakan lagu You Raised Me Up oleh Westlife dan lagu Punk Rock Jalanan.


Perlu lebih banyak latihan ya...


Tidak nampak pula diorang ni buat persembahan... Masa bila ya?

Dengan meletakkan persaingan yang positif sebagai salah satu objektif program, diharapkan agar majlis seumpama ini akan terus merangsang pelajar untuk belajar dengan lebih tekun dan mengasah semua bakat yang ada supaya dapat serlahkan disemua peringkat... Kalau boleh diperingkat antarabangsa...


Tahniah kerana mendapat anugerah...


Ada yang gembira... dan ada juga yang tumpang gembira...


Terima kasih dan semoga jumpa lagi di tahun 2011...

Tahniah sekali lagi kepada semua yang mendapat hadiah dan penghargaan dalam majlis ini... Kepada yang tidak berjaya, pencapaian pada peringkat ini tidak mengambarkan pencapaian anda semasa SPM nanti... Teruskan berusaha dan anda pasti akan mendapat kejayaan yang diingini...


INFO:
  • Selepas tamat Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, pengambaran Gambar Kelas dilakukan. Gambar di ambil oleh Cikgu Sabir Lansah. Sila hubungi beliau untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut.

Cikgu Sabir sedang mengambil gambar kelas Cikgu Adibah...

Sila layari Album Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 untuk mendownload gambar...

CATATAN: Buat sehabis baik semasa SPM nanti...