Superintenden Keong Ho Eng memeriksa Barisan Kawalan Kehormat Bersenjata Gabungan Unit Beruniform Kor Kadet Polis Daerah Tawau...

Majlis Pelancaran Kor Kadet Polis SM Vokasional Tawau dan Sambutan Ulang Tahun Ke-42 Kor Kadet Polis Malaysia Peringkat Daerah Tawau telah disempurnakan hari ini oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Keong Ho Eng.

Majlis yang disertai oleh lebih kurang 500 orang termasuk kadet polis dan tetamu undangan ini dipersembahkan dengan Perbarisan Kawalan Kehormat Bersenjata daripada gabungan Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Daerah Tawau.


Superintenden Keong Ho Eng berdiri tegak semasa menerima tabik hormat daripada barisan kawalan kehormat...


Perbarisan kawalan kehormat bersenjata ini patut diberi pujian untuk persembahan yang diberikan kerana tempoh latihan yang singkat...


Superintenden Keong Ho Eng membacakan ucapan Ketua Polis Negara sempena Ulang tahun Kor Kadet Polis yang Ke-42 dan seterusnya merasmikan majlis...

Majlis ini telah mengambil tempat di Dataran Blok Teknikal SM Vokasional Tawau dimana latihan dan persediaan dibuat 3 hari sebelumnya. Apa pun, tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini...


Aii... Aii... Kenapa ditutup itu muka...


Macam cuaca panas bah masa ni.. Kalau tidak silap la... Ya ka??.


Berat ka itu pedang?


Cikgu Yahya Ismail, bagi pihak SM Vokasional Tawau menerima cenderahati kenangan selaku tuan rumah untuk program kali ini....


Banner program...


Yang tiga dari kiri ialah bapa kepada bekas pelajar sekolah ini, Isnp. Thangarajoo...


Sempat juga ikut bergambar...


Terima kasih juga diucapkan kepada Pasukan HOKO yang telah menyediakan minuman koko percuma untuk program ini...

CATATAN: Tahniah sekali lagii...