Serius juga itu muka Cikgu Kholik... Hehehe...

Seperti tahun-tahun sebelumnya... Tradisi Majlis Solat Hajat & Penyerahan LAB Tingkatan 5 diteruskan pada tahun ini.. Lebih kurang seminggu sebelum peperiksaan SPM bermula.


Anggota kaunter pendaftaran...

Solat Hajat bermula lebih kurang jam 7:30 pagi selepas melalui kaunter pendaftaran dan semua guru, ibubapa serta pelajar Tingkatan 5 mengerjakan solat bersama-sama di Dewan Tun Ahmad Shah. Selepas itu, ceramah Sesuci Kasih Membawa Kejayaan disampaikan oleh Ustaz Anuar (penceramah jemputan). Dan, selepas itu, acara bersalam-salaman antara pelajar dan ibubapa diteruskan. Saya rasa, perjalanan majlis ini agak laju berbanding tahun lepas tapi tidak apa.. Lagi cepat lagi bagus...


Solat Hajat ibubapa, guru dan pelajar Tingkatan 5...


Bersalam-salaman antara pelajar dan ibubapa...


Minta ampun... Minta restu...


Pelajar perempuan pun sama juga...


Minta ampun... Minta restu...


Kenapa ko Faiz...?

Macam tahun lepas juga, saya ditugaskan sebagai Ketua untuk AJK Moral (Pelajar Non-Muslim). Dan pengisian untuk para pelajar ini ialah pengalaman Cikgu Lim Lay Yong sepanjang berada di Beijing selama seminggu untuk Lawatan Pendidikan. Rasanya best juga perkongsian pengalaman Cikgu Lim ni...


Cikgu Lim Lay Yong menayangkan gambar-gambar kenangan semasa berada di Beijing, China...


Wah... gambar apa tu Lim??

Selepas acara bersalam-salaman, para pelajar dan ibubapa berehat sebentar di kantin sekolah sebelum Majlis Penyerahan LAB yang dibuat berpusat di Dewan Tun Ahmad Shah.


Guru-guru ERT yang bertugas mengagihkan makanan kepada para ibubapa dan pelajar...


Ya... Makan dulu makcik.. Nanti kita sambung balik...

Memang, tidak semua ibubapa hadir dalam majlis ini namun yang hadir seharusnya diberikan pujian kerana sangat mengambil berat tentang keputusan peperiksaan anak mereka dan bersama-sama menjayakan program ini. Guru kursus dan guru pembantu kursus pun sama juga, semuanya berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pelajar untuk dijadikan panduan kepada ibubapa untuk sama-sama mengerakkan semangat dan meningkatkan keupayaan pelajar pada masa ini - MASA yang PENTING...


Bolehkah si Syahsadri ni Cikgu Idham?


Telepon apa lagi tu Ustazah Azizah..


Senyum-senyum begini mesti dapat keputusan bagus ni kann...


Si Azlin ni pula macam telampau happy ni... Result best ke??


Shukri.. Bagi Cikgu... Ko memang ada peningkatan dalam peperiksaan kali ini...


Nazrin @ Togo... Kena banyak berusaha lagi la ya...


Salah kaunter bah pula ni...

Apa pun yang tertulis dalam transkrip pelajar, tiada yang mustahil dan masih ada masa untuk mengubah semua keputusan itu kepada yang lebih baik... Fokus dan belajar mengikut tips dan cara yang betul... Semoga beroleh keputusan yang tidak akan mengecewakan diri sendiri dan juga ibubapa...


Macam cerita bagus bah ni...


Personal coaching ka ni boss..

Album: http://www.pahaikan.com/album.php#bn-photocenter-1-1-813440518/59333/1/

CATATAN: Macam tiada pula slot bersalam-salaman dengan cikgu tahun ini....