Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah BPTV, Encik Zainureen Hj Mohd Nor

Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional BPTV ini telahpun berlangsung dengan suasana ceria di Hotel Heritage Tawau. Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah BPTV, Encik Zainureen Hj Mohd Nor.


Hotel Heritage di Jalan Bunga Fajar Complex


Guru-guru memberikan tumpuan semasa sesi ceramah berlangsung...

Mengikut Buku Info BPTV, transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baru dan dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara pendapatan tinggi. Antara objektif utama transformasi ini adalah untuk menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan.


Wah... Sampai begini ka Cikgu Idham...??


Senyum-senyum pula ko guru (Encik Mohd Saip Hindia)... Hehehe..

Banyak persoalan ditanya dalam majlis ini dan penjelasan Encik Zainureen dapat memberikan sedikit kelegaan kepada semua guru yang terlibat dalam majlis ini. Tetapi, beberapa perkara masih perlu mendapat tindakan selanjutnya daripada pihak BPTV.


Uii... Serius pula soalan ini ya... Kak Mariani...


Ini jawapannya ya...

Bagi saya, walaupun hala tuju transformasi ini jelas namun proses perlaksanaan masih di peringkat awal dan perlu dibuat penambahbaikan. Itupun, selepas mendengar cerita daripada SM Vokasional Beaufort AKA Kolej Vokasional Beaufort... Harap-harap.. proses perlaksanaannya akan lebih lancar pada tahun hadapan, apabila SM Vokasional Tawau bertukar menjadi kolej.

Majlis ini diakhiri dengan pemotongan kek sempena Hari Guru yang disempurnakan oleh Encik Zainureen HJ Mohd Nor dan Encik Johan Okasa.


1... 2.... 3..... Potong...


Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia...


Tepuk tangan ka Cikgu Sadri.....


Sabar ya guru-guru sekalian.... Makanan masih panas lagi...


Pelan-pelan tuang sambal kicap tu... Hehehe...


Ketua-ketua Bidang dan para pegawai BPTV yang turut sama menjayakan majlis ini...


Telefon siapa lagi tu Encik Zainureen....

Gambar lain di sini (Facebook): Album Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional BPTV

CATATAN: TRANSFORM!!!.... Macam transformer pula ni....