Minta tandatangan?.. Sabar ya..

Minggu Penjanaan Minda 2011 telah bermula kelmarin iaitu 24/01/2011 dengan satu matlamat iaitu menyerapkan budaya SM Teknik Tawau kepada semua pelajar baru sepanjang program ini berlangsung..

Cikgu Buareng Rahima yang ditugaskan sebagai penyelaras program tahun ini telah menyusun slot dengan pengisian yang dirasakan sesuai untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Dan ianya telah direalisasikan dengan bantuan semua ahli jawatankuasa yang terlibat.


Suasana dalam Dewan TAS semasa LDK dijalankan

Banyak pengisian telah dilaksanakan dalam Minggu Penjanaan Minda ini. Antaranya ialah aktiviti yang biasa dilakukan iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Oleh kerana semua pelajar Tingkatan 4 diwajibkan tinggal dalam asrama sepanjang program ini berlangsung, masalah-masalah seperti air dan pengurusan masa pelajar (pelajar yang tidak pernah tinggal di asrama) memang sudah dijangka. Dan diharapkan agar segala tindakan awal yang telah diambil dapat mengawal masalah-masalah tersebut.


Cikgu Siti Aisyah dan Cikgu Suhaiza sedang mengendalikan aktiviti LDK di kantin sekolah


Kenapa lagi termenung tu?...


Wah!... Terowong SPBT pun jadi mangsa... Hehehe...

Dan buat julung kalinya, aktiviti unit beruniform disertakan dalam program ini. Aktiviti seperti flying fox, melawan kebakaran, rawatan awal dan mengikat anduh dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Tawau. Memang best tapi susah mau cerita ni.. Jadi nikmatilah gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti berlangsung...


Fuh yoohhh... Aksi memanaskan badan atau apa ni? Hehehe...


Gambar dulu.....


Hah.. Gulung hos tu bagus-bagus.. Nanti elaun tidak dibagi... Hehehe..


Hah.. pegang hujungnya tu...


Yang ini balut luka kepala kah apa ni..


Bagus pula pelajar lelaki ni... Semua pun ikut arahan..


Suasana aktiviti flying fox dari perkarangan Pejabat Am...


Lori Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Tawau yang menjadi sandaran untuk aktiviti flying fox... Harap-harap ikatannya kuat..


Tali disambung dari pokok ke lori...


Anggota JPA membantu pelajar mengenakan tali keselamatan...


Sedia!!!.... 1.. 2.. 3.. GO...


Kena melapor dahulu baru boleh meluncur...


Em... Macam best pula ni... Sambil teriak-teriak lagi...


Selamat mendarat...


Tali kena buka.. Bagi peluang orang lain pula...


Ketat ke? Sudah mendarat tu cukuplah.. Takkan mau second round kut...


Peace!!.. Memang gembira lepas meluncur ni..


Siap ambil gambar kenangan dengan anggota JPA yang bertugas...

CATATAN: Semoga tujuan utama Minggu Penjanaan Minda tercapai...