Barisan guru-guru ERT yang mengambil gambar selepas majlis berakhir...

Seperti namanya, Majlis Oscar Night merupakan suatu malam penghargaan bagi guru-guru SM Teknik Tawau. Dalam majlis ini, semua guru diwajibkan untuk mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan. Pada tahun ini, konsep pakaian untuk guru lelaki ialah "Black Tie" manakala guru perempuan diberikan lesen "Dress To Kill". Ternyata, guru-guru perempuan menepati lesen mereka dengan menampilkan fesyen-fesyen pakaian yang menarik dan istimewa. Walaupun tidak dapat mengambil gambar mereka satu persatu, tetapi pastinya gambar-gambar dan paparan video dari album Pahaikan.com di Youtube.com akan dapat memberikan gambaran tersebut.


YBhg. Brig. Jen. Tan Sri Datuk Dr. Liew Yun Fah memberikan ucapan ringkas sambil berseloroh dalam majlis ini...



Majlis gilang gemilang yang diadakan di Hotel Promenade Tawau ini bermula pada jam 7.40 malam dan dirasmikan oleh YBhg. Brig. Jen. Tan Sri Datuk Dr. Liew Yun Fah yang mengenakan sut berwarna hitam dengan tali leher berkotak berwarna coklat. Dalam majlis ini juga, Tan Sri turut berbesar hati memberikan sumbangan peribadi berjumlah RM5000.00 sebagai penghargaan kepada guru-guru SM Teknik Tawau. Puan Mary Yap, bekas pengetua SM Teknik Tawau turut tampil dengan anggun pada malam tersebut.


Puan Mary Yap menyampaikan Anugerah Penghargaan APC kepada Cikgu Norhayati Amir

Di sekolah lain majlis seumpama ini mungkin dipanggil Jamuan Akhir Tahun tetapi majlis ini yang sudah berlangsung untuk kali yang ke-10 bukan hanya untuk tujuan makan-makan tetapi untuk menghargai usaha dan pengorbanan guru-guru yang telah memberikan komitmen terhadap tugas mendidik warga pelajar SM Teknik Tawau.

Majlis yang dijadualkan tamat pada jam 10:30 malam berlarutan sehingga 11:30 malam namun setiap masa terluang diselangi dengan Cabutan Tiket Bertuah yang menampilkan hadiah-hadiah seperti hamper, barangan elektrik dan baucer dari Hotel Belmont Marco Polo dan Cafe @ 7 dari Hotel Promenade Tawau. 


Cikgu Adzlina dan Cikgu Sharifah Rafidah (kanan) duduk bersebelahan pada malam tersebut...


Antara artis yang membuat persembahan pada malam tersebut, Kak Norhaya (kiri) dan Kak Lasni


Bekas guru sandaran SM Teknik Tawau yang kini bertugas sebagai pensyarah, Cik Pelsida menerima hadiah cabutan bertuah daripada Cikgu Nare..


Pasangan guru paling lama berkhidmat di SM Teknik Tawau, Cikgu Abdullah Qahar Sabang (21 tahun) dan Cikgu Norali Sadi (17 tahun)


Cikgu Kasmah yang menerima anugerah  daripada Cikgu Azman Mansur, berjaya merangkul dua anugerah pada OSCAR NIGHT kali ini...


Azry @ Kadir menerima Anugerah KTBM Cemerlang dari Puan Fitriani Wahid, bekas pengetua SM Teknik Tawau


Cikgu Ishak Japar dan Cikgu Azlan Loti dipasangkan untuk mengumumkan pemenang tiga anugerah terakhir yang dipertandingkan... Mantap wa cakap lu..


Pemenang Anugerah Pasangan Anggun pada malam tersebut, Cikgu Shaharudin dan isteri... Selamat pengantin baru ging...


Encik Abdul Kahar mewakili Unit Pengakap untuk menerima Anugerah Khas Pengetua: Best Of The Best 2010. Hadiah disampaikan oleh Encik Veae Sarima yang mewakili PPD Tawau...


Persembahan penutupan yang mantap dari Puan Lasni Elui

Tahniah kepada semua pemenang anugerah OSCAR NIGHT 2010 dan semoga berjumpa lagi ditahun hadapan......

Guru Harapan (L): Mohd Syahir Yusuf
Guru Harapan (P): Kasmah Baharon
GSTT & Kontrak Cemerlang: Fatmawati Jalilul

Guru Cemerlang Teknikal: Zahrina Ahmad
Guru Cemerlang Vokasional: Sofiansiah Muin
Guru Cemerlang ERT: Siti Ain Tahir
Guru Cemerlang Jab. Bahasa: Abdul Kholik Maming
Guru Cemerlang Jab. Sains & Matematik: Sabas Mohd Ali
Guru Cemerlang Jab. Kemanusiaan: Rahimah Ali Taupah

Pengurusan Kelab/Persatuan Cemerlang: Kelab Usahawan Muda
Pengurusan Unit Beruniform Cemerlang: Unit Pengakap
Pengurusan Sukan/Permainan Cemerlang: Kelab Bolasepak
Pengurusan Kokurikulum Cemerlang: Unit Pengakap

Pengurusan Kelas Cemerlang: Kasmah Binti Baharon
Pengurusan Disiplin Cemerlang: Afendi Abd Rahim
Pengurusan HEM Cemerlang: Suhaiza Undan
Staff Sokongan Cemerlang (L): Kadir @ Azry Mahiyudeh
Staff Sokongan Cemerlang (P): Lasni Elui

Pengurusan Bengkel Cemerlang: Bengkel Katering
Pengurusan Panitia Cemerlang: Pendidikan Islam
Pengurusan J/Kuasa Cemerlang: Koperasi SMT Tawau
Pekerja Perkhidmatan Pembersihan Cemerlang: Dominicus Doni
Pekerja Perkhidmatan Keselamatan Cemerlang: Mohd Mongin Ahmad

Pasangan Anggun: Mohd Shaharudin & Isteri
Star of The Night (L): Hairuddin Yaakub
Star of The Night (P): Sinnirah

Anugerah Khas Pengetua:
Kursus Pengaturcaraan Komputer
Unit Pengakap

CATATAN: Tiada dapat apa-apa pula kali ni... Cabutan bertuah pun sama... Kepada yang mau gambar masa OSCAR NIGHT 2010... Hantar pendrive kepada Pahaikan.com ya..