Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Jabatan Kemanusiaan...

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Jabatan Kemanusiaan telah disempurnakan oleh Pengetua, Encik Johan Okasa selepas sahaja perhimpunan mingguan tamat lebih kurang jam 12:50 petang. Aik.. Kenapa petang?? Nah itulah...

Sebenarnya, satu perubahan telah dibuat pada minggu ini dimana Perhimpunan Mingguan pada setiap pagi Isnin diheret ke dua masa terakhir dengan jadual asal ditarik ke depan. Maksudnya, perhimpunan akan dibuat di sebelah tengahari berbanding waktu pagi... Mungkinkah perubahan ini hanya untuk majlis ini sahaja?? Apa pun masa yang lebih panjang dapat diperuntukkan untuk majlis penutupan pada kali ini.

Setelah selesai menyampaikan ucapan, barisan penolong kanan dijemput ke atas pentas untuk acara memotong kek. Acara pemotongan kek ini diketuai oleh tuan pengetua.


Acara memotong kek...

Selepas itu, majlis bermula dengan Cikgu Hatta selaku pengerusi majlis menarik perhatian semua orang dengan membacakan pantun. Lupa pula pantun dia ni.... Tengoklah gambar dibawah ni... Pelajar disebelah pun bertepuk tangan... Hehehe...


Cikgu Hattta membacakan pantun hampir setiap kali sebelum beralih ke program seterusnya...

Selepas itu, Kumpulan Nasyid Nurani mengambil tempat di atas pentas untuk menyampaikan lagu mereka yang bertajuk "SOLAT". Persembahan selepas itu ialah syarahan agama oleh Adik Afiq (4 PKE) dan Pidato oleh Adik Ardillah (5 PKE1).


Persembahan dari Kumpulan Nasyid Nurani...


Cikgu Ahmad Fakhrurazi menyampaikan hadiah kepada para pemenang...


Ini adalah antara penerima hadiah kemenangan dalam majlis ini...

Majlis yang berlangsung lebih kurang 1 jam ini akhirnya diakhiri dengan nyanyian lagu Satu 1 Malaysia yang dicipta oleh LimKokWing Sound and Music Design Academy.


Yang ini... belum pun muncung kamera menghala ke tempat diaorang... Sudah bergaya.. Apa pun.. Terima kasih kerana memberikan kerjasama...


Barisan penyanyi guru lelaki terbaik SM Teknik Tawau....


Yang ini pula... Macam lupa lirik... Okay ka Alex..??


Barisan penyanyi Koir dalam majlis ini... Namun suara mereka kurang kedengaran...

Klip Video Lagu Satu 1 Malaysia


CATATAN: Tahniah kepada Jabatan Kemanusiaan...