Semua peserta Khatam Al-Quran memakai tanda ini...

Majlis yang dijalankan selepas masa rehat ini berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah dan majlis perasmian disempurnakan oleh Penolong Kanan KoKurikulum, Cikgu Yahaya Ismail. Ngam-ngam masa ni, pengetua dan penolong kanan yang lain berada diluar kawasan.


Cikgu Yahya Ismail (kiri) bersama Ustaz Khusairi Mat Akhir

Saya hanya berada di dewan semasa perasmian diadakan dan selepas itu bergerak ke Makmal Kimia untuk meneruskan pemeriksaan kertas EXCEL dan proses memasukkan markah.


Suasana dalam dewan dengan majlis dipengerusikan oleh Cikgu Farhan dan Cikgu Rosdiana Rasit


Barisan pemegang bunga manggar yang setia berdiri menyambut tetamu yang datang...

Ini antara gambar-gambar para peserta yang sudah Khatam Al-Quran dan bakal membaca Al-Quran bersama-sama dengan Ustaz Noran Zaidi.


Penat berdiri ka ni?


Memang nampak gembira korang ya...


Dari SK Melati ka diaorang ni?


Para peserta bersedia untuk masuk ke dalam dewan...


Ustaz Noran Zaidi mengetuai pembacaan Al-Quran dalam majlis ini...

Tidak lupa juga kepada para pemain kompang... Bairpun lewat 10 saat dari kata terakhir perasmi, tetap mantap dengan paluan kompang...


Haha... Lain kali tumpukan perhatian...

CATATAN: Tahniah semua....