Ucapan perasmian dari pengetua...

Majlis Pelancaran Program 5S SM Vokasional Tawau
yang dijalankan dengan perhimpunan pada hari ini. Pelancaran program ini adalah tanda bermulanya proses implementasi program ini ke dalam sistem pengurusan sekolah. Program 5S yang cuba diperkenalkan ini bertujuan untuk melicinkan pengurusan sekolah dan ianya adalah hasil daripada Taklimat 5S di SM Teknik Likas dan Lawatan Penandarasan di SMV Keningau oleh guru-guru yang telah dilantik.


Back drop untuk majlis ini...


Simbolik...

Guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses peng"implementasi"an ini ialah penyelaras, Cikgu Buareng Rahima berserta ahli jawatankuasanya (Kalau tidak silap, tiada yang terkecuali bah ni...).


Pengetua menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian program...


Ada perbualan ringkas ka ni...??


Bukti pelancaran program 5S di SM Vokasional Tawau...


Tanhiah boss.. Program 5S boleh running sudah...

5S ialah singkatan daripada SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL yang diadaptasi daripada amalan orang Jepun. (Maklumat lanjut disini: http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/amalan5s_2.html)
Orang Jepun panggil 5S ni sebagai SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU, SHITSUKE. Walau bagaimanapun, SM Vokasional Tawau baru memasuki fasa pertama dan kalau tidak silap, semua proses ini akan dinilai dalam 6 minggu yang akan datang oleh para pegawai penilai yang didatangkan khas oleh BPTV. Kita tunggu saja hasilnya nanti...


Majlis tamat...

CATATAN: Macam banyak mau bikin ni... Tapi tidak apa.. Dapat tugas jadi tukang ambil gambar pun kira ok la..