Jurulatih dan pengurus pasukan memberikan kata-kata pembakar semangat sambil menyampaikan cara permainan yang sesuai untuk setiap posisi semasa bertahan dan semasa menyerang...

"Misi mempertahankan kejuaraan selaku Juara Daerah Tawau Bawah 18 tahun adalah agenda utama kami selain mengulangi kejayaan mewakili Sekolah-sekolah Teknik Zon Sabah/Sarawak ke peringkat Kebangsaan. Kemenangan yang bakal diperolehi diperingkat lebih tinggi adalah bonus tetapi mempertahankan kejuaraan adalah fokus utama kami dalam masa terdekat ini", jelas pengurus pasukan Teknik Tawau U18, Cikgu Edward Sabinus.


Aik.. Jangan buang itu handphone bah... Relaks dulu... Baru friendly pertama ni...

Dengan bersandarkan kepada pengalaman jurulatih utama, Cikgu McManus Sing yang sedang menjalani kursus kejurulatihan lesen C di bawah kendalian Asian Football Confederation (AFC), pasukan bolasepak SM Teknik Tawau U18 akan terus berusaha untuk memacu kecemerlangan dalam sukan ini.


"Sememangnya, para pemain pada tahun ini adalah pemain yang berbeza dari tahun lepas. Banyak yang perlu dilakukan untuk membina sebuah pasukan yang mantap dari segi fizikal dan mental. Hanya tinggal 5 pemain dari pasukan bawah 18 tahun 2010. Mereka ialah bahagian pertahanan - Amirul, Nazrin, Syed Nazry, bahagian midfield - Edika dan penjaga gol - Syazmie. Yang lain adalah pemain baru dan keutamaan diberikan kepada mereka yang pernah mewakili sekolah atau peringkat yang lebih tinggi. Kita akan cuba meneroka bakat mereka disini...", kata Cikgu McManus Sing.

Pemilihan pemain baru telah diadakan pada 17 dan 18 Januari baru-baru ini dan seramai 21 orang pelajar (termasuk pemain senior) telah disenaraikan untuk menjalani latihan setiap petang bermula Rabu lepas. Semua faktor diambilkira oleh pengurus dan jurulatih terutamanya disiplin pemain.


Antara pemain sandaran untuk mengharungi musim ini... Hehehe..

Apapun, tempat bagi kesebelasan utama pasukan masih belum pasti dan pemain senoir pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Semalam juga telah berlangsung perlawanan persahabatan antara Teknik Tawau U18 menentang Kelab Geng Bola Tawau. Permainan yang baik ditunjukkan oleh pasukan Teknik Tawau U18 yang berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 3-2. Permainan separuh masa pertama tamat dengan jaringan 2-2.


Perlawanan pertama  yang memberikan pengalaman berharga buat skuad Teknik Tawau U18


Amirul tangkas mengemudi barisan pertahanan Teknik Tawau U18


Kadir @ Azry turut menyarung jersi Geng Bola Tawau dalam separuh masa ke-2 permainan..

Walaupun menang tipis, Teknik Tawau U18 tidak boleh mendabik dada kerana lawan pada hari kelmarin bukanlah barisan sebenar Kelab Geng Bola Tawau. Apa pun tahniah kepada semua pemain kerana memberikan permainan yang terbaik dalam perlawanan tersebut...


Senyuman penuh harapan dari pengurus dan jurulatih pasukan, Cikgu Edward dan Cikgu McManus Sing buat skuad Teknik Tawau U18 Musim 2011...

Menurut maklumat lain yang saya terima, beberapa orang pemain SM Teknik Tawau mungkin akan beraksi dalam Pertandingan Bolasepak Remaja SAFA Tawau yang akan bermula tidak lama lagi... Nantikan update seterusnya...

CATATAN: Semoga misi tercapai...