Timbalan Pengerusi PIBG, Encik Saman Bin Haji Ongki berserta barisan pentadbir sedang menunggu kedatangan Pengerusi PIBG.

Mesyuarat Agung PIBG SM Teknik Tawau telah diadakan pada 12/03/2011 yang lalu di pengerusikan oleh Pengerusi PIBG sesi 2009/2011, Encik Rashid Saad. Mesyuarat bermula kira-kira jam 8.00 pagi ini didahului oleh nyanyian lagu Negaraku.





Sebelum itu, ramai ibubapa telah pun tiba lebih awal untuk menyertai mesyuarat ini supaya dapat memberikan sumbangan idea dan pendapat yang boleh membantu pihak sekolah dalam merencanakan program yang sesuai dengan kehendak PIBG. Dan, semestinya sumber dana untuk program-program ini datangnya melalui sumbangan daripada pihak PIBG. Sokongan setiap ibubapa terutamanya yang hadir sangat diperlukan supaya apa-apa program yang cuba dilaksanakan oleh sekolah dapat difahami dengan jelas oleh ibubapa dan seterusnya memudahkan urusan-urusan lain yang berkaitan.


Kaunter pendaftaran mesyuarat


Sabar semua ya... Tidak lama lagi mula la ni...


Rujuk agenda mesyuarat dan laporan kewangan dulu... Mana tau ada idea yang boleh dikongsi bersama...


Memang bagus barisan ibu disini ni... Semua sibuk membaca..


Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku


Memang menghayati lagu patriotik Pengerusi PIBG 2010/2011 kita ni...

Sememangnya banyak yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini tapi tak perlulah kita cerita di sini. Ini cerita untuk PIBG saja. Apa pun, jawatankuasa baru telahpun dibentuk. Tidak ingat pula semua nya, tapi hampir semua AJK ditukarkan kepada orang yang baru. Tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik... Dengan harapan agar tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan baik...


Bakal-bakal barisan AJK PIBG yang baru kah ni??


Yang ni semua datang kan...


Sabar ya cikgu-cikgu... Belum masa untuk pulang...


Cerita apa ni cikgu... Macam serius saja...


Bertugas diluar waktu sekolah ya.. Bagus korang ni..


Senyuman bermakna... Hm.... Rasa mau berpantun pula..

Senyuman menyimpul mawar berduri,
Tersentak jantung bergetar naluri,
Seperti di landa penyakit misteri,
Bayang di igau tak henti-henti.

Resah diri melayan perasaan,
Mengantuk tak lena lapar tak makan,
Kerana asyik dengan bayangan,
Segala kerja jadi tak keruan,

Menanggung gelisah kerana senyuman,
Manis menguntum di bibir perawan.
Apa guna melayan perasaan,
Kerana diri akan kerugian.

(Kredit kepada: KIMI_71)

INFO:
  • Pengerusi PIBG sesi 2011/2012 ialah Encik Salman Bin Hj Ongki

Keratan Buletin 03/2011 SM Teknik Tawau

CATATAN: Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SM Teknik Tawau yang baru.... Teruskan perjuangan untuk membantu sekolah terutamnya para pelajar supaya lebih maju dan cemerlang....